Kehebatan Di Sebalik Lelaki Mempunyai Janggut, Salah Satunya Mencetus Rasa Sayang Dari Pasangan

Share

Ada orang lebih suka wajah mereka licin bersih dari sebarang misan, janggut atau jambang. Mungkin alasannya tidak mahu berasa rimas.

Namun tahukah anda menyimpan janggut atau jambang membawa beberapa kelebihan yang mungkin kita tidak tahu? MASKULIN yakin ramai di antara anda pun sudah tahu bahawa menyimpan janggut itu merupakan salah satu amalan Sunnah dari Nabi kita yang tercinta.

Tidak dinafikan lelaki berjanggut atau berjambang sedikit sebanyak menonjolkan sisi kejantanan atau maskulin yang lebih mantap. Jika tak percaya cuba anda bandingkan diri anda yang licin bersih dan berjanggut atau berjambang. Cuba tanya orang terdekat yang manakah mereka nampak lebih ‘jantan’?

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kelebihan lelaki yang menyimpan janggut atau jambang.

Melindungi Serangan Bakteria & Jangkitan Kuman

Haa, betul tak saya kata, terkejut kan dengan fakta yang pertama ini. Kajian yang terperinci telah dijalankan ke atas 408 lelaki pekerja hospital yang berjanggut mendapati Lelaki yang bercukur penuh tidak berjanggut adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk ‘menyimpan bakteria’ di mukanya berbanding lelaki pekerja hopital yang berjanggut!

Lindungi Wajah Panas Matahari

Ini memang terang-teranglah kan. Dengan adanya janggut, kurang kawasan badan kita yang akan terkena matahari. Pancaran Matahari keterlaluan mampu mencetus jadinya kanser kulit dan adanya janggut mampu menapis 90-95% daripada pancarana ultraviolet yang berbahaya itu.

Bayangkan panas yang dirasa orang yang berambut penuh dan orang yang botak, rasa-rasanya siapa yang akan berpeluh terlebih dahulu jika diletakkan di tengah panas?

Man photo created by valuavitaly – www.freepik.com

Rupa Paras Lebih Jantan

Ini mesti lelaki suka dengar kan? Menjadi lebih Maskulin, kacak, matang dan berani adalah seperti naluri kedua kepada kaum lelaki. Kenapa? Tiada yang tahu jawapannya, tapi itu hakikat seorang lelaki sejati! Namun, terkejut atau tak, sebenarnya kajian dari New South Wales di Australia juga membuktikannya!

Sebanyak 351 orang perempuan dan 177 orang lelaki heteroseksual (heteroseksual bermakna lelaki normal yang suka perempuan tau!) telah memberi markah scoring berdasarkan gambar 10 orang lelaki.

Kajian mendapati :

i) Lelaki yang berjanggut lebat 10 hari adalah paling menarik untuk Wanita.

ii) Lelaki yang berjanggut penuh dipandang sebagai seorang Bapa yang sangat baik dan bertanggungjawab

iii) Lelaki yang berjanggut Stubble (Janggut pendek) mendapat markah terendah dan lebih rendah berbanding lelaki yang mencukur janggut penuh dalam semua kategori iaitu tarikan, maskulin, kesihatan dan potensi menjadi bapa yang bertanggungjawab.

Janggut Boleh Tubuh Panjang

Jangan terkejut kalau anda terjaga dari tidur dan mendapati janggut anda dah meliputi badan anda! Janggut boleh tumbuh hampir 4 kali ganda ketinggian anda! Dianggarkan, janggut anda akan sepanjang lebih kurang 27 kaki kalau anda tak pernah cukur dari lahir sehingga meninggal dunia. Haa, boleh masuk Malaysia Book of Records!

Mencetus Kasih Sayang

Anda pernah dengar tentang Pogonophilia? Ia merujuk kepada golongan yang sangat suka dan sangat sayang kepada janggut dan orang yang menyimpan janggut. Ini berlaku terutamanya di kalangan peremupuan. Siap ada terma sendiri lagi tu! Punyalah hebat penangan janggut.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim