Kecederaan lutut, ACL (Anterior Cruciate Ligament) adalah salah satu jenis kecederaan yang sering dialami oleh atlet.
Ingat, lutut anda mahu dipakai lama oleh itu anda perlu berhati-hati. Di bawah kami senaraikan faktor yang boleh mengakibatkan kecederaan lutut (meletup, putus, koyak, lembam, luka dan lain-lain).
Sukan Dan Kecederaan Lutut ‘ACL’ Di Kalangan Lelaki
Sukan Dan Kecederaan Lutut ‘ACL’
Apakah ACL?
ACL adalah ligamen yang terletak di dalam lutut dan berfungsi untuk menstabilkan sendi lutut. Ia menghubungkan tulang femur (tulang paha) dengan tibia (tulang betis). Ligamen ini memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan ke hadapan dan memutar tulang betis, menjadikan ia penting dalam banyak jenis pergerakan sukan.
Punca Kecederaan ACL
Pergerakan tiba-tiba: Pergerakan seperti pusingan badan secara tiba-tiba, memberhentikan larian dengan mendadak, atau melompat dan mendarat dengan posisi yang salah boleh menyebabkan kecederaan pada ACL. Impak langsung: Kecederaan juga boleh berlaku akibat perlanggaran dengan pemain lain atau objek keras semasa bersukan. Keletihan otot: Otot yang letih tidak dapat memberikan sokongan yang mencukupi kepada sendi lutut, meningkatkan risiko kecederaan.
Sukan yang Berisiko Tinggi
Ads
Sukan-sukan yang berisiko
Bola sepak: Pergerakan seperti menggelecek, menendang, dan perlanggaran fizikal antara pemain meningkatkan risiko kecederaan ACL. Bola keranjang: Lompatan tinggi dan pergerakan cepat semasa permainan boleh memberi tekanan kepada ACL. Bola baling: Aktiviti melompat dan menghantar bola dengan pantas memerlukan kestabilan lutut yang tinggi. Ski: Pergerakan memutar dan menukar arah dengan pantas di atas permukaan bersalji menyebabkan tekanan pada ligamen lutut.
Gejala kecederaan ACL
Ads
Bunyi “pop” pada lutut: Ramai atlet melaporkan mendengar bunyi “pop” semasa kecederaan berlaku.
Sakit lutut: Kesakitan yang teruk pada lutut yang cedera.
Bengkak: Pembengkakan yang cepat dalam beberapa jam selepas kecederaan.
Ketidakstabilan lutut: Rasa lutut “tergelincir” atau tidak stabil ketika berjalan atau berdiri.
Diagnosis kecederaan ACL biasanya melibatkan pemeriksaan fizikal oleh doktor serta pengimejan seperti MRI untuk mengesahkan tahap kecederaan.
Rawatan dan Pemulihan
Rawatan konservatif: Bagi kecederaan yang tidak terlalu teruk, rawatan konservatif seperti fisioterapi, penggunaan ais, dan ubat penahan sakit mungkin mencukupi.
Pembedahan: Bagi kes yang lebih serius, pembedahan rekonstruktif mungkin diperlukan untuk membaiki ligamen yang rosak. Ini diikuti dengan program pemulihan intensif.
Pencegahan Kecederaan ACL
Untuk mengurangkan risiko kecederaan ACL, atlet boleh mengambil langkah-langkah berikut:
Ads
Latihan penguatan otot: Melibatkan latihan untuk menguatkan otot-otot di sekitar lutut.
Latihan kestabilan dan keseimbangan: Menumpukan pada latihan yang meningkatkan kestabilan lutut.
Teknik yang betul: Mempelajari teknik pergerakan yang betul dalam sukan yang diceburi.
Kesimpulan
Kecederaan ACL adalah satu isu serius di kalangan atlet lelaki, dengan langkah-langkah yang betul, risiko kecederaan ACL dapat dikurangkan, membolehkan atlet menikmati sukan dengan lebih selamat dan berkesan.
Nak kekal sado tapi tak boleh berhenti mengunyah? Ada 6 “super food” penuh khasiat yang korang boleh layan tanpa risaukan berat badan! Ucapkan selamat tinggal pada junk food!
Buah kranberi bukan sahaja sedap dimakan, malahan ianya penuh dengan khasiat. Ianya rendah karbohidrat, tetapi kaya dengan sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. Kranberi mengandungi proanthocyanidins yang melekat kepada bakteria dan menghapuskan mereka agar mereka tidak dapat melekat pada dinding saluran kencing. Dengan hanya serendah RM10, kini anda boleh ubati dan elakkan dari terjadi jangkitan!
Dikhabarkan berasal dari China, buah kiwi dikenali dengan khasiat perubatannya sejak zaman dahulu. Buah yang dikategorikan sebagai buah eksotik ini mengandungi kandungan Vitamin C yang lebih tinggi dari buah oren dan lemon! Kandungan Vitamin C yang tinggi menjadikan ia bersifat antioksidan yang kuat, sekaligus membantu dalam mengelakkan pertumbuhan kanser atau inflamasi. Selain itu, buah kiwi juga terkenal sebagai buah yang membantu meningkatkan tahap imuniti seseorang.
Buah tin mengandungi gula semulajadi, mineral dan serat larut yang tinggi. Ianya kaya dengan mineral termasuk kalium, kalsium, magnesium, dan zat besi dan merupakan sumber antioksidan A, E dan K yang baik. Segar atau kering, buah tin adalah sumber yang penting dari kedua-dua jenis serat makanan. Serat larut membuatkan kita berasa kenyang dan menggalakkan tahap gula darah dan kolesterol yang sihat, manakala serat tidak larut menyokong pencernaan yang baik dan usus yang teratur. Kalium dalam buah tin pula membantu menjaga cecair dan mineral seimbang di dalam dan di sekeliling sel-sel dan seluruh badan anda, yang penting untuk fungsi saraf, otot dan jantung yang normal. Dikenali sebagai buah yang turun dari syurga, buah tin semestinya datang dengan pelbagai khasiat dan manfaat untuk kita semua.
Betik adalah buah tropika dengan rasa manis yang unik dan eksotik. Ianya kaya dengan serat makanan, antioksidan, dan beta-karoten. Papaya kering adalah salah satu kudapan yang baik untuk memenuhi keinginan terhadap makanan manis sambil menyediakan tubuh dengan sumber tenaga nutrien. Selain itu, betik juga membantu sistem pencernaan kerana mengandungi enzim yang penting untuk mencerna protein, lemak, dan kanji. Tambahan pula, serat buah ini membantu dalam penstrukturan semula saluran pencernaan. Buah betik kering juga bersifat alkali, dan inilah salah satu sebab ianya sering dimakan untuk menenangkan perut yang terganggu.
Digemari oleh kebanyakan golongan vegetarian kerana potensi protein mereka, kacang kuda adalah sumber serat yang hebat. Ianya kaya dengan sumber protein yang baik dan tidak mempunyai kalori yang tinggi atau lemak tepu seperti yang terdapat dalam sumber protein yang lain. Di samping itu, kandungan serat yang tinggi, kalium, vitamin C, dan vitamin B-6 menyokong kesihatan jantung serta membantu menurunkan jumlah kolesterol dalam darah dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Satu kajian membuktikan bahawa pegambilan 4069 mg kalium setiap hari mempunyai risiko kematian sebanyak 49% lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1000 mg sehari).
Walaupun kecil, kacang pistachio adalah sangat berkhasiat. Kekacang kecil ini mengandungi protein, serat dan banyak vitamin dan mineral. Menambah pistachio dalam pelan pemakanan juga boleh memberi manfaat kepada hati anda. Kacang pistachio adalah sumber protein tumbuhan yang sangat tinggi, menyediakan jumlah asid amino yang mencukupi dan seimbang. Selain itu, ianya juga sangat kaya dengan phytosterols, yang secara langsung dikaitkan dengan menurunkan tahap kolesterol, dan boleh menawarkan perlindungan daripada beberapa jenis kanser. Kacang pistachio yang lazat ini telah lama dilihat sebagai simbol kesejahteraan dan kesihatan sejak zaman purba. Jom, kita mulakan hidup sihat dengan menjamah kacang penuh khasiat ini?
Kacang pistachio
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Banyakkan makan tomato. Tomato dapat memberi perlindungan kepada lelaki untuk mencegah dari terkena kanser prostat. Untuk pengetahuan korang, kanser prostat merupakan pembunuh kedua selepas penyakit jantung. Penyakit ini banyak meragut nyawa lelaki. Sekurang-kurangnya, lelaki kena makan tomato lebih kurang 2-4 kali seminggu.
2) Tiram
Makan 2,3 ekor tiram untuk membekalkan sperma yang secukupnya. Jangan ambil secara berlebihan kerana ia juga boleh mendatangkan risiko.
3)Brokoli
Brokoli mencegah individu daripada kanser pundi kencing. Kajian mengatakan brokoli lebih berkesan 2,3 kali ganda terhadap lelaki berbanding wanita. Selain itu, lelaki yang makan 5 hidangan ini setiap minggu dikatakan boleh mengelakkan kanser pundi kencing selama 10 tahun.
4)Peanut butter
Walaupun kandungan lemak pada kacang tinggi, tetapi ia baik untuk di makan bagi mencegah penyakit. Jangan ambil terlalu banyak. Sekurang-kurangnya, dalam seminggu ada ambil peanut butter.
5)Tembikai
Amalkan makan tembikai. Buah tembikai kaya dengan potassium yang mengelakkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan ramai warga bandar khususnya sangat sibuk dengan pelbagai urusan kerja, keluarga dan luaran sehingga tiada masa untuk bersenam. Ini terutamanya bagi yang tinggal di rumah flat atau apartmen, tidak punya ruang untuk bersenam. Tapi sebenarnya jika naik dan turun tangga ia juga boleh dijadikan rutin senaman yang baik.
Mungkin bagi orang yang hidupnya lebih senang dan mampu boleh melakukan senaman di gimnasium dengan menjadi ahli pusat senaman seperti itu. Atau tinggal di kondominium yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Namun bagi yang tinggal di flat dan apartmen, kemudahan seperti itu bukanlah satu perkara yang ada dalam kehidupan seharian.
Usah risau kerana selagi ada kemahuan di situ ada jalan!
MASKULIN tertarik dengan perkongsian Dr. Kamarul Ariffi Nor Sadan, doktor yang cukup berpengaruh di laman media sosial berkongsi tentang kelebihan naik dan turun tangga sebagai senaman.
Jelasnya, memanjat tangga sebenarnya diklasifikasikan sebagai senaman berat. Jika diamalkan boleh membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding melakukan aktiviti larian.
Ia juga merupakan bentuk senaman yang sesuai terutamanya buat warga bandar yang sentiasa kesuntukan masa atau tiada tempat beriadah.
Apatah lagi sekarang di musim pandemik yang boleh mendedahkan risiko kepada penularan.
Berikut merupakan beberapa kelebihan lain melakukan senaman atau memanjat tangga.
KELEBIHANNYA
tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan di mana-mana bangunan.
boleh dilakukan di tempat kerja dan tidak kelihatan janggal. Takkanlah pula anda nak buang tabiat dengan sentiasa berlari-lari anak di tempat kerja.
lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif terutamanya bangunan tempat kerja atau kediaman mempunyai 5 tingkat atau kurang.
memerlukan 8-9 kali lebih tenaga berbanding duduk, dan membakar 7 kali lebih kalori daripada guna lif.
Bila memanjat 20 anak tangga, anda membakar sekitar 3 kalori, bersamaan 0.17 kalori setiap langkah menaiki anak tangga. 1 tingkat mempunyai 17-20 anak tangga.
Semasa menuruni 20 anak tangga pula anda boleh membakar kalori pada kadar lebih rendah iaitu sekitar 1 kalori, bersamaan 0.05 kalori setiap langkah menuruni anak tangga.
Walaupun menuruni tangga kurang membakar kalori berbanding memanjat namun ia menguatkan otot kaki dan paha.
Apabila memanjat tangga anda membakar lemak pada kadar selari dengan berat badan anda. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak kalori dibakar.
Tapi tahukah anda dengan melangkau satu anak tangga pada setiap langkah tidak membakar lebih kalori berbanding memanjat setiap anak tangga.
Naik tangga dalam tempoh 7 hingga 10 minit sehari mampu merendahkan risiko masalah jantung, osteoporosis, kencing manis, darah tinggi dan obesiti.
Untuk faedah kesihatan yang optimum, buat senaman memanjat tangga 30 minit, 3 kali seminggu. Bersamaan 90 minit seminggu.
Aktiviti memanjat dan menuruni anak tangga juga sangat mesra alam dan menjimatkan penggunaan tenaga operasi lif.
Buat anda yang tinggal di rumah flat, apartmen atau kondominium sekali pun boleh cuba lakukan amalan memanjat tangga. Tiada alasan untuk tidak bersenam!
Subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.