Cuba anda fikirkan berapa banyakkah pengambilan gula dalam makanan dan minuman anda setiap hari. MASKULIN yakin ramai di antara anda bangun pagi sahaja sudah mengambil sarapan yang sarat dengan gula.
Dapat minum kopi manis sudah cukup buat anda berasa segar. Walhal itu hanyalah pada minda anda sahaja dan merupakan tabiat harian. Itu belum masuk bila masuk waktu minum petang dan ketika makan tenga hari dan malam. Kita adalah apa yang kita makan dan minum.
Jadi sayangilah diri dan kawal pengambilan gula dengan sebaiknya. Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan pula, mualakan dengan memotong atau berhenti terus meminum air manis. Banyakkan minum air kosong dan jika teringin sesuatu yang manis boleh makan buah atau makanan sihat yang lain.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan yang seterusnya boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Obesiti meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser. Gula juga boleh dikaitkan dengan karies gigi.
Dan tahukah anda penghidap diabetes merupakan golongan komorbid yang berdepan risiko sangat tinggi jika mendapat jangkitan COVID-19. Ubahlah gaya hidup anda sekarang ya!
Ads
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa langkah yang dapat bantu anda kurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian.
GANTIKAN DENGAN AIR KOSONG
Seperti MASKULIN nyatakan di atas anda perlu menggantikan air manis dengan meminum air kosong. Air manis seperti minuman berkarbonat, air sirap dan kordial mempunyai kandungan gula sangat tinggi.
Air kosong tidak mengandungi gula dan kalori berbanding minuman manis yang lain. Sebagai contoh satu tin air berkarbonat mengandungi kira-kira 7 sudu teh gula. Satu sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Oleh itu, satu tin air berkarbonat akan membekalkan sebanyak 140 kilokalori. Sekiranya seseorang mengambil 3 tin minuman berkarbonat sehari, jumlah kalori adalah bersamaan 420 kilokalori.
HADKAN PENGAMBILAN
Tidak dinafikan sesetengah minuman memang tidak akan rasa sedap tanpa gula atau susu pekat. Jika anda mahu menggunakannyaambillah dalam kuantiti berpatutan dan sedikit sebanyak 1 sudu teh sahaja.
Ads
Tahikah anda, berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis. Oleh itu, agak sukar bagi kita untuk menerima minuman yang langsung tidak ditambah gula atau susu pekat manis. Kita boleh mulakan pengurangan pengambilan gula dan susu pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja bagi setiap cawan minuman.
KURANGKAN DALAM MASAKAN
Antara langkah dapat bantu mengurangkan pengambilan gula ialah tidak mencampurkannya ke dalam masakan. Gula merupakan salah satu ramuan utama dalam masakan seperti kuih-muih dan kek.
Contohnya bagi menyediakan 8 biji chocolate chip cupcakes, sebanyak kira-kira 100 gram gula diperlukan. Jadi kurangkan penggunaan gula sebanyak 1/3 daripada biasa. Sebiji cupcake hanya mengandungi 1½ sudu teh gula. Selain itu, anda juga boleh elak daripada menambah hiasan yang manis di atas cupcake. Gunakan saja buah-buahan semula jadi sebagai hiasan.
Ads
MINUMAN SAMPINGAN
‘Craving’ minuman manis memang akan melekat pada diri kita yang sentiasa amakan gaya hidup mengambil minuman manis.Minuman seperti bubble tea, minuman berkarbonat dan kopi sebagai contohnya menjadi sebahagian dari gaya hidup. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
Pengambilan snek iaitu makan di antara waktu makan utama akan meningkatkan pengambilan tenaga harian. Kajian menunjukkan bahawa gula yang terkandung di dalam snek merupakan penyumbang utama dalam peningkatan pengambilan tenaga ini.
GANTI BUAH SEBAGAI PENCUCI MULUT
Kuih-muih, kek dan bubur mengandungi gula dan kalori yang tinggi berbanding snek sihat seperti buah-buahan. Oleh itu, menggantikan snek yang tinggi gula dengan snek yang sihat dapat mengurangkan pengambilan kalori harian. Contohnya kuih lepat pisang mengandungi 13 g gula tambahan dan jumlah kalori adalah 191 kilokalori. Sementara buah pisang emas tidak mempunyai gula tambahan dan hanya mengandungi 76 kilokalori.
Semoga perkongsian ini mapmu membantu anda dalam mengurangkan pengambilan gula dalam seharian.
https://www.youtube.com/watch?v=Bls5l7d0cVQ
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sesiapa sahaja yang menyertai senaman aerobik atau pergi ke gimnasium sebagai satu jadual harian pasti pergi dengan tujuan untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan dan sihat. Umum ketahui, bersenam dapat memberi banyak kelebihan kepada tubuh badan anda secara keseluruhan tetapi senaman juga dapat menjadikan anda lebih cantik.
Muka Bersinar
Lupakan semua bedak asas, krim muka atau alat solek. Utamakan dahulu senaman seperti berjalan atau berlari untuk menyuburkan sel-sel kulit anda. Apabila anda bersenam dan kadar degupan jantung meningkat, ianya dapat membantu meningkatkan aliran darah. Aliran darah kemudiannya membawa oksigen dan nutrisi untuk memastikan sel-sel di seluruh badan anda berfungsi termasuk kulit anda. Jadi untuk mencapai kulit muka yang bersinar dan muda anda perlu pastikan kadar degupan jantung anda dan aliran darah anda lancar.
Menjadikan Anda Muda
Bersenam selama 30 minit dapat membantu mengekalkan hormon yang berkaitan dengan tekanan di tahap yang sihat. Pakar ada mengatakan bahawa dengan melakukan senaman dapat menyokong pertumbuhan kologen yang di mana dapat memastikan kulit anda kekal tegang dan lembut. Terdapat kajian menunjukkan lelaki yang bersenam secara purata selama 45 minit dalam tempoh 3 hari menunjukkan kurang tanda-tanda penuaan berbanding lelaki yang tidak aktif.
Merawat Jerawat
Selain aliran darah yang lancar, bersenam juga dapat menyegarkan kulit anda dan memastikan oksigen mengalir dengan lancar dalam tubuh anda. Ini dapat membantu menyingkirkan toksin keluar daripada badan. Tambahan, berpeluh juga dapat membersih pori-pori kulit yang tersumbat. Jika boleh, elakkan bersenam dengan muka yang penuh dengan bahan solekkan.
Rambut Yang Sihat
Perkara terakhir yang anda harapkan berlaku apabila anda pergi ke gimnasium adalah memiliki rambut yang lebih sihat. Kitaran dan aliran darah yang baik hasil daripada bersenam membantu rambut anda lebih sihat dan kuat. Senaman juga dapat mengurangkan tahap tekanan anda. Jika tahap tekanan anda tinggi, ia akan mengakibatkan rambut anda rapuh, lebih teruk lagi, gugur. Cuba anda luangkan masa anda selama 30 minit untuk lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melihat rambut dan kulit anda kembali sihat.\
Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata? Anda tidak keseorangan. Kerana ramai di antara anda yang mempunyai masalah untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Dengan bersenam, ia akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika anda bersenam di waktu petang, ia dapat membantu anda untuk tidur dengan lebih lena dan lebih cepat membawa anda ke alam mimpi yang indah. Semasa tidur anda yang lena, tubuh anda akan merangsang pertumbuhan hormon yang membantu dalam membaiki dan membina semula tisu-tisu badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cara seorang lelaki membawa diri. Dia perlu tahu apa yang dia mahukan dalam hidup.
Bila bermula
Bermula sejak lapan tahun yang lalu. Saya melakukan aktiviti kecergasan bagi meningkatkan stamina dan prestasi sukan. Saya sangat aktif dengan sukan kayak, di mana saya selalu memasuki pertandingan yang berkaitan sukan ini seperti kayak sprint 500m dan kayak marathon. Syukur saya berhasil memenangi acara kayak 500m Double sebagai johan pada tahun 2008. Saya juga mendapat tempat ke-8 Men Physique kategori 170cm ke-atas semasa Battle of The Freak, lewat Disember, 2015.
RUTIN HARIAN
7 am – Sarapan Oatmeal + 5 biji telur
8 am – Kardio (40 minit)
9 am – Protein shake
12 noon – Ayam kukus bersama brokoli + kentang lecek
3pm – Almond/Kekacang
5pm – Weight training
6pm – Protein shake
8pm – Grill Fish bersama bayam
AWARENESS
80% peratus hasil kecergasan kamu datang dari cara pemakanan kamu. Senaman dan diet yang seimbang boleh membantu meningkatkan kualiti kehidupan. Kamu tidak boleh bersenam dengan corak pemakanan yang salah. Harus selalu ingat, kecergasan bukan semata-mata kamu mengeluarkan peluh ketika bersenam, makanan juga harus kamu pantau. Di sini saya tekankan sekali lagi, diet pemakanan yang seimbang sangat penting. Apa yang kamu makan, adalah hasil yang kamu lihat. Tiada jalan pintas dalam dunia kecergasan, hanya kerja keras dan dedikasi pada seluruh tubuh dan badan.
INSPIRASI DAN IDOLA
Saya lalui banyak perbezaan dari segi fizikal dan mental berkat asuhan ibu saya, Che Zaipah Bt Abdul Mutalib. She is such a strong woman. Seorang yang penyayang dan ambil berat dalam semua perkara. Sejak dari kecil saya selalu memandang tinggi keperibadian dia. Ibu saya memberi saya inspirasi. I love you mommy.
TIP DAN NASIHAT
Mengambil banyak masa dan kerja keras untuk menjadi diri saya sekarang. If u want to be a wolf, join the wolf pack. Maksud saya, berlatihlah bersama orang-orang yang punyai semangat dan sasaran keputusan yang sama dengan kamu. Pasti perjalanan kecergasan kamu jadi seperti tidak terasa dan lebih cepat kamu menggapainya.
Nasihat saya pula, jika kamu mahu atau baru-baru memasuki dunia kecergasan, kamu harus punya sifat sabar dan tabah. Set gol ikut kemampuan, kuatkan azam dan teruskan latihan tanpa putus asa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan masalah kaki cramp mudah terjadi ketika bersukan ataupun melakukan aktiviti fizikal. Ia sering menyerang bahagian betis ataupun hujung jari kaki.
Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, punca berlakunya kekejangan (kaki cramp) ini adalah disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.
Oleh itu jika anda kerap mengalami masalah kaki cramp semasa atau selepas bersenam, pastikan anda standby air garam ini.
Semoga perkongsian TheDiagnosa ini memberi manfaat untuk anda menjalani aktiviti fizikal dengan lancar dan sempurna.
Boleh guna untuk cirit-birit atau muntah
Ramai yang menggunakan air garam ini untuk masalah cirit-birit dan muntah-muntah. Tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk masalah kaki kejang (kaki cramp).
Secara spesifiknya ia digunakan untuk masalah kaki cramp yang berlaku SELEPAS atau SEMASA MELAKUKAN SENAMAN
Seseorang yang melakukan senaman mempunyai kemungkinan untuk berlakunya cramp terutamanya jika dia mengambil air kosong dengan jumlah yang banyak pada ketika itu.
Ganggu fungsi otot
Ini disebabkan ketika bersenam, badan kita berpeluh dan ia mengeluarkan garam-garam dan air daripada badan kita. Apabila kita mengambil air kosong terutamanya air RO (reverse osmosis) yang tidak mempunyai elektrolit di dalamnya, ia akan menyebabkan darah kita menjadi kurang pekat. Bermaksud kepekatan elektrolit di dalam badan kita menjadi kurang.
Ini akan sedikit sebanyak mengganggu fungsi otot yang boleh berakhir dengan kejang otot.
Selalunya orang yang kejang otot selepas bersenam, susah sedikit akan hilang kejangnya berbanding orang yang kejang otot disebabkan salah posisi badan.
Tetapi jika anda memberinya minuman ORS ini, ia akan mengembalikan kepekatan elektrolit di dalam darah dan mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.
Jadi setelah senam,
Elakkan daripada minuman air kosong yang terlalu banyak. Disyorkan minum air mineral kerana air mineral mengandungi sedikit sebanyak elektrolit
Jika kejang berlaku, boleh cuba minum ORS ini untuk membetulkan semula elektrolit dalam badan
Kalau tiada ORS, minum minuman yang berelektrolit pun tak mengapa.
Boleh follow channel telegram kami di t.me/ediagnosa bagi mendapatkan info tentang kesihatan
Jangan lupa juga untuk follow page
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.