“Aduuuuhhhh tak selesanya nak makan bila kena ulser!”

Itu satu keluhan biasa mungkin selalu anda dengar. Mungkin terkena pada diri sendiri atau orang terdekat.

Pedih apabila mengunyah makanan sehingga rasa sakit ketika menelan minuman sering menyebabkan emosi terganggu. Ada yang memanggilnya ‘pecah mata ikan’ dalam kalangan masyarakat Melayu namun hakikatnya ulser di bahagian mulut sememangnya menyakitkan.

Mungkin ia perkara biasa bagi sesetengah individu kerana sesiapa saja tidak mengira jantina dan usia boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.

Kecutkan Ulser Dengan 5 Produk Hebat Ini Dalam Masa Tiga Jam Saja

Apabila berlaku ulser, seseorang mengalami beberapa tanda seperti bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutama di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak terbabit berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah di sekitarnya. Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan kepada produktiviti seharian. Bagi jangkitan yang teruk, ia menyebabkan demam dan kelesuan.

IKLAN

Amat penting bagi seseorang menjaga kebersihan dan keselamatan di bahagian mulut agar tidak dijangkiti ulser yang boleh mengakibatkan rasa tidak selesa. Rasa sakit, pedih dan perit sehingga kadangkala sukar untuk menelan atau mengunyah makanan pasti dirasai setiap kali ulser mulut menyerang. Memang menyakitkan dan adakalanya agak sukar sembuh kerana ia bergantung kepada lokasi ulser mulut itu. Keadaan itu mengganggu keupayaan untuk makan dan bercakap sehingga mengganggu emosi individu itu akibat menahan kesakitan.

Terdapat beberapa kaedah menggunakan bahan semula jadi yang boleh digunakan bagi merawat ulser. Boleh menggunakan madu dan minyak kelapa kerana madu ialah pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi. Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru.

BACA: Tip Mudah Untuk Hilangkan Ulser

Peringatan

IKLAN

Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko mendapat ulser mulut:

  • Gunakan berus gigi yang lembut
  • Minum minuman sejuk menggunakan penyedut minuman
  • Makan makanan yang lembut
  • Dapatkan pemeriksaan gigi/mulut secara berkala
  • Amalkan pemakanan seimbang dan banyakkan minum air

Elakkan

  • Makan makanan yang terlalu pedas, masin atau masam
  • Makan secara tergesa-gesa
  • Makan makanan yang keras
  • Minum minuman yang terlalu panas atau berasid
  • Terlalu kerap mengunyah gula-gula getah
  • Menggunakan ubat gigi yang ‘kuat’ dan mengandungi sodium lauryl sulphat.

Bertemu dengan doktor berhampiran jika ulser mulut berlanjutan dan tidak sembuh melebihi tiga minggu atau kerap berulang. Begitu juga jika ulser menjadi lebih menyakitkan dan berwarna merah bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah lain.

Di antara produk yang boleh anda guna untuk atasi masalah ulser mulut.

IKLAN

1. Hurix’s Mouth Ulcer

Kecutkan Ulser Dengan 5 Produk Hebat Ini Dalam Masa Tiga Jam Saja

2. Avera Gel

Kecutkan Ulser Dengan 5 Produk Hebat Ini Dalam Masa Tiga Jam Saja

3. Oral Aid Gel

Kecutkan Ulser Dengan 5 Produk Hebat Ini Dalam Masa Tiga Jam Saja

4. Aloclair Gel

Kecutkan Ulser Dengan 5 Produk Hebat Ini Dalam Masa Tiga Jam Saja

5.Bonjela

Kecutkan Ulser Dengan 5 Produk Hebat Ini Dalam Masa Tiga Jam Saja

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI