Jangan terkejut harga asal kasut Adidas Blackburn SPEZIAL ‘Nightsafe’ edisi terhad adalah $125 USD atau MYR525 di dalam nilai matawang kita. Sneaker edisi terhad ini dilancarkan di Pameran Spezial Trainer yang berlangsung di Blackburn.
Selain itu, sneakers ini hanya dijual sebanyak 200 pasang sahaja yang mana 160 pasang dijual kepada umum dan baki 40 pasang diberikan kepada badan kebajikan Organisasi Nightsafe.
BACA: Pengumpul Koleksi Terhad Adidas Pasti Berebut Liam Gallagher X Adidas Padiham LG SPZL
Sneakers ini dilaporkan telah dijual semula di laman lelongan terkenal iaitu EBay. Lelongan tersebut menyaksikan pertarungan yang dahsyat hingga sneaker tersebut Berjaya dimiliki dengan harga $65K USD walaupun harga asalnya hanyalah $125 USD.
Organisasi Nightsafe adalah badan kebajikan yang membantu warga gelandangan yang mana pereka kasut tersebut adalah Gary Aspden yang mana kasut tersebut turut diletakkan tag khas logo Nightsafe.
BACA: Imbau Kenangan Siri Animasi TV Spongebob Squarepant Dengan Koleksi Nike Kyrie
Walaupun begitu, hasil jualan ribuan ringgit itu tidak disalurkan kepada organisasi kebajikan tetapi milik penjual di laman lelongan tersebut.
Sumber: Hypebeast
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI