Memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia muda sahaja sudah cukup mengagumkan, apatah lagi jika bukan satu PhD sahaja yang sudah berada di dalam genggamannya.
Pada usia 36 tahun, Dr Alif Jasni bukan sahaja sudah memiliki dua PhD malah empat ijazah sarjana (Master) dan kini sedang menyambung penyelidikan PhD ketiganya.
Foto: Antara gambar konvokesyen Dr Alif Jasni ketika menerima ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah.
Beliau yang kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar Dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu tampil sebagai jejaka keenam Man of The Moment Maskulin.
Bagaimanapun, di sebalik kejayaan akademiknya yang memberi inspirasi itu, beliau sebenarnya sedang bergelut melawan suatu kesakitan yang tidak mampu dilihat mata orang lain.
Dr Alif merupakan penghidap sejenis penyakit yang jarang didengari iaitu Arnolds Chiari Malformation, atau juga dikenali sebagai kecacatan Chiari di mana tisu otak meluas ke dalam saluran tulang belakang, demikian menurut laman web Hello Doktor.
Bersin Pun Rasa Sakit Di Kiri Tubuh
Berkongsi kepada Maskulin, Dr Alif merasai gejala penyakit itu sejak zaman persekolahan lagi namun mula menyedarinya ketika berusia 21 tahun.
“Setiap kali saya bersin dan batuk, saya rasa sakit pada separuh badan. Jadi saya rasa pelik.
Ads
“Bila pergi hospital, doktor cadangkan untuk buat MRI (Pengimejan Resonans Magnet).
Foto: Tangkap layar Dr Alif Jasni ditemu ramah dalam episod keenam Man of The Moment di saluran Youtube Maskulin.
“Bila buat MRI, nampak ada air tersumbat dalam tulang belakang. Itu yang menyebabkan isyarat salah kepada badan saya,” jelasnya.
Setiap peghidap penyakit itu mengalami gejala yang berbeza-beza namun bagi Dr Alif sendiri, beliau mengalami rasa lemah, kebas dan sakit di bahagian kiri badannya.
Baginya, mengangkat sebutir telur menggunakan tangan kiri pun terasa berat dan sakit berbanding menggunakan tangan kanan.
“Kalau lidi, cucuk sebelah sini (tangan kanan) rasa sakit. Kalau sebelah sini (tangan kiri) tiada rasa sakit.
Ads
“Kalau memasak dan terbakar tangan, kita tak sedar tangan terbakar. Esok tu baru sedar ada kesan melecur pada tangan,” ceritanya lagi.
Jalani Pembedahan Elak Lumpuh
Gejala itu masih lagi berlaku meskipun Dr Alif sudah menjalani pembedahan ketika berusia 27 tahun kerana tujuan utama pembedahan itu adalah untuk mengelakkan risiko gejala-gejala lain daripada berlaku di masa hadapan.
“Penyakit ini boleh membawa kepada lumpuh kaki kerana ia melibatkan tulang belakang.
“Tapi InsyaAllah, saya berharap penyakit itu sampai di sini sahaja lah. Lemah di setengah badan sahaja, tidak membawa kepada gejala-gejala yang lain,” katanya.
Ads
Ada Whatsapp Group Dengan Penghidap Lain
Setakat ini, Dr Alif sudah menemui 10 orang penghidap penyakit yang sama di Malaysia dan telah menubuhkan satu kumpulan di aplikasi Whatsapp untuk saling berhubung.
Di antara mereka, ada yang tidak mampu menggerakkan leher, gagal mengawal pundi kencing, dan ada juga yang kerap merasa pening, demikian menurut Dr Alif.
Ditanya mengenai bagaimana beliau melawan kesakitan yang dihadapi dalam mengecapi pencapaian akademiknya, Dr Alif mengakui pengajiannya yang dilakukan secara penyelidikan mempunyai kelebihan terhadap keadaannya itu.
Katanya, jadual pengajian secara penyelidikan mempunyai jadual yang lebih fleksibel di mana beliau boleh menentukan sendiri waktu untuk belajar, beriadah dan berehat.
Setiap lelaki mempunyai penampilannya tersendiri. Bila bercakap tentang kacak, pada pendapat MASKULIN ia sebenarnya perkara cukup subjektif. Wahai lelaki, usahlah berasa terlalu merendah diri.
Bagi anda yang lahir dengan rupa paras yang elok dan mempunyai simetrikal yang menarik, itu merupakan anugerah dan kelebihan. Tapi bagaimana pula lelaki yang panapadangan umum terutamanya wanita hanya ‘mediocre’ sahaja?
Setiap perkara boleh perbaiki sama ada penampilan, gaya rambut, cara berjalan, pembawaan diri dan juga keyakinan dalaman. Semua faktor tersebut boleh membuatkan lelaki menjadi bertambah kacak dalam cara mereka tersenduru.
Jika anda ingin ‘memburu’ tip dan ingin tampil lebih kacak, MASKULIN senaraikan 10 tip boleh anda ikut.
RUTIN PENJAGAAN WAJAH
Wahai lelaki, kita sebenarnya cukup beruntung kerana tidak perlu menggunakan banyak produk penjagaan wajah seperti wanita. Kadangkala cukup hanya menggunakan pencuci muka setiap hari. Amalkan cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
KAWALAN KEDUT
Ya, penuaan itu satu proses semula jadi yang tiada siapa boleh halang. Namun kalau kita pandai jaga wajah dengan baik kedut tidak akan muncul lebih awal daripada yang sepatutnya. Gunakan pelembab dan juga sunscreen bagi melindungi kulit wajah agar kulit bersifat keremajaan itu bertahan lebih lama.
BAHAGIAN MATA
Perhatikan di bawah mata anda. Jika nampak seperti ada kesan lebam itu bermaknanya anda kurang berikan perhatian di kawasan tersebut. Cuci wajah dengan rata dan palingpenting tidur dengan secukupnya!
Gaya rambut memainkan peranan sangat penting untuk seorang lelaki tampil lebih kacak. Percaya atau tidak dengan meakukan trasformasi rambut sahaja ia boleh mengubah pandangan orang lain terhadap anda. Antara potongan yang sesuai dengan trend semasa ialah crop cut yang lebih kemas dan menampilkan sisi maskulin seorang lelaki.
Kerosakan gigi berlaku dengan perubahan masa dan peningkatan umur. Jika tidak di jaga dengan baik ketika di zaman usia belasan tahun lagi, maka anda akan terima kesannya bila usia menjelang 30-an atau 40-an. Teknologi pergigian pada zaman sekarang juga sudah cukup maju dan mampu memberikan senyuman paling manis untuk anda. Dengan syarat, perlukan melabur sedikit.
MELAKUKAN SENAMAN SECARA RUTIN
Badan yang sihat akan menaikkan seri di wajah. Ia juga mampu membuatkan anda lebih sihat, berkeyakinan dan setiasa tampil bertenaga. Dengan senaman yang dilakukan secara rutin juga staminan anda juga akan terjaga sebaiknya. Dan stamina itu wahai saudara, sangatlah penting!
Diet di sini bukanlah bermaksud kena ikat perut dan berlapar. Tetapi lebih kepada cara bijak untuk makan dengan jumlah yang menyihatkan dan seimbang. Namun setiap orang mungkin berbeza tahap metabolisme. Jadi jika tidak pasti dapatkan nasihat dari pakar nutrisi.
SELEKSI PAKAIAN
Gaya dan penampilan diri juga harus selari dengan pakaian yang dipakai. Salah satu faktor utama untuk nampak lebih kacak ialah pakaian yang betul. Perkara paling penting dalam memilih pakaian ialah mencari fit yang paling sempurna. Usah memaksa diri mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan saiz atau umur.
Ingat setiap lelaki boleh melakukan perubahan diri bila-bila masa sahaja. Semoga perkongsian tip ini boleh memjadikan anda yang sudah sedia kacak menjadi lebih kacak!
Follow IG Maskulin untuk tip serta trend lelaki masa kini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan ada sesetengah lelaki secara semula jadinya lahir dengan wajah yang elok dan tampan. Apa sahaja yang mereka gayakan pasti nampak sedap saja siapa memandangnya.
Namun ramai juga tidak tahu bahawa keremajaan itu satu sifat yang tidak kekal! Faktor penjagaan diri sangat penting bagi penampilan lelaki. Rupa paras boleh diberikan sentuhan dengan pelbagai kepakaran dalam dunia peragaan sekarang, Jadi jangan ingat nada berwajah elok maka tidak harus melakukan penjagaan diri dengan baik.
Jika anda ingin kekal kacak, bergaya dan berpenampilan menarik jangan abaikan 7 perkara MASKULIN kongsikan di bawah.
GUNA PRODUK SESUAI DENGAN KULIT
Percaya atau tak masih ada lelaki yang mencuci wajah guna sabun! Sabun boleh menyebabkan kulit wajah jadi lebih kering, jadi berikan mereka set lengkap pencuci muka, penyegar dan pelembab. Bagi anda yang nak jimat, kongsi sahaja dengan pasangan.
TRIM BULU HIDUNG
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
PENJAGAAN GIGI
Senyuman yang memikat datang dari gigi yang putih tersusun rapi. Cadangkan anda dan pasangan untuk melakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurang setahun sekali. Benar lelaki yang paling kacak ialah memiliki gigi putih sihat dan nafas yang tidak berbau. Oops!
BERSENAM DAN JAGA MAKAN
Kalau tengok badan Hritik Roshan atau Zul Ariffin bergetar jiwa tapi bila tengok suami berkecai hati, tak baik macam itu. Apa kata anda mula menjaga diet dan makan makanan lengkap nutrisi. Sambil itu, rajinkan diri untuk beriadah atau bersenam. Cuba check mana-mana pusat gim yang ada pakej untuk couple, lagi seronok bersenam bersama kesayangan kan.
Potongan rambut pada seorang lelaki ialah kunci peribadi mereka. Betapa pentingnya untuk mendapatkan gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tekstur rambut. Bukan itu sahaja, pastikan juga tahu cara menjaga rambut dan sentiasa alert bila kena trim!
KESEGARAN MATA
Lelaki mudah mendapat kedutan dibahagian kerana atas faktor usia dan bebanan stress yang dihadapi. Kedutan, lingkaran gelap bawah mata dan sembap buat si dia tampak berusia dari umur sebenar! Isteri terutamanya sila ajar suami anda untuk menyapu krim bawah mata setiap pagi dan malam sebelum tidur.
SENTIASA POTONG KUKU
Kebanyakan kaum lelaki lupa untuk melihat sekitar kuku, terutamanya kuku kaki! Jangan ingat para wanita sahaja yang wajib merias dan mengemas kuku begitu juga dengan lelaki. Cukup kuku kelihatan bersih dan pendek kerana kuku panjang dan kotor penyebab penyakit.
Buat jejaka kacak sekalian, jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk tip serta perkongsian menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jodoh dan pertemuan itu ketentuan Ilahi. Kalau usaha dan sayang macam mana sekali tapi kalau sudah bukan jodoh memang kita harus terima sahaja.
Ada orang kenal dan bercinta sampai berbelas tahun lamanya baru kahwin. Dan ada juga yang baru kenal dua, tiga bulan terus kahwin. Lain orang lain cara jodohnya sampai. Apa yang paling penting sebenarnya ialah kehidupan selepas diijab kabul.
Pada zaman sekarang lelaki kebanyakannya lebih selesa mencari kestabilan hidup dahulu sebelum pasang keinginan untuk kahwin. Disebabkan itulah masih ramai jejaka bujang pada usia 30-an di luar sana.
Usah risau jika anda merasakan jodoh itu datang lambat. Mungkin anda lihat kawan-kawan lain yang kahwin lebih awal macam seronok sangat. Satu perkara kena tanam dalam fikiran, jodoh cepat atau lambat semuanya atas ketentuan Tuhan. Siapalah kita untuk menolaknya jika ditakdirkan jodoh lambat.
Tapi buat lelaki 30-an, sebenarnya ada beberapa kelebihan anda berkahsin pada usia ini.
LEBIH MATANG BILA JADI BAPA
Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an bakal menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka untuk mencurahkan kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.
Individu pada usia sebegini pasti sudah mempunyai kerjaya yang tetap, malah tak mustahil sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan bukan menjadi antara masalah utama.
JATI DIRI LEBIH KUAT
Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat hidup yang kuat. Kebiasaanya, mereka dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.
Kebanyakan individu pada usia ini sudah puas berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah digapai dan sudah tentu apabila berkahwin, akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.
MENTALITI MATANG & STABIL
Menurut kajian, setiap individu akan menjadi lebih tenang dan matang dalam menghadapi pelbagai situasi untuk menghargai cinta, malah akan lebih fokus untuk satu matlamat hidup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kereta dimasuki air banjir, nah! Ini langkah-langkah kena buat. Risiko banjir kilat yang boleh menjejaskan harta benda, terutama kenderaan. Jika kereta anda dimasuki air banjir, jangan panik. Tindakan pantas dan betul sangat penting untuk mengurangkan kerosakan dan kos baik pulih