Perkembangan teknologi artificial intelligent atau kecerdasan buatan pada masa kini kadang-kadang benar-benar menakutkan.
Bukan menakutkan dari segi elemen seram tetapi menakutkan sebab semakin hari ia menghasilkan imej atau video yang seakan hampir sama dengan kita.
Disebabkan itulah kita sendiri pun harus berhati-hati jika berlakunya penyebaran video atau foto yang mungkin menyerupai seseorang kerana ia berkemungkinan dihasilkan dengan teknologi AI.
Dari segi seni digital pula ia kini digunakan dengan cukup baik sekali. Sebagai contoh, baru-baru ini seorang pereka grafik dan artis dari Vietnam menghasilkan seni dihasilkan AI menampilkan karakter-karakter popular dari siri permainan video dan animasi, ‘Street Fighter’.
Lebih mengagumkan hasil yang diserlahkan oleh pemuda bernama Nyugen Tat Dat ini nampak benar-benar hidup dan seperti betul. Hasil yang ditonjolkan artis hebat ini mendapat pujian ramai pihak dari seluruh dunia.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia memuat naik sebanyak sembila keping imej yang menampilkan karakter seperti Ryu, Chun-Li, Guile, M. Bison, Blanka, Dhalsim dan Zangief, kebanyakannya sangat meyakinkan.
Kami di MASKULIN juga harus akui pertama kalu melihat seleksi imej ini kami menyangkakan ia adalah foto manusia sebenar yang memakai cosplay. Imej yang dihasilkan menggunakan teknologi AI ini benar-benar menakjubkan.
Tidak mustahil suatu hari nanti ia boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai industri cetak dan juga video.
Seperti MASKULIN nyatakan tadi, teknologi ini benar-benar ‘menakutkan’!
Jangam lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Kredit: Nguyễn Tất Đạt