Salah satu perkara yang memeningkan pemilik kereta kebocoran minyak enjin yang boleh menyebabkan wang di dalam dompet hilang begitu sahaja kerana kos membaikinya kadangkala sangat tinggi.
Kebocoran minyak enjin merupakan salah satu punca kerosakan enjin yang paling biasa dan boleh menyebabkan kerugian besar termasuk kerosakan enjin yang cepat dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
Lebih malang lagi, ia boleh menyebabkan ancaman keselamatan yang serius kerana minyak yang bocor adalah bahan mudah terbakar yang boleh menyebabkan kebakaran, merosakkan kenderaan dan membahayakan keselamatan penumpang.
Kebocoran minyak enjin bukan hanya menimbulkan risiko kebakaran tetapi juga membahayakan sistem HVAC (Pemanasan, Pengudaraan dan Penyejukan Udara) dan radiator kenderaan.
Selain itu, minyak yang bocor ke jalan raya boleh mencemari alam sekitar kerana ia dibawa oleh air hujan ke dalam sistem saliran yang kemudiannya mencemarkan sungai dan tasik.
Untuk mengenal pasti kebocoran minyak enjin, pemilik kenderaan boleh melakukan beberapa pemeriksaan mudah.
Pertama, periksa tongkat ukur minyak secara berkala untuk memastikan tahap minyak enjin adalah pada paras yang sesuai. Penurunan mendadak dalam tahap minyak boleh menunjukkan adanya kebocoran. Selain itu, periksa di bawah kompartmen enjin jika terdapat tumpahan atau genangan minyak, yang boleh menjadi tanda jelas kebocoran.
Asap biru yang keluar dari ekzos dan bau hangus dari enjin semasa berjalan juga adalah petunjuk bahwa minyak mungkin bocor ke dalam ruang pembakaran enjin. Ini boleh berlaku akibat kebocoran di gasket kepala silinder atau melalui sistem ventilasi karter yang tidak berfungsi dengan baik.
Mengambil tindakan proaktif dan melakukan pemeriksaan serta penyelenggaraan berkala adalah kunci untuk mengurangkan risiko dan kesan negatif.
BACA: Senaman Kardio Berlebihan Punca Penyakit Osteoporosis, Pakar Kongsi Rutin Terbaik!
Penggunaan produk-produk berkualiti tinggi seperti minyak enjin dari Valvoline juga boleh membantu memastikan prestasi enjin yang lebih baik dan lebih tahan lama, selain mengurangkan kebarangkalian berlakunya kebocoran.
Memastikan bahawa semua komponen enjin berada dalam keadaan baik adalah langkah penting dalam menjaga keandalan dan keselamatan kenderaan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.