Susulan kemenangan Selangor Red Giants (SRG) di kejohanan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, bekas pemain dan penstrim permainan terkenal Maharaja Soloz berkongsi rasa bangga melihat tamatnya kemarau tujuh tahun Malaysia menjuarai kejohanan e-sukan itu.
Ketika ditemui MASKULIN, Soloz atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria menyifatkan kemenangan SRG itu telah memecahkan tanggapan yang Malaysia merupakan “easy server” di mata dunia.
“Bila Malaysia nak lawan pasukan yang power house macam Filipina dengan Indonesia, mesti akan kalahlah.
Untuk makluman, istilah “easy server” kebiasaannya digunakan dalam dunia e-sukan yang merujuk kepada pasukan yang mudah ditewaskan.
“Cuma kali ini bila SRG dah pecahkan benda itu, orang tak cakap apa dah lah,” tambahnya.
Soloz berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media pelancaran Dark System Zeries yang merupakan kerjasama dengan jenama kopi tempatan, Kopi Saigon.
Ads
Selain Soloz, seorang lagi pemain e-sukan iaitu XK Penjahat, atau nama sebenarnya Sofian Sultan turut terpilih sebagai wajah mewakili Dark System Zeries Kopi Saigon.
Harap SRG Lebih Terkenal
Mengulas lanjut, Soloz berharap agar nama SRG akan lebih dikenali dan diraikan selepas kejayaan mereka di persada antarabangsa itu.
“Kita tahu pemain SRG ini bukannya pemain yang terkenal pun… sepanjang babak MLBB ini, pemain-pemain SRG ini senyap sahaja,” ujarnya.
Bagi Soloz, perkara itu bagus kerana ia jelas menunjukkan bahawa SRG lebih banyak menumpukan terhadap persiapan untuk menghadapi kejohanan berkenaan.
Ads
Hal itu terbukti apabila ia membuahkan hasil menerusi kejuaraan mereka.
Dengan kejuaraan ini, berkemungkinan SRG akan mendapat lebih banyak perhatian media selepas ini, demikian jangkaan Soloz.
Terdahulu, SRG membanggakan dunia e-sukan tempatan apabila berjaya menumbangkan pasukan Filipina iaitu Filipina Falcons AP Bren Sport di MSC MLBB 2024, demikian lapor Astro Awani.
Dalam aksi Grand Final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi itu, SRG pada awalnya tidak bernasib baik apabila tewas di perlawanan pertama.
Ads
Bagaimanapun, SRG tidak putus harapan dan bangkit pada perlawanan kedua, dan meneruskan momentum pada perlawanan ketiga.
SRG kembali mendapat rentak pada perlawanan keempat dan kelima lalu berjaya menyamakan kedudukan dengan pasukan lawan pada perlawanan keenam, seterusnya mengheret mereka ke perlawanan penentuan.
Di perlawanan penentuan itu lah saatnya SRG mendominasi perlawanan dan merangkul kejuaraan MSC buat kali pertama yang membawa pulang piala serta wang tunai berjumlah AS$ 1,000,000 (RM 4,669,303.78).
Radio ERA kali ini membuat kelainan dengan mengadakan pertandingan Cover Star ERA yang boleh disertai oleh mana-mana penyanyi Amatur dengan hanya memuat naik video cover lagu-lagu tempatan di laman sosial Instagram dengan menggunakan hashtag #CoverStarERA bermula 2 April 2018 sehingga 13 April 2018.
Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas, “Fenomena lagu cover semakin berleluasa apabila lagu-lagu hit tempatan dinyanyikan semula dalam versi mereka tersendiri. Ini membuktikan bahawa ‘penyanyi laman sosial’ mempunyai potensi dan bakat yang mampu mengemparkan dunia hiburan. ERA mahu memberikan sebuah platform kepada mereka untuk memulakan perjalanan mereka sebagai penghibur tanah air.”
Tak susah pun nak join pertandingan ni, anda cuma perlu make sure Instagram anda diubah kepada umum (public) bagi memudahkan juri yang disertai oleh artis-artis tempatan melatih anda ke peringkat seterusnya. Pemenang berpeluang untuk memiliki ‘single’ mereka di bawah syarikat rakaman tempatan.
Disamping itu, anda juga berpeluang untuk memenangi pertandingan ‘Lagu ERA Boomerang’ dimana pendengar perlu meneka tajuk lagu serta nama penyanyi dalam masa yang ditetapkan. Petunjuk lagu akan dimainkan selama beberapa saat. Dengarkan isyarat ‘lagu ERA Boomerang’ yang bermula 19 Mac sehingga 30 Mac.
Jika anda terlepas peluang untuk mengikuti pertandingan ini, anda juga boleh menyertai pertandingan ‘Tiru Gaya ERA’ yang akan mencabar keupayaan daya ingatan anda dimana penyampai-penyampai radio ERA akan lakon-suara sesuatu watak dan tugas anda untuk menjawabnya dalam masa yang telah ditetapkan bermula 30 April sehingga 11 Mei dengan mendengar isyarat memanggil ‘Tiru Gaya ERA”. Kedua-dua pertandingan ni bernilai RM 14,000.
Siapa tak nak duit sebanyak tu kan? So kalau nak memang kena tune in radio ERA mengikut kawasan-kawasan anda. Maklumat lanjut di laman sesawang www.era.je ataupun ikuti laman sosial media mereka di Facebook, Instagram dan Twitter ERA.
Ada masa lagi ni, kepada sesiapa yang nak masuk pertandingan Cover Star ERA tu, bolehlah start practice sekarang. Serlahkan bakat anda diluar ‘alam maya’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semalam rata-rata pengguna media sosial terutamanya peminat muzik heboh memperkatakan tentang konsert band legenda dari Indonesia, Dewa 19 yang laku keras dan sold out dalam tempoh satu jam sahaja.
Gara-gara tiket habis dijual ramai peminat mereka yang tidak sempat membelinya melahirkan rasa kecewa. Namun pada pagi ini, frontman Dewa 19, Ahmad Dhani tampil membawakan perkhabaran yang pastinya menggembirakan peminat mereka yang tidak sempat membeli tiket semalam.
Menerusi Instagram rasmi mereka @officialdewa19, Ahmad Dhani mengumumkan ‘Konsert 30 Years of Dewa’ ditambah pada satu malam lagi.
Ia bakal diadakan sehari lebih awal daripada tarikh 10 September yang diumumkan iaitu pada 9 September bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil yang juga merupakan lokasi sama.
Berita gembira itu dikhabarkan oleh Ahmad Dhani dengan penuh keterujaan. Menurutnya lagi, tiket untuk konsert malam pertama itu akan mula dijual pada jam 3 petang ini menerusi laman sesawang ticket2u.com.my.
“Gokil Malaysia!” jelas Ahmad Dhani dengan oenuh keterujaan.
“Dalam masa sejam tiket habis dijual. Kami sangat berbesar hati dengan sokongan Baladewa dan Baladewi di Malaysia khususnya Kuala Lumpur.
“Jadi untuk membalas sokongan dan rindu kalian, Dewa 19 akan menambah satu malam lagi untuk Baladewa semua. Konsert akan ditambah pada Jumaat, 9 September 2022 di lokasi sama,” tambahnya lagi.
Lebih istimewa, Malaysia merupakan satu-satunya lokasi di mana Dewa 19 melakukan dua konsert dalam satu masa. Ahmad Dhani turut menyeru peminat setia mereka untuk tidak terlewat untuk mendapatkan tiket pada petang ini.
Siri konsert ’30 Years of Dewa 19′ merupakan hadiah buat peminat mereka yang selama ini cukup setia. DeWA 19 sudah memulakan siri jelajah atau tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini.
‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ begitu slogan ringkas namun cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini. Ahmad Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut, akan ada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam konsert mereka selama ini.
Jika kehadiran Dhani yang menggerakkan Dewa 19 bersama 30 lagu belum cukup menyemarakkan perayaan 30 tahun band asal Surabaya ini, Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 terus memberi bonus tambahan.
1.DUIT TAK CUKUP BRO!
Perempuan mana tahu susahnya lelaki nak kumpul duit nak bayar mas kawin, hantaran, baju korang yang mahal tu lagi. Itu belum lagi perangai keluarga yang letak harga mengalahkan artis. Haishh memang sampai tua lah membujang.
2. NAK BELI ASET DULU
Kalau kau naik motor, rasa-rasa perempuan nak ke?
3. SUSAH NAK JUMPA YANG TERBAIK
Memang susah pun, Perempuan sekarang ni, ada duit abangku sayang, takde selamat tinggal sayang.
4.BELUM SAMPAI SERU
Memang tak ada awek, takkan nak kahwin dengan kayu?
5. HALANGAN BANYAK SANGAT
Banyak sangat hal yang datang, keluarga tak suka lain, belum lagi kau nak kenal segenap ruang family dia lagi.
6.BELUM BERSEDIA
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat.Kalau dah bersedia, abang kahwin ya
7. TAK CUKUP ILMU
Ilmu agama pun perlu tebal, tak kan nak tengok anak bini kau tak patuh perintah agama, ketua keluarga ni berat woi.
8.TAKUT NAK BERCINTA LAGI
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.