Food photo created by jcomp - www.freepik.com

Sepanjang bulan puasa antara buah yang menjadi pilihan ramai ialah tembikai. Lihatlah di mana saja ada bazar Ramadan, pasti ada gerai yang menjual buah atau jus tembikai. Selain menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa, tembikai juga mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan.

Bukan sahaja air tembikai, ketika berbuka puasa juga ramai yang mengambil buah tembikai sebagai pencuci mulut. Jadi dengan khasiat yang banyak pada buah tembikai, kenapa tidak kita manfaatkannya sepanjang sebulan menjalani ibadah berpuasa?

Khasiat luar biasa buah tembikai dikongsikan Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi laman Facebooknya. Bila dah tahu kelebihan buah tembikai ini, pastikan anda mengamalkan pemakanan buah tembikai dalam menu berbuka puasa anda.

Kebaikan Makan Atau Minum Tembikai Ketika Berbuka Puasa Yang Ramai Tak Tahu
Food photo created by 8photo – www.freepik.com

MANFAAT TEMBIKAI KETIKA BERBUKA 

Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.

Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.

Ads

Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.

Kebaikan Makan Atau Minum Tembikai Ketika Berbuka Puasa Yang Ramai Tak Tahu
Background photo created by xb100 – www.freepik.com

Elok dimakan bersama kurma

Mengikut kajian sains pula, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.

Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.

Ads

Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g

Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.

BACA: Sepanjang Puasa Makan 5 Jenis Buah & Sayur Ini Yang Boleh Bantu Perut Lebih Rata

Ads

Hilangkan dahaga & galakkan perpeluhan

Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.

Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.

Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.

Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.

Selamat berbuka dan semoga bermanfaat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI