Seperti yang ramai sedia maklum, penyakit kanser mempunyai tahap yang berbeza bagi menentukan sejauh mana kanser itu telah merebak di dalam badan seseorang.

Begitu juga dengan kanser prostat dimana tahap satu dan dua dikategorikan sebagai tahap awal, manakala tahap tiga dan empat pula dikategorikan sebagai tahap lanjut.

Menurut Pakar Urologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Ahmad Nazran Fadzli, kadar kelangsungan hidup bagi pesakit yang berada di tahap awal dan tahap lanjut mempunyai perbezaan yang besar.

“Jika kita mendapat pesakit yang masih di tahap satu, the survival rate selama lima tahun ialah lebih kurang 98 peratus,” jelas Dr Ahmad ketika ditemui MASKULIN.

Ads

“Berbanding pesakit pada tahap lanjut, dia punya survival rate adalah 43 peratus. Jadi, jauh bezanya,” ulasnya lanjut.

Oleh itu, Dr Ahmad menegaskan betapa pentingnya pemeriksaan berkala bagi lelaki yang sudah mencapai usia 50 tahun agar sebarang kemungkinan penyakit kanser prostat mampu dikesan pada tahap awal dan proses rawatan boleh dimulakan seawal mungkin.

Ads

Namun bagi lelaki yang mempunyai sejarah penyakit kanser di dalam keluarga, mereka digalakkan untuk mula berwaspada mengenai kesihatan prostat mereka seawal usia 40 tahun.

“Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”

Dengan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM), MASKULIN tampil dengan sebuah kempen kesedaran kanser prostat sepanjang bulan November ini.

Ads

Bertemakan “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”, kempen ini bertujuan mendidik dan memberikan informasi yang tepat mengenai kanser prostat kepada masyarakat umum, khususnya lelaki. Ini termasuk maklumat mengenai faktor risiko, cara pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai kanser prostat, layari laman sesawang Beat Prostate Cancer.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI