Kediaman Sederhana Juga Mampu Miliki Tema Glam Moden, Impiana Kongsikan Tip & Rahsianya!

Share

Setiap orang yang memiliki kediaman pastinya berhasrat untuk mengetengahkan tema yang bersesuaian dengan cita rasa si pemilik. Tidak kira apa jua tema, asalkan gaya yang diterapkan mampu memberikan keselesaan dan ketenangan buat seisi rumah. Bagi yang meminati gaya glam moden, tentu sahaja anda mempunyai cita rasa tersendiri dalam membuat susun atur agar ia mampu menyuntik elemen moden yang diimpikan.

Gaya glam moden tidak semestinya sesuai untuk kediaman mewah. Bagi anda yang memiliki kediaman sederhana, anda masih juga boleh menyusun atur kediaman dengan tema glam moden ini mengikut pemilihan warna, susun atur perabot mahupun dekorasi dalaman rumah.

Untuk tema gaya ini, apa yang penting adalah cara anda menyerlahkan dekorasi glam moden menerusi dekorasi yang tersendiri.

Ini antara elemen penting untuk anda menyerlahkan dekorasi glam moden.

  1. Pemilihan perabot yang ringkas namun mempunyai perinci seperti logam, upholstery
    dan ukiran sedarhana.
  2. Pemilihan palet rona yang lebih cenderung kepada putih, kelabu, krim hitam dan emas.
  3. Elemen yang menyumbang dan memerangkap cahaya tamabahan seperti cermin dan aksesori kristal.
  4. Menyerlahkan kemewahan dengan pemilhan kemasan lembut yang mempunyai tekstur atau bercorak geometri.
  5. Mewujudkan kehadiran pencahayaan yang lebih dramatik melalui penggunaan chandelier dan lampu meja.

Rancangan TV Ilham Dekor Impiana Musim Kedua untuk episod ketiga ini bakal menampilkan pelbagai tip dan perkongsian untuk kediaman berkonsepkan Glam Moden.

Rancangan ini ke udara setiap hari Selasa, jam 12.30 tengah hari dan siaran ulangan jam 9.30 malam hanya di Slot Dewi: Astro Prima (105) & Maya HD (135).

Rancangan berdurasi selama 30 minit yang menghidangkan sebanyak 13 episod ini dihoskan oleh Shalma Ainaa.

Published by
Roselinda