
Apabila berbicara soal pasangan hidup, setiap individui mempunyai ciri-ciri tertentu yang diidamkan.
Bagi pengacara dan penyampai radio Keanu Azman, dia secara peribadi berharap agar menemui seorang wanita yang mempunyai pemahaman agama yang setara dengannya.
“Kita punya pemahaman agama itu kalau sama, dia lagi senang sebenarnya,” ujarnya kepada Maskulin.
“Kan senang kalau dua-dua memang suka rasa kemanisan iman. Itu dia lagi best, lagi syoklah nak beribadah sama-sama”.
Selain itu, Keanu juga mengidamkan seorang wanita yang bijak namun tidak berlagak bijak.
Hal ini kerana Keanu sendiri merupakan seorang yang suka belajar perkara baharu.
Maka dia wanita sedemikian membolehkannya untuk saling belajar ilmu baharu di antara satu sama lain, demikian jelasnya.
“Anda boleh mengakui apa yang anda tidak tahu, saya boleh mengakui apa yang saya tidak tahu. Kita boleh berkomunikasi tentang perkara itu sama-sama”.
Mudah ‘Cair’ Pada Wanita Hormat Orang Tua
Dalam pada itu, hati Keanu juga mudah tertawan pada wanita yang sangat menghormati orang tua.
“Saya ini jenis yang lagi rapat dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik daripada orang sebaya dengan saya
“Jadi harap-harap bakal isteri saya pun begitu juga,” katanya mengakhiri temubual.
BACA: Tular Remaja 15 Tahun Guna Steroid: Jangan Tergesa-Gesa, Badan Nak Pakai Lama – Hazim Sazali
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Siapa Sangka Atap Rumah Seperti Ini Mungkin Jadi Punca Kanser Paru-Paru!

Salah satu penyakit yang paling digeruni oleh kita semua ialah kanser. Apatah lagi ia boleh menyerang tanpa sedar dan menyebarkak sel kanser ke organ utama dalam badan.
Ramai orang yang mendapat kanser tak sedar pun mereka menghidapinya. Bila sudah membawa kesan terhadap kesihatan barulah diketahui. Disebabkan itu jugalah ramai yang mengesannya bila sudah masuk ke Stage 3 atau 4.
Salah satu kanser yang merbahaya ialah kanser paru-paru. Umum mengentahui antara sebab utama kanser paru-paru ialah disebabkan oleh tabiat merokok atau menjadi penghidu asap rokok kedua iaitu mereka yang terdedah secara langsung dengan asap dihembus perokok.
Namun kanser paru-paru juga boleh dihidapi dengan cara lain. Menerusi perkongsian di Facebook, Public Health Malaysia mendedahkan bahawa atap rumah jenis asbestos juga boleh menjadi punca kanser paru-paru.
BACA: Adakah Bengkak Pada Leher Salah Satu Petanda Kanser? Doktor Pakar Ini Perjelaskan
Ikuti perkongsian mereka di bawah, semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat dan buat kita lebih berhati-hati di masa akan datang.
KENALI ATAP ASBESTOS
Lihat kawasan rumah anda. Selalu kan anda nampak atap bumbung ini di kawasan rumah anda? Ianya juga bersepah di tepi jalan, tempat pembuangan sampah, dan kadang-kadang di taman permainan kanak-kanak. Adakah anak kita terdedah dengan atap ini?
Ini namanya bumbung atap asbestos.
Dulu kebanyakan rumah dan kilang memang menggunakan atap ini kerana ianya murah dan sejuk. Namun selepas asbestos diketahui penyebab kanser mesothelioma, ianya telah kurang digunakan dan dihasilkan. Malah ada negara telah mengharamkan penggunaannya namun di Malaysia ianya diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru.
Jika atap ini tidak diusik, risiko untuk dapat cancer sangat rendah. Namun jika ianya pecah, rosak dan anda terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos, anda berisiko tinggi untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma.
Sebutir debu cukup untuk anda mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Apa yang anda boleh buat untuk pencegahan adalah;
✅Jika anda gunakan bumbung asbestos ini, pastikan bumbung tidak retak, pecah.
✅Jika ianya pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.
✅Jika anda nampak di Kawasan rumah/perjiranan anda, hubungi pihak berkuasa temptan anda dengan segera untuk proses pelupusan. Jangan BAKAR, dan jangan tanam atau lupus sendiri.
✅Jangan biarkan anak anda bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh nampak selepas 30 tahun.
✅Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh sewaktu malam.
Jika anda dapati anda berisiko dan mempunyai gejala-gejala tersebut, dapatkan rujukan awal di Klinik Kesihatan berhampiran.
Perkongsian asal Public Health Malaysia
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
World #QuranHour : 5 Hal Dunia VS Persiapan Akhirat Yang Kita Lupa Dek Kesibukan Dunia

Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan seharian di dunia yang sementara ini, terkadang kita lupa bahawa perjalanan kita ini sebenarnya menuju ke akhirat yang kekal abadi.
Ajal maut bakal tiba, hari akhirat juga sedang menanti. Jika kita tidak membuat persiapan sekarang, bila lagi kita mahu mulakan? Semoga semua urusan kita dalam memperbaiki amalan pada hari ini dan hari-hari mendatang sentiasa dipermudahkan. Mari kita renungkan 5 persiapan akhirat yang sepatutnya diutamakan berbanding 5 kesibukan duniawi yang sedang kita lalui ini.
1. SOLAT VS BERJALAN DI PUSAT MEMBELI-BELAH
Ramai di kalangan kita yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam di pusat belah berbanding solat yang hanya mengambil masa lebih kurang 10 ke 15 minit sahaja. Sedangkan solat itu merupakan tiang agama yang perlu dikerjakan oleh kita semua sebagai orang Islam. Utamakan solat. Jaga hubungan kita dengan Allah. Sesibuk mana pun kita, usah diabaikan solat ini kerana ianya merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.
2. MEMBACA AL-QURAN VS MENGHADAP MEDIA SOSIAL
Di zaman moden ini, media sosial semakin berkembang maju seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Sebut sahaja Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, Telegram, dan WeChat, hampir semua daripada kita tahu dan pakar tentangnya. Permainan video (video game) juga tidak terkecuali. Namun, sedarkah kita bahawa kita lebih gigih melayani media sosial ini saban hari demi menjaga hubungan sesama manusia berbanding membaca Al-Quran demi menjaga hubungan dengan Allah? Hubungan dengan manusia tidak kurang pentingnya, tetapi ia tidak patut mengatasi hubungan kita dengan Allah. Jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian dan beramal dengan perkara-perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran itu. Persiapkan bekalan yang akan kita bawa pada hari akhirat kelak.
3. MAJLIS ILMU VS DRAMA
Sudahlah kehidupan kita ini ibarat lakonan di pentas dunia, ditambah pula dengan siaran drama yang melalaikan dan tidak bermanfaat. Penyudahnya, ilmu agama yang sepatutnya menjadi keutamaan, disisihkan begitu sahaja. Luangkanlah masa untuk kita menambah ilmu pengetahuan tentang Islam kerana ini merupakan salah satu cara untuk kita dekat dengan Allah. Jika tidak dapat menghadiri majlis ilmu, sekurang-kurangnya dengan menonton atau memperdengarkan siaran berbentuk keagamaan seperti ceramah agama, dapat memperbaiki diri kita untuk menghadapi hari akhirat kelak.
4. AYAT AL-QURAN VS GOSIP DI RADIO
Sambil memandu atau membuat sesuatu tugasan, lebih ramai di kalangan kita memilih untuk mendengar gosip dan pelbagai lagi perkara yang dapat membuatkan kita terhibur di corong-corong radio, bukan? Walaupun perkara yang didengari itu tidak mendatangkan faedah kepada kita, namun kita tetap setia mendengarkannya sehingga tergelak ketawa. Mengapa tidak memilih untuk memperdengarkan ayat Al-Quran? Ianya bukan sahaja dapat menenangkan hati dan mendamaikan jiwa, malah secara tidak langsung dapat menambah pahala sebagai bekalan menuju hari akhirat.
5. LAGU KEAGAMAAN VS LAGU BERTEMA KEDUNIAAN
Lagu dan irama yang lunak pasti menjadi halwa telinga sesiapa jua yang mendengarnya. Namun, lagu bertemakan keduniaan lebih banyak dimainkan dan diperdengarkan berbanding lagu keagamaan seperti nasyid, zikir dan selawat. Daripada kita mendengar dan mengalunkan lagu bertemakan keduniaan yang sering kali membuatkan kita lalai, adalah lebih baik jika diperdengarkan nasyid, zikir dan selawat yang mengingatkan kita tentang Allah dan agama Islam. Ia dapat mendekatkan diri kita dengan Allah sekaligus menyedarkan kita bahawa hari akhirat semakin hampir.
MULA PERSIAPKAN DIRI HARI INI JUGA!
Mari sama-sama kita persiapkan diri untuk menghadapi hari akhirat yang kekal abadi. Carilah cara untuk dekat dengan Allah walaupun kita dibelenggu jadual yang padat sepanjang hari. Saling mengingati antara satu sama lain. Kesibukan kita di dunia ini tidak seharusnya mengatasi persiapan kita menuju hari akhirat.
Sumber : Siraplimau
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“Tidak Perlu Minta Maaf Ziyad, Anda Tetap Juara Kami!” Rakyat Malaysia Tidak Putus Hantar Kata-Kata Semangat

Satu tamparan yang cukup besar dirasakan oleh kita semua apatah lagi ketika kita menyambut Hari Kebangsaan. Namun, itulah hakikat yang kita harus hadapai dengan berita terkini mengesahkan rayuan kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara lontar peluru F20 telah ditolak.
Persembahan luar biasa Ziyad yang menyaksikan dia telah memecahkan rekod dunia serta rekod Paralimpik. Rayuan kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM).
Ziyad yang merupakan juara bertahan dan berhak mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi di Rio lima tahun lalu mencatatkan catatan lontaran terbaik dengan lontaran sejauh 17.94m di Stadium Olimpik Tokyo.
Lebih mengagumkan catatan tersebut turut memecahkan rekod lontar peluru atlet normal dan kebangsaan yang sebelum ini dipegang oleh Adi Alifuddin Hussin pada Sukan SEA 2011.
Bagaimanapun, kemenangan bersejarah buat Ziyad telah dibatalkan selepas protes daripada kem Ukraine, yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di ‘call room’ (bilik pemeriksaan).
Kontinjen negara telah melakukan rayuan bagi mengekalkan kemenangan Ziyad namun nasib tidak menyeblahinya, ia telah ditolak. Lebih mengharukan, wira negara ini telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia menerusi Instagram kendaliannya.
“Saya mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia. Terima kasih memberi sokongan kepada saya”.
Namun rakyat Malaysia telah berpusu-pusu memberikan komen untuk Ziyad tidak patah semangat.
Antara komen yang menarik perhatian ialah dari Menteri Kesihatan yang baharu, YB Khairy Jamaluddin berkata, “Tak perlu nak minta maaf, Yad. Keputusan yang tidak adil. Awak paling hebat dalam dunia. Awak luarbiasa. Teruskan.”
Malah ribuan lagi komen menyeru Ziyad untuk tidak patah semangat. Bagi kita semua dia masih lagi juara! Selain itu, ramai juga berharap agar ganjaran sama diberikan seperti mana pemenang pingat emas yang lain kepada Ziyad.
Stay strong Ziyad!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI