Sebagai lelaki, pastinya kegagalan fungsi alat sulit merupakan antara perkara yang tidak diingini berlaku pada diri, apatah lagi bagi yang sudah berumah tangga.

Meskipun masalah itu agak memalukan, namun perkara itu tidak sepatutnya ‘disembunyikan’ kerana masalah itu ada penyelasaiannya.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi veteran Datuk Zainal Abidin yang juga mengalami masalah itu menyeru golongan lelaki untuk tidak berasa malu untuk tampil mendapatkan bantuan pakar bertauliah jika berdepan masalah yang sama

“Kalau disimpan, ia akan mengganggu hubungan dalam rumah tangga dan hubungan suami isteri itu sendiri akan menjadi semakin pudar. Ia akan mendatangkan satu perjalanan hidup yang negatif. 

Bukan Suatu Penyakit, Ia Disebabkan Faktor Usia

“Lemah alat kelamin ini bukanlah satu penyakit, tetapi satu kelemahan yang disebabkan oleh faktor usia. Saya sendiri pun dah menjangkau usia 60 tahun. Jadi, memang patut kalau ia tak berfungsi seperti mana orang muda,” katanya.

Oleh itu, pemilik suara yang mengalunkan lagu malar segar Hijau itu memberitahu yang beliau telah mendapatkan nasihat dari doktor mengenai masalah itu

Ads

Selepas menjalani rawatan P-Shot dan pengambilan ubat yang sepatutnya atas nasihat doktor, beliau mengakui ada kemajuan yang baik pada fungsi alat sulitnya.

“Tapi, tidaklah ia kembali 100 peratus seperti mana ketika saya berusia 18 tahun. Sekurang-kurangnya, ia menyelamatkan keadaan rumah tangga saya sebelum ia menjadi lebih teruk,” ujarnya. 

Ads

Demi mewujudkan kesedaran, Dato’ Zainal bersifat terbuka untuk berkongsi masalah yang selama ini dianggap aib bagi kaum lelaki.

“Sebenarnya, tak perlu segan untuk bersuara mengenainya kerana apabila kita berkongsi, ia memberi peluang kepada mereka yang ada masalah sama seperti pernah saya lalui, untuk berusaha dan memperbaiki masalah itu. 

“Kalau disimpan, ia akan mengganggu hubungan dalam rumah tangga dan hubungan suami isteri itu sendiri akan menjadi semakin pudar. Ia akan mendatangkan satu perjalanan hidup yang negatif. 

Ads

“Kalau saya berkongsi, maka, akan lebih ramai orang yang tahu dan pergi untuk melakukan pemeriksaan,” tambahnya.

Jumpa Pakar, Jangan Beli Produk Sewenang-Wenangnya

Dalam pada itu, beliau menegaskan kepada mereka yang senasib dengannya untuk tidak terpengaruh dengan lambakan produk yang dijual di media sosial kerana itu hanya akan merisikokan kesihatan diri.

“Nasihat saya, sekiranya anda melalui masalah ini, berundinglah dengan pasangan dan dapatkan nasihat pakar. Jangan suka-suka membeli produk yang dijual di Facebook atau TikTok, yang mana, mungkin tak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Ia juga boleh berisiko membahayakan anda dengan dos bahan yang terlalu tinggi. Mungkin boleh menaikkan tekanan darah, datangkan kepanasan di bahagian telinga, pening, atau mungkin boleh pengsan,” ulasnya lanjut.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI