Dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi peminat bola sepak di seluruh dunia akan mula merasakan debar menyaksikan 32 negara berentap di Paiala Dunia FIFA Qatar 2022. Acara suka terbesar di dunia yang diadakan empat tahun sekali ini sememangnya bakal menjadi antara kemuncak buat tahun ini.

Walaupun tidak berpeluang menyaksikan sendiri perlawanan Piala Dunia di depan mata namun dengan teknologi penyiaran pada masa kini mampu memberikan keterujaan hampir sama. Di negara kita di antara platform untuk menyaksikan kejohanan terhebat ini ialah menerusi sooka.

Kehangatan Bola Sepak Terunggul Bersama Kempen World Cup Ikut sooka

Aplikasi penstriman aksi sukan LIVE dan kandungan hiperlokal ini kembali meraikan edisi terbaru di Qatar yang bakal tiba. Mereka memperkenalkan kempen terbaru bagi mengajak peminat bola sepak merasai sendiri kehangatan kejohanan terunggul ini.

SECARA LANGSUNG

Kempen World Cup Ikut sooka memberi peluang kepada para peminat bola sepak untuk menonton kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 secara langsung, terus daripada peranti mudah alih anda ataupun TV pintar untuk aksi daripada pasukan kegemaran anda melalui skrin yang lebih besar.

Para peminat tegar bola sepak boleh melanggan pelan sooka VIP+Sports pada RM41.90 sebulan dan menonton kesemua 64 perlawanan.

IKLAN

Untuk pengalaman tontonan yang lebih hebat melalui skrin TV Pintar terpilih, peminat boleh menikmati diskaun 25%* pada pelan TV VIP sooka hanya pada RM62.90 sebulan.

Promosi ini terhad sehingga 18 Disember 2022. Peminat juga boleh mengikuti pelbagai program bola sepak eksklusif sooka seperti ‘Borak sooka Botak’ dan ‘Old Skool sooka Bola’.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan Pas Perlawanan hanya pada RM9.90 setiap perlawanan sepanjang kejohanan.

IKLAN

Kehangatan Bola Sepak Terunggul Bersama Kempen World Cup Ikut sooka

KESINAMBUNGAN

Emarina Kamal, Ketua Program sooka, berkata: “Kempen World Cup Ikut sooka merupakan kesinambungan daripada kempen Bola Ikut sooka kami yang menyaksikan pelanggan kami meningkat kepada 60% untuk menonton Liga Perdana 2022/2023.

“Kami ingin memastikan bahawa para peminat sukan tidak akan terlepas mana-mana perlawanan ataupun gol penting ketika Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

IKLAN

“Peminat diberikan kebebasan memilih cara mereka menonton bola sepak, sama ada pada peranti mudah alih atau TV Pintar mereka dan membayar sesuka hati tanpa kontrak dan tanpa komitmen. Kami berazam untuk terus memberikan pengalaman menonton sukan yang penuh kebabasan tanpa had dan kerisauan.”

Kempen World Cup Ikut sooka juga memperkenalkan kerjasama dengan Maxis, Shopee, dan Sharp. Maxis, penaja penyiaran Piala Dunia FIFA Qatar 2022, akan memberikan sejuta Pas Perlawanan Live sebagai sebahagian daripada Jualan Hujung Tahun mereka yang akan bermula pada 20 November.

Sharp menawarkan langganan percuma selama sebulan untuk pelan sooka VIP TV melalui pembelian mana-mana Sharp Android TV, dan para pelangggan akan dapat menikmati promosi sooka di platform Shopee yang akan datang tidak lama lagi.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI