Buat peminat sukan lumba basikal jalan raya pastinya sudah tidak asing lagi dengan kejohanan berprestij L’Étape Du Tour de Frane yang bertemat di Annemasse, Perancis.

Ia merupakan kejohanan berbasikal yang bukan sahaja paling popular malah berada dalam kelasnya tersendiri. Digelar “Acara Berbasikal Amatur Terulung di Dunia”, L’Étape oleh Tour de France merupakan satu-satunya siri ‘cyclosportive’ yang memberi para pelumba amatur pengalaman berkayuh seperti dalam perlumbaan Tour De France.

Di Malaysia, kejohanan L’Étape Malaysia oleh Tour De France telah menyaksikan sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lalu. Dan kini ia kembali untuk edisi kedua menjanjikan penganjuran yang bukan sahaja lebih mantap malah kompetitif.

L’Étape juga dilangsungkan di lebih 20 buah negara selain Malaysia. Setakat ini, edisi tahun ini sudah pun menerima penyertaan lebih 2,500 peserta dan pihak penganjur yakin bahawa mereka mampu mengumpul 4,000 penyertaan sebelum tarikh akhir pendaftaran pada 9 Jun 2023.

Seperti tahun sebelumnya, LÉtape Malaysia akan menampilkan lima kategori perlumbaan. Ia termasuk acara individu lelaki dan wanita THE RACE (140km) dan THE RIDE (60km), serta Berpasukan Lelaki (5 lelaki) dan Berpasukan Wanita (5 wanita).

KETEGORI BAHARU

Edisi tahun ini akan menyaksikan Kategori ELITE diperkenalkan buat kali pertamanya, dan ia adalah dikhaskan bagi kumpulan pengayuh amatur yang benar-benar kompetitif dan dahagakan cabaran perlumbaan profesional.

Justeru, untuk kategori ini, perkhidmatan perlumbaan profesional seperti seperti ‘mobile feeding’, cip masa, bantuan trafik dan logistik khusus, servis neutral khusus dan lain-lain lagi akan disediakan.

Ads

Meskipun edisi sulung tahun lalu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan, dua penganjur bersama MUSE Group Asia dan KPRJ Sports tidak mahu cepat berpuas hati.

Kejohanan Berbasikal Amatur Terulung, L’Étape Malaysia Kembali Buat Edisi Kedua

Sebaliknya, menerusi maklum balas yang diterima oleh peserta-peserta tahun tahun lepas, mereka berazam untuk mengendalikan kejohanan yang lebih menyeluruh.

Salah satu daripada penambahbaikan yang dilaksanakan untuk tahun ini adalah pengunaan teknologi cip masa yang lebih canggih dalam perlumbaan. Langkah itu adalah untuk menjamin ketepatan masa yang dicatat oleh para pelumba di garis penamat.

Ads

CABARAN BERBEZA

Para pelumba juga boleh menjangkakan cabaran yang berbeza pada tahun ini dengan laluan baharu diperkenalkan di Desaru Coast. Laluan perlumbaan 60km dan 140km akan dipisahkan supaya ia tidak bertindih.

Ini akan membolehkan para pelumba memberi tumpuan sepenuhnya untuk menamatkan perlumbaan dengan catatan masa peribadi terbaik mereka.

Meskipun pengaturan laluan yang berasingan akan menelan belanja lebih besar memandangkan ia akan memerlukan sokongan tambahan, namun pihak penganjur merasakan ia hanyalah harga kecil yang perlu ditanggung mereka selagi ia memudahkan para peserta dan dapat membantu peserta memperolehi pengalaman perlumbaan yang sebenar.

Pelaksanaan dua laluan berasingan ini akan mendapat sokongan yang lebih padu daripada pihak berkuasa tempatan, yang merangkumi tenaga kerja anggota trafik yang mencukupi bagi memastikan kelancaran perlumbaan dari mula sehingga akhir.

Ads

Bagi mengurangkan risiko kemalangan, stesen minuman dan bantuan tidak akan lagi ditempatkan di bahu jalan. Sebaliknya, hentian bersepadu “R&R” akan didirikan untuk para peserta berhenti dan memulihkan tenaga.

“Kami mahu pelumba-pelumba terpilih ini untuk menimba pengalaman terbaik LÉtape dan berasa bangga dapat membantu mereka menjejakkan kaki di LÉtape Du Tour de France.

BACA: 10 Tip Pilih Saiz Kasut Paling Tepat & Sesuai, Salah Satunya Ukur Pada Waktu Petang Atau Tengahari

“Kami telah bekerja keras untuk memastikan semua peserta kami dapat menikmati satu pengalaman menyeluruh yang terbaik, terutamanya berkaitan hal-ehwal keselamatan dan catatan masa perlumbaan. Kami mahu setiap daripada mereka dapat bertanding tanpa rasa ragu-ragu dan mempamerkan aksi yang terbaik, itulah misi kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Muse Group, Riduwan Matni.

Selain itu, MUSE Group Asia berasa bangga kerana dapat menunaikan janjinya untuk menghantar tiga pelumba tempatan ke LÉtape Du Tour de France, dan pada masa sama melahirkan keyakinan bahawa pengenalan ciri-ciri keselamatan dan teknologi terbaharu akan menjadikan edisi kali ini jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI