Foto: comzeal/Getty Images

Bagi anda yang selalu dan aktif bersukan patinya tidak asing lagi dengan masalah kecederaan kekejangan otot.

Kejang otot boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kiralah sama ada anda seorang yang melakukan senaman secara rutin atau pun ‘newbie’ yang baru berjinak-jinak. Ini kerana terdapat beberapa faktor berbeza boleh menyebabkan kondisi kecederaan seperti kejang otot.

Secara asanya, kekejangan otot merupakan kontraksi otot yang kuat berlaku di luar kawalan. Kontraksi ini biasanya akan bertersuan dalam beberapa tempoh waktu dan kebanyakannya berlaku secara tiba-tiba.

Jika ia berlaku, ia boleh menimbulkan rasa sakit kuat yang mengganggu pergerakan anggota berkenaan. Kekejangan otot sering berlaku ketika bersukan dan menjalani aktiviti fizikal terutama dalam kalangan atlet.

PUNCA

Punca berlakunya kekejangan otot adalah disebabkan pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan. Dan dalam pada masa yang sama ua mengakibatkan kandungan oksigen dan nutrien di dalam otot jadi semakin berkurangan.

IKLAN
Kejang Otot Selepas Bersukan, Perlu Letak Ais Atau Tidak?
Image by wayhomestudio on Freepik

KEKEJANGAN OTOT SELEPAS BERSENAM

– Kontraksi otot luar kawal yang menyakitkan berlaku semasa atau selepas bersenam.

– Kelesuan yang melampau iaitu kehausan otot berpunca daripada aktiviti yang melebihi tahap kemampuan.

– Fasa memanaskan dan menyejukkan badan yang tidak mencukupi.

IKLAN

– Hanya berlaku pada otot yang digunakan secara berlebihan daripada kemampuan.

Kejang Otot Selepas Bersukan, Perlu Letak Ais Atau Tidak?
Contoh kekejangan otot yang agak parah berlaku ketika bersenam.

KEKEJANGAN OTOT AKIBAT KELETIHAN

– Ia biasa berlaku dalam kalangan atlet yang banyak kehilangan elektrolit selepas berpeluh.

IKLAN

KEKEJANGAN OTOT AKIBAT CUACA PANAS

– Ia berlaku disebabkan kehilangan sejumlah besar kuantiti air dan garam di dalam badan terutama selepas bersenam pada suhu yang panas.

– Selalunya bermula di kaki tetapi boleh membabitkan bahagian yang lain.

FAKTOR KEKEJANGAN OTOT BERLAKU DISEBABKAN BERSENAM

  1. Umur – Individu yang berusia lebih cenderung mengalami kekejangan otot disebabkan otot badan yang mula kendur dan mengecil. Anggota badan mudah letih ketika aktiviti fizikal.
  2. Atlet – Atlet acara jarak jauh mudah mengalami kekejangan terutama apabila cuaca panas. Kecederaan yang dialami ketika menjalani latihan pada awal musim boleh juga menjadi punca.
  3. Dehidrasi – Kurang pengambilan air tetapi berpeluh secara berlebihan boleh meningkatkan risiko kekejangan otot.
  4. Obesiti – Otot yang menampung berat badan berlebihan sering mengalami kekejangan terutama pada bahagian kaki kerana kekurangan daya tahan.
  5. Intensiti dan tempoh senaman yang berlebihan – Senaman berintensiti tinggi yang dilakukan secara berlebihan menjadi punca berlakunya kekejangan otot.
  6. Teknik regangan otot yang salah – Regangan otot yang dilakukan secara sambil lewa sebelum memulakan senaman boleh mengakibatkan otot menjadi kejang.

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN KETIKA KEKEJANGAN OTOT:

  1. Berhenti dan berehat di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik.
  2. Minum air yang mencukupi. Elak minum air berkafein yang akan merangsang anda membuang air kecil.
  3. Letak ais pada otot bagi mengurangkan intensiti sakit.
  4. Urutan ringan akan membantu mengurangkan kekejangan.
  5. Lakukan regangan secara perlahan sehingga simptom berkurangan.

Kekejangan otot disebabkan senaman boleh dikurangkan melalui beberapa cara. 

  1. Bersedia sepenuhnya dari segi fizikal sebelum memulakan aktiviti.
  2. Lakukan regangan mencukupi ke atas otot yang cenderung mengalami kekejangan.
  3. Pastikan pengambilan nutrisi dan air mencukupi.
  4. Mulakan aktiviti dengan tempoh dan intensiti yang optimum.
  5. Pastikan minum air pada kadar awal sekiranya berlaku dehirasi.
  6. Kurangkan berat badan berlebihan.
  7. Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI