Kejadian MPV ‘Disagat’ Akibat Letak Kereta Tepi Jalan, RapidKL Jelaskan Perkara Sebenar

Share

Isu meletakkan kenderaan bukan di kawasan atau lokasi sepatutnya sebenarnya sudah menjadi masalah yang cukup lama berakar umbi di negara kita. Boleh dikatakan tabiat meletakkan jalan secara haram di tepi jalan yang tiada ‘bahu jalan’ pun masih berleluasa.

Dua hari lalu sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial telah tular akibat sebuah kenderaan MPV Toyata Vellfire didapati rosak teruk. I dipercayai telah ‘disagat’ oleh kenderaan yang besar dan lebih berat ketika melalui jalan yang cukup sempit.

Menerusi video tersebut jelas kelihatan kerosakan yang bukan sahaja calar malah sebahagian besar badan MPV tersebut terkoyak teruk. Dalm video itu juga terlihat sebuah bas RapidKL melalui jalan tersebut lantas ramai yang menyangka MPV itu telah dilanggar oleh bas tersebut.

Bahagian kanak MPV itu terkopek teruk sehinghga menampakkan komponen dalamannya. Beberapa komen dari warganet mengatakan kejadian tersebut berlaku di laluan bawah bangunan Midvalley dan juga The Gardens di ibu negara.

@ayin8686 Hati semua sahabat#kamibudakbarubelajar #pilotdaratmalaysia #abgpilotdarat ♬ Singkong & Keju Cover – akhmal.dniel

Rentetan kejadian itu RapidKL hari ini tampil memberikan penjelasan kejadian sebenar menerusi kenyataan di laman media sosial mereka.

PENJELASAN SEBENAR

“Susulan sebuah video yang telah tular di media sosial sejak semalam, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) selaku operator perkhidmatan bas Rapid KL ingin menegaskan bahawa kerosakan yang telah berlaku pada kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang di parkir di tepi jalan tersebut adalah tidak berpunca daripada bas Rapid KL.

“Semasa melalui jalan terbabit, bas kami terpaksa dipandu dengan kelajuan yang sangat perlahan kerana laluan tersebut agak sempit.

“Ini disebabkan oleh kenderaan lain yang telah meletakkan kenderaan mereka di ruangan larangan parkir, sehingga menghalang laluan pengguna lain. Kami mendapati kenderaan jenis Toyota Vellfire tersebut telah rosak sewaktu bas kami ingin melepasi kawasan itu,” jelas wakil Rapid Bus.

Jadi benarlah seperti yang dinyatakan juga oleh perakam video tersebut bahawa bukan RapidKL yang menyebabkan kerosakan pada MPV itu. Rata-rata warganet dilihat turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan sesetengah pengguna jalan raya yang suka meletakkan kenderaan di lokasi tidak sepatutnya sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Kalau sudah jadi begini rasanya nak klaim insurans pun payah. Semoga kejadian seperti ini membuka mata kita semua menjadi lebih luas dan berfikiran lebih berhemah untuk menjadi pemandu dan pengguna jalan raya yang mempunyai fikiran yang rasional dalam melakukan apa-apa tindakan.

Jangan lupa untuk follow dan subsribe sosial media Facebook dan YouTube MASKULIN!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim