Perkembangan teknologi artificial intelligent atau kecerdasan buatan pada masa kini kadang-kadang benar-benar menakutkan.
Bukan menakutkan dari segi elemen seram tetapi menakutkan sebab semakin hari ia menghasilkan imej atau video yang seakan hampir sama dengan kita.
Disebabkan itulah kita sendiri pun harus berhati-hati jika berlakunya penyebaran video atau foto yang mungkin menyerupai seseorang kerana ia berkemungkinan dihasilkan dengan teknologi AI.
Foto: Nguyễn Tất Đạt
Dari segi seni digital pula ia kini digunakan dengan cukup baik sekali. Sebagai contoh, baru-baru ini seorang pereka grafik dan artis dari Vietnam menghasilkan seni dihasilkan AI menampilkan karakter-karakter popular dari siri permainan video dan animasi, ‘Street Fighter’.
Ads
Lebih mengagumkan hasil yang diserlahkan oleh pemuda bernama Nyugen Tat Dat ini nampak benar-benar hidup dan seperti betul. Hasil yang ditonjolkan artis hebat ini mendapat pujian ramai pihak dari seluruh dunia.
RYU
Foto: Nguyễn Tất Đạt
Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia memuat naik sebanyak sembila keping imej yang menampilkan karakter seperti Ryu, Chun-Li, Guile, M. Bison, Blanka, Dhalsim dan Zangief, kebanyakannya sangat meyakinkan.
BLANKA
Foto: Nguyễn Tất Đạt
CHUN-LI
Foto: Nguyễn Tất Đạt
M.BISON
Foto: Nguyễn Tất Đạt
GUILE
Foto: Nguyễn Tất Đạt
Kami di MASKULIN juga harus akui pertama kalu melihat seleksi imej ini kami menyangkakan ia adalah foto manusia sebenar yang memakai cosplay. Imej yang dihasilkan menggunakan teknologi AI ini benar-benar menakjubkan.
Ads
Tidak mustahil suatu hari nanti ia boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai industri cetak dan juga video.
Foto: Nguyễn Tất ĐạtFoto: Nguyễn Tất Đạt
Seperti MASKULIN nyatakan tadi, teknologi ini benar-benar ‘menakutkan’!
Ads
Jangam lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Pernah tak korang lihat Fenomena Pancuran Meteor?Haa…ini peluang emas tau bukan senang nak lihat fenomena alam ni. Melalui kenyataan Agensi Angkasa Negara, Angkasa, rakyat Malaysia dijangka dapat melihat secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam. Malah, ianya juga boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam bagi kawasan yang bebas daripada pencemaran cahaya semasa kemuncak fenomena.
“Cabaran pada 2017 adalah cahaya bulan yang terang kerana berada pada fasa bulan menghampiri purnama ketika kemuncak kemunculan meteor.
Dalam pada itu juga, bulan dijangka akan terbit lebih awal, iaitu pada 10.16 malam 11 Ogos. Ianya mungkin akan menyebabkan kadar kenampakan menjadi kurang. Jumlah meteor yang dapat dilihat juga bergantung kepada keadaan tempat dan cuaca”, menurut kenyataan itu.
Pancuran meteor Perseid terjadi apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet terbakar ketika memasuki atmosfera. Fenomena ini berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos.
Orang ramai juga dipelawa berkongsi gambar fenomena kejadian ini di Facebook Angkasa.
Salah satu kunci tubuh badan sihat adalah menerusi pengambilan oat. Kesan pengambilannya mengenyangkan lebih lama kerana bahan ini kaya dengan kandungan serat, karbohidrat dan zat besi mampu diserap baik tubuh.
Namun, bukan itu saja yang menjadi tarikan bahan semula jadi ini, sebaliknya turut bermanfaat untuk kecantikan diri sekiranya disapu terus pada kulit.
Menurut satu kajian diketengahkan pakar kulit, Dr Susan Stuart, dilaporkan dalam Huffington Post, oat mengandung khasiat antiinflamasi dan antioksidan sangat baik untuk kulit sensitif serta mengatasi pelbagai masalah kulit.
Jika selama ini kita hanya menjadikan pengambilan oat berkhasiat untuk penjagaan tubuh, kini boleh digunakan untuk rejim penjagaan kulit.
Oat dikatakan menjadi antara bahan penjagaan kulit semula jadi terbaik kerana kemewahan kandungan protein, vitamin B dan Omega 3 baik untuk kesihatan kulit.
* Atasi masalah kaki pecah-pecah
Selain menggunakan krim kaki, oat juga dapat dijadikan sebagai lulur kaki bagi menghilangkan kesan kulit kering. Kandungan antiinflamasi dan antioksidan membuat kulit mati terangkat sempurna.
* Pembersih wajah
Oat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan boleh dijadikan sebagai bahan pembersih kulit wajah kerana ia berupaya melembapkan secara semula jadi. Penggunaannya sesuai untuk semua jenis kulit wajah, termasuk berminyak dan jerawat kerana kandungan saponin.
Saponin dapat menyerap minyak dan juga membersihkan liang roma tanpa meninggalkan kesan luka terhadap kulit sensitif.
Ia juga dapat mengecilkan kembali liang roma terbuka, sekali gus menanggalkan kotoran degil dari berkumpul di kawasan liang roma kulit wajah.
* Kembalikan kelembapan kulit wajah
Kandungan polisakarida dalam oat dapat menangani masalah kulit kering dan kusam.
Khasiat zat ini dapat mengubah tekstur oat menjadi kenyal seperti agar-agar jika terkena air dan melindungi kulit dari dehidrasi sehingga kulit tidak mudah kering dan kusam.
Kandungan nutrisi dan polisakarida dapat memberikan kelembapan pada kulit.
* Cerahkan ton dan haluskan kulit
Kandungan khasiatnya tinggi dapat mengembalikan keremajaan, sekali gus memberikan kesan kulit lebih cerah dan bebas dari kekotoran degil.
Selain menanggalkan sel kotor pada wajah bagi memastikan tekstur kulit sekata, oat juga mengurangkan bekas jerawat untuk kulit kelihatan normal.
* Lembutkan kulit
Oat juga dapat mengembalikan tangan kasar selepas banyak melakukan kerja rumah. Ia juga membantu menghilangkan kulit mati dan kotoran dengan baik.
* Bantu kulit bebas dari bakteria
Penghasilan minyak berlebihan akan menutupi liang roma, sekali gus mengakibatkan pengumpulan minyak muka berlebihan. Keadaan ini juga menjadi punca kepada kulit bermasalah dan jerawat.
Selain membersihkan minyak wajah berlebihan, oat juga dapat menanggalkan sel kulit mati dan kotoran degil tidak nampak oleh mata kasar pada kulit wajah.
* Tanggalkan sel kulit mati
Kulit perlu menjalani proses regenerasi untuk menghasilkan sel kulit baru dan sihat. Oleh itu proses penyingkiran atau pengelupasan amat penting untuk membolehkan kulit baru lebih sihat dan segar membentuk pada wajah.
Penggunaan oat sebagai bahan lulur juga tidak memberikan tekstur kasar untuk kulit wajah sensitif atau lembut.
Teksturnya terasa lembut tetapi untuk menanggalkan sel kulit mati.
* Menyerap lebihan minyak pada rambut
Selain mampu menyerap dan menghilangkan lebihan minyak serta kotoran pada kulit, oat juga membantu menyerap latihan minyak dan kotoran pada rambut.
Selain itu, penggunaan oat di kulit kepala juga dapat membantu mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.
Info
Amalan penjagaan kulit menggunakan oat sudah pun bermula sejak zaman Mesir Purba.
Masyarakat kuno menjadikan oat sebagai bahan untuk menghilang kegatalan kulit atau kesan gigitan serangga.
Kemewahan khasiat serat dan asid amino dalam oat penting untuk membekalkan kecantikan kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun semakin ramai bakat-bakat baharu yang muncul mewarnai industri seni tanah air, sekalipun tidak pernah timbu perasan tergugat dalam diri pelakon Remy Ishak yang kini berusia 41 tahun.
Menerusi laporan Kosmo, Remy beranggapan yang dia dan bakat-bakat baharu masing-masing berada dalam kelas yang berbeza.
“Saya melihat situasi ini seperti permainan bola sepak; ada Liga Perdana dan ada Liga Super. Jadi, sebenarnya, kami berada dalam liga yang berbeza. Tidak ada keperluan untuk bersaing,” jelas Remy.
Tambahnya lagi, kehadiran generasi baharu adalah satu proses semula jadi dalam industri seni, di mana bakat baharu akan menggantikan yang lama. “Saya pun melalui proses yang sama dahulu, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.
Remy juga mengakui bahawa pelakon-pelakon muda hari ini layak menerima bayaran yang tinggi kerana permintaan terhadap mereka amat tinggi dari kalangan penonton.
“Nama-nama seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, dan Amir Ahnaf memang layak menerima bayaran tinggi kerana zaman sekarang adalah zaman mereka. Saya pula berada pada level saya sendiri, mungkin lebih kepada filem, platform penstriman, atau OTT (over the top) sekarang,” jelasnya.
Remy turut berkongsi pandangannya mengenai kerjayanya di masa hadapan. Menurutnya, tidak mungkin dia akan terus memegang watak hero hingga umur 50 tahun.
Dikenali menerusi drama “Lelaki Kiriman Tuhan,” Remy belum merancang untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon. “Masih banyak watak yang saya ingin lakonkan. Saya pernah cuba keluar dari bidang seni dan melakukan perkara lain, tetapi tidak boleh kerana sudah terlalu seronok berlakon. Apabila sudah terjun ke dunia hiburan, memang sukar untuk berhenti,” ujarnya.
Dengan semangat yang masih membara, Remy Ishak terus berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya, menyumbang kepada perkembangan industri seni tanah air tanpa merasa tergugat oleh generasi baharu yang muncul.