Bukan senang nak senang tetapi percayalah jika anda kekal disiplin dalam diri untuk membentuk sixpack pada tubuh seperti yang dirancang, ia boleh dilakukan.

Nak buat sixpack bukan semata-mata kena pergi ke gym sahaja tetapi ada rutin ‘klise’ yang anda mungkin nampak remeh tetapi itulah yang sebenarnya perlu dijaga :

1. Makan cukup protein

Kawal 3 Perkara Ini Jika Mahu Tubuh Membentuk Sixpack Seperti Yang Dirancang!

IKLAN

Protein penting dalam pembinaan tisu dalam tubuh selain ia merupakan komponen struktur utama bagi kulit, rambut, kuku serta tulang. Anda boleh mendapat protein menerusi pemakanan seperti daging, ikan, telur, ayam itik dan produk tenusu selain sayur-sayuran, kekacang serta biji-bijian.

2. Ambil sedikit karbohidrat

Kawal 3 Perkara Ini Jika Mahu Tubuh Membentuk Sixpack Seperti Yang Dirancang!

IKLAN

Jika anda memerlukan tenaga segera terutamanya apabila melakukan senaman yang menguji daya ketahanan, karbohidrat ringkas boleh memenuhi keperluan ini, terutamanya apabila gula darah semakin rendah. Ambil pada kadar yang secukupnya sahaja.

3. Makan lemak sihat

IKLAN

Kawal 3 Perkara Ini Jika Mahu Tubuh Membentuk Sixpack Seperti Yang Dirancang!

Jenis lemak baik boleh ditemui dalam minyak zaitun, minyak kacang serta minyak jagung. Asam lemak yang terkandung di dalamnya dapat meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah selain menurunkan peradangan serta menstabilkan degupan jantung.

Semoga bermanfaat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI