Bagi perokok tegar, biar tidak makan nasi asalkan boleh menyedut asap daripada sebatang rokok. Lihatlah betapa hebatnya kesan merokok itu. Setiap tahun harga rokok di negara ini akan naik, ia sekali gus membuatkan perokok merasa keinginan untuk berhenti. Tetapi percayalah hasrat untuk berhenti itu adalah sukar bagi mereka meskipun mengetahui merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mendatangkan kemudaratan pada kesihatan mereka.
Tambahan pula ramai perokok tegar ini mula merokok sejak peringkat sekolah dan remaja.Menurut kajian dengan bantuan orang yang terdekat ia akan menjadikan hasrat untuk berhenti merokok adalah lebih mudah.Justeru itu minta bantuan orang tersayang terutamanya keluarga atau rakan-rakan dan doktor.
Mula merokok ketika berusia 17 tahun dan menghisap lima batang rokok setiap hari bersama rakan-rakannya. Kini dia berusia 24 tahun dan salah seorang pesakit muda yang disahkan menghidap kanser mulut.
Dia kini menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Walaupun punca kanser itu tidak diketahui, doktor berkata kbanyakan pesakit kanser mulut terdiri daripada perokok. Muhammad Faid yang juga pelajar tahun tiga jurusan pendidikan di sebuah universiti berkata pada awalnya mengalami masalah ulser di lidah kirinya.
Namun, dia tidak mengendahkannya kerana ia tidak begitu menyakitkan. Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 52, berkata luka yang muncul awal tahun lalu tidak hilang begitu sahaja.
Pada November, hasil ujian biopsi mendapati ia adalah kanser. Anita berkata, antara November dan Mei lalu, Muhammad Faid mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya. Kanser itu masih di Tahap I dan II pada Februari tetapi pada Mei ia sudah di Tahap III.
Susulan itu, doktor terpaksa memotong sebahagian lidah Muhammad Faid pada 17 Mei lalu. Doktor telah membina semula lidahnya dengan kelebihan kulit pahanya dan Muhammad Faid kini boleh bercakap sedikit.
Bagi yang seronok merokok itu, moga cepat sedar. Jangan tunggu dah jadi baru nak menyesal.
Sumber: Twitter Ayim
Via : Oh Bulan