Bukan senang nak senang tetapi percayalah jika anda kekal disiplin dalam diri untuk membentuk sixpack pada tubuh seperti yang dirancang, ia boleh dilakukan.
Nak buat sixpack bukan semata-mata kena pergi ke gym sahaja tetapi ada rutin ‘klise’ yang anda mungkin nampak remeh tetapi itulah yang sebenarnya perlu dijaga :
1. Makan cukup protein
Protein penting dalam pembinaan tisu dalam tubuh selain ia merupakan komponen struktur utama bagi kulit, rambut, kuku serta tulang. Anda boleh mendapat protein menerusi pemakanan seperti daging, ikan, telur, ayam itik dan produk tenusu selain sayur-sayuran, kekacang serta biji-bijian.
2. Ambil sedikit karbohidrat
Jika anda memerlukan tenaga segera terutamanya apabila melakukan senaman yang menguji daya ketahanan, karbohidrat ringkas boleh memenuhi keperluan ini, terutamanya apabila gula darah semakin rendah. Ambil pada kadar yang secukupnya sahaja.
3. Makan lemak sihat
Jenis lemak baik boleh ditemui dalam minyak zaitun, minyak kacang serta minyak jagung. Asam lemak yang terkandung di dalamnya dapat meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah selain menurunkan peradangan serta menstabilkan degupan jantung.
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jika Mahu Kekal Fit & Berat Mudah Turun, Kena Rajin Lakukan Senaman Kardio Seperti Ini!
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan salah satu cara untuk kekalkan tahap kecergasan badan dan menurun berat badan kepada lebih ideal ialah dengan melakukan senaman. Salah satu jenis senaman atau workout yang paling efisien ialah senaman kardio atau cardio workout.
Ia merupakan senaman yang bukan sahaja mampu menguji tahap stamina tapi mampu membantu membakar kalori dengan baik di samping melatih jantung menjadi lebih mantap.
Senaman kardio bukan terdiri dari satu atau dua jenis senaman semata. Malah senaman yang mampu membuatkan jantung dilatih dengan membantu stamina boleh dianggap senaman tersebut.
Berikut MASKULIN senaraikan beberapa senaman kardio yang boleh anda amalkan untuk perkasakan stamina serta mengekalkan berat badan yang baik.
LARIAN
Salah satu senaman kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan jogging. Ber-jogging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama
JOGGING ATAU BRISK WALK
Buat senaman kardio ini tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh joging sama ada di gym, taman ataupun di pantai.
BERBASIKAL
Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurang-kurangnya tiga bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.
BERENANG
Salah satu senaman kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search di google tentang kebaikan berenang.
AKTIVITI SUKAN
Pilih sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.
NAIK TURUN BANGKU
Ini juga cara paling simple untuk melakukan senaman kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak.
LAKUKAN TIP INI!
Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam senaman kardio. Bila dah bosan, memang anda akan lebih malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.
Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3-10 kilogram dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi gemuk balik dan malas bersenam.
Selamat mencuba dan dapatkan kecergasan diri yang baik. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN dan follow TikTok MASKULIN!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Manfaat Senaman Plank Antaranya Efektif Untuk Bakar Kalori & Bina Sixpack!
Isi Kandungan
ToggleSenaman plank memang banyak kelebihannya. Jika anda kategori orang yang nak kurus tapi malas nak bergerak banyak, senaman plank ini sesuai untuk anda kerana ia boleh dibuat di mana-mana sahaja.
Jadi lepas ini tiada alasan lagi untuk anda tidak bersenam. Sesuai untuk lelaki ataupun perempuan, kini anda boleh amalkan 10 senaman plank ini di mana-mana sahaja untuk misi menurunkan berat badan, bina sixpack dan bakar banyak kalori.
BACA: 5 Senaman Mudah Untuk Dapatkan Six Pack Walaupun Tak Guna Alatan Gym!
1. Forearm Plank
Lebarkan kedua-dua tangan selari dengan bahu. Rapatkan tangan dari siku ke lantai. Tahan bebanan badan menggunakan tangan dan hujung kaki selama 1-2 minit.
2. One-Legged Plank
Masih sama seperti posisi 1, kali ini anda angkatkan kaki kanan melebihi paras kepala sambil kedua-dua tangan menahan bebanan badan. Tahan selama 1-2 minit. Ulangi gerakan ini untuk kaki kiri pula.
3. Diving Dolphin Plank
Masih dalam posisi 1 cuma kali ini anda perlu mengangkat punggung ke atas. Gerakan plank ini membantu menguatkan belakang, abdomen dan bahu anda.
4. Straight-Arm Plank
Masih dalam posisi 1, cuma kali ini anda tinggikan punggung dan luruskan tangan sambil menekan kedua-dua tangan pada lantai. Tahan selama 1-2 minit.
5. Plank with Arm & Leg Lift
Kekal posisi anda seperti posisi 4. Kali ini angkat tangan kiri lurus ke hadapan dan kaki kanan lurus ke belakang. Manakala tangan kanan dan kaki kiri dalam kedudukan menekan pada lantai. Lakukan secara berselang-seli. Plank ini bagus untuk bahagian belakang, dada dan teras badan.
6. Twisting Knee Plank
Masih dalam kedudukan 4, angkat sebelah kaki dan bawa lutut ke hadapan seolah-olah dalam posisi hendak berlari. Berselang-seli tukar kedudukan kaki. Lakukan untuk 20 gerakan.
7. Plank with Elbow Lift
Dalam kedudukan 4, kali ini anda lebarkan kedudukan kaki. Angkatkan badan anda ke atas sambil sebelah tangan menekan pada lantai. Tangan sebelah lagi memegang pinggang. Posisi ini bagus untuk menguatkan otot tangan dan bahu. Tukar posisi tangan dan lakukan berulang kali.
8. Side Plank
Pusingkan sebelah badan sambil menahan bebanan badan menggunakan tangan kanan. Luruskan kedua-dua kaki. Tahan selama 1-2 minit dan ulangi kedudukan sebelah. Anda akan dapat rasakan otot perut anda mula menegang. Ulang sebanyak 3 kali untuk setiap posisi.
9. Side Plank with Twist
Dalam posisi 8, luruskan sebelah tangan ke atas. Tangan sebwlah lagi menekan lantai. Luruskan kedua-dua kaki. Kemudian, palingkan badan dan bawa tangan yang di atas tadi ke bawah dada. Ulangi sebanyak 4 kali untuk setiap posisi.
10. Push-up Side Plank
Dalam posisi 1, bawa badan anda ke posisi sebelah. Tahan bebanan badan menggunakan sebelah tangan, manakala sebelah tangan lagi lurus ke atas. Ulangi posisi yang sama dengan bertukar posisi sebelah lagi. Sebaiknya lakukan sebanyak 12 kali.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ini Sebab Mengapa Ramai Suami Suka Isteri Mereka Amal Pemakanan Manjakani?
Manjakani telah digunakan dalam perubatan tradisi sejak berzaman-zaman. Ia adalah herba yang amat banyak digunakan untuk kesihatan wanita. Ia diambil oleh ibu-ibu yang baru lepas melahirkan untuk mengembalikan bentuk badan, kesejahteraan rahim dan saluran peranakan. Ia juga dikatakan mampu mengembalikan kehebatan seorang wanita seperti anak gadis. Manjakani juga banyak digunakan untuk merawat sakit gigi, cirit-birit, sakit perut dan buasir.
Manjakani atau dikenali juga dengan nama majuphal (dalam perubatan tradisi india), Mazu, Turkish gall di timur tengah dan pelbagai nama lain lagi biasanya diperoleh dari pokok Aleppo oak (Quercus infectoria).
TAHUKAH ANDA SEBENARNYA MANJAKANI BUKANLAH SEJENIS BUAH?
Manjakani terhasil apabila sejenis serangga penyengat ‘gall wasp’ menyuntik larvanya ke batang lembut tumbuhan Quercus infectoria. Tindak balas dari tumbuhan menghasilkan bengkakan seperti tumor yang berisi nutrisi dan juga memberikan perlindungan untuk pertumbuhan larva. Apabila bahagian bengkakan (gall) ini kering dan mengeras, ia dipanggil manjakani!
BENARKAH PENGAMBILAN MANJAKANI MENGECUTKAN RAHIM DAN MENGURUSKAN BADAN?
Sebenarnya, manjakani kaya dengan asid gallic dan terbitannya (contohnya gallotannic acid). Tiada kajian terperinci yang benar-benar sahih secara saintifik menunjukkan manjakani mampu menguruskan badan dan membantu pengecutan rahim.
Namun, kandungan asid gallic dalam manjakani mungkin sedikit memberi kesan kerana asid gallic dikenali sebagai perencat enzim carbonic anhydrase yang lemah. Perencatan enzim ini menyebabkan aktiviti diuresis berlaku dan mengurangi penyerapan kembali air kedalam tubuh di buah pinggang. Jadi pembuangan air ini mungkin nampak seperti ibu-ibu mengalami penyusutan berat badan.
BENARKAH PENGGUNAAN MANJAKANI BOLEH MERAWAT DAN MENGELAKKAN KEPUTIHAN?
Ada pengguna yang memasukkan terus serbuk atau pil manjakani kebahagian sulit. Ada juga penjual-penjual produk yang menyarankan untuk memasukkan produk manjakani mereka kedalam faraj untuk rawatan keputihan dan rawatan mengetatkan dan mengencangkan vagina.
Manjakani (dan ekstrak manjakani) telah dilaporkan mempunyai aktiviti antibakteria. Menariknya, manjakani juga dilaporkan mempunyai aktiviti fungistatik terhadap yis candida (yang banyak menyebabkan jangkitan dan ‘keputihan’.
Kandungan asid gallic yang merencat aktiviti enzim carbonic anhydrase juga membuat tisu bahagian sulit kering. Jadi tiadalah lelehan keputihan.
Sebenarnya, lelehan faraj (vaginal discharge) adalah normal pada wanita. Ia terdiri dari lendiran mukosa, sel dan bakteria baik yang melembapkan kawasan faraj dan melindunginya dari jangkitan.
Lendiran ini berubah konsistensi dari cair ke likat (ketika ovulasi) bergantung pada hormon dan kitar haid seseorang wanita tersebut (Baca: Period ke?). Hanya apabila warnanya berubah dan berbau, ia memberi petanda anda dijangkiti fungus ataupun bakteria.
Kawasan faraj juga dilindungi oleh bakteria baik yang biasa hidup dalam pH normal di kawasan tersebut. Apabila kita memasukkan sesuatu yang asing dan tidak ‘hygenic’ kedalam faraj, ia akan mengganggu persekitaran normal faraj. Ini mendedahkan kita pada jangkitan!
BENARKAH PENGGUNAAN MANJAKANI MENGEMBALIKAN DAN MENGETATKAN VAGINA?
Ini adalah kegunaan manjakani yang paling unggul dan paling banyak digembar-gemburkan. Ia juga adalah ‘selling point’ utama bagi banyak produk-produk manjakani di pasaran. Manjakani telah dilaporkan mempunyai aktiviti untuk mempercepatkan pembaikan luka. Namun, ia tidak pernah diuji pada manusia.
Kandungan asid gallic dalam manjakani seperti yang dibincangkan di atas mungkin menyebabkan kawasan faraj kering dan terasa ‘ketat’. Kandungan tannin yang tinggi (50 – 70%) dalam manjakani sebenarnya bersifat astringent. Tannin adalah biomolekul polyphenolic yang mampu menyebabkan tisu otot mengecut (seperti keadaan memakan buah-buahan yang belum masak dan masam, kecut otot mulut dibuatnya!).
Keadaan pengecutan ini adalah sementara dan tidak berpanjangan.
Penggunaan suppository manjakani yang kerap mungkin akan menyebabkan faraj mengalami kekeringan dan merosakkan lapisan mukosa yang melindungi faraj. Ini pasti akan menyebabkan iritasi dan memudahkan pelbagai jangkitan.
Berhati-hati mengambil apa jua produk, walaupun persediaan herba. Banyak produk dipasaran yang terdapat adulterasi dengan penambahan steroid dan bahan-bahan terlarang. Semaklah dahulu menggunakan senarai semakan di laman web NPRA.
Jika mahu menggunakan herba manjakani yang asli, gunakanlah secara berpada-pada.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI