Kasut Ikonik Gaya Hidup Trendy, PUMA Suede Raikan Sejarah & Legasinya

Share

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini trend sneakers atau kasut gaya hidup meningkat dengan mendadak. Permintaan silhouette sneakers ikonik juga dilihat semakin meningkat dan trendnya kembali popular.

Salah satu sneakers yang mempunyai legasi cukup penting dalam dunia fesyen sejak sekian lama ialah PUMA Suede. Meraikan legasi bertersan kasut tersebut, PUMA telah mengaktifkan kempen mereka tersendiri dikenali sebagai ‘Be Iconic’.

Ia merupakan kempen dan siri pengaktifan yang bakal berlangsung di kesemua outlet mereka di seluruh Malaysia.

Dengan sejarah lebih 50 tahun, PUMA Suede menjadi antara item fesyen dan gaya hidup yang cukup dikenali ramai, malah dianggap sebagai di antara produk PUMA yang paling dikenali di kalangan penggemar fesyen dan gaya hidup jalanan.

Bermula sebagai PUMA CRACK, kasut ini kemudiannya berevolusi kepada model CLYDE, kemudian PUMA STATES sebelum di peringkat global di pasarkan dengan nama PUMA Suede.

BUDAYA MELANGKAUI SUKAN

PUMA juga turut melakar pengaruh yang cukup kuat terhadap budaya melangkaui sukan. PUMA Suede secara ikoniknya adalah kasut pilihan untuk penari break-dancer dan artis hip-hop pada era 1980-an.

Selepas itu ia menyaksikan PUMA menjalinkan kerjasama bersama nama-nama besar seperti Rihanna, Jil Sander dan Alexander McQueen untuk mencipta produk dan koleksi baharu yang berani yang akan dikaitkan selama-lamanya dengan sejarah reka bentuk dan fesyen.

EVOLUSI GAYA

Sama ada membincangkan permulaan sederhana PUMA SUEDE sebagai model kasut bola keranjang yang berpotensi, atau evolusi sebagai kasut trek dan kaitannya dengan senario muzik dan komuniti Hip-Hop, serta pelbagai sub-budaya yang menghubungkan elemen asasnya.

Akan tetapi satu perkara yang, PUMA telah sedikit sebanyak mengubah lanskap fesyen dan sneakers secara amnya dengan item ditakrifkan bukan sahaja oleh sifat fizikalnya, tetapi juga melalui keupayaannya untuk memupuk pemboleh ubah kronologi dan anjakan budaya yang berkongsi garis masanya.

Kempen ‘Be Iconic’ akan menyaksikan warna baharu kasut SUEDE dikeluarkan sebagai eksklusif dalam kedai di semua kedai PUMA di seluruh Malaysia.

Kasut SUEDE ulang tahun ke-75 menampilkan bahagian atas suede penuh bersama beberapa sentuhan moden untuk kualiti keseluruhan yang lebih baik dan rasa yang hebat sepanjang masa.

Selain itu, PUMA Suede turut mendapat sentuhan camowave dengan lapisan bahan yang diimaginasikan semula menjadi gelombang organik, memberikan kesan segar pada klasik. Jadi buat peminat sneakers dan PUMA Suede khususnya jangan ketinggalan meraikan kempen ini.

Published by
Farizul Izwany