Kanser merupakan pembunuh utama dan dijangka menjadi pembunuh lebih besar dengan peningkatan 54 peratus bagi kes baharu menjelang 2025 sekiranya ia tidak ditangani.
Menurut doktor Hafiz Sulaiman kanser ini bukan saja berpunca dari genetik tapi penyumpang utama kepada penyakit kanser ini adalah dari gaya hidup dan pemakanan harian kita.
Terkejut saya baca perkongsian di blog parenting mengenai cupcake dan pastri tiada kaitan dengan kanser? Tak hairan ramai dapat kanser zaman moden ini terutama yang muda-muda dah dapat kanser orang tua seperti kanser usus. Lagi ramai wanita muda dapat kanser payudara. Kanser ini bukan cuma genetik semata-mata. Mohon ingat dan sebarkan kepada semua,
.
3 RISIKO UTAMA KANSER YANG BERKAIT PEMAKANAN:
1) OBESITI
Menurut National Cancer Institute (NCI), obesiti berkait rapat dengan kanser endometrium, esofagus, perut, hati, buah pinggang, darah (multiple myeloma), otak (meningioma), pankreas, usus, pundi hempedu, payudara, ovari dan tiroid.
Lemak badan ini rembeskan hormon estrogen. Berlebihan estrogen dicampur stress akibat obes memang dikaitkan dengan kanser kewanitaan.
– Toksin persekitaran seperti bahan kimia dan logam berat toksik juga terletak di kawasan berlemak termasuk lemak badan dan organ badan.
– Obesiti juga meningkatkan risiko rintangan insulin…bahasa mudahnya penyakit macam KENCING MANIS lah.
.
Ads
2) RINTANGAN INSULIN.
Penyakit berkaitan rintangan insulin ini ialah penyakit metabolik seperti kencing manis, darah tinggi, strok, obesiti, PCOS, kolesterol, hati berlemak dan peningkatan asid urik. Apa kaitan kencing manis dengan gula?
Saya rasa kaitan paling utama ialah kajian Profesor Johan Thevelein et al pada oktober 2017. Kajian ini MEMBUKTIKAN GULA MERUPAKAN MAKANAN KANSER. Tiada keraguan lagi dan ini menyokong teori Warburg 90 tahun lepas yang memenangi hadiah Nobel ke atas penemuannya.
3) KEROSAKAN DISEBABKAN LEMAK TRANS
Walaupun konsensus saintifik masih belum yakin bahaya trans fat, namun terdapat beberapa kajian yang mengaitkan trans fat dengan risiko kanser. Kajian European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition menunjukkan pengambilan trans fat tinggi mungkin meningkatkan risiko kanser payudara sehingga 75%
Negara US sudah mula mengharamkan lemak trans sintetik di dalam makanan bermula 2015 dan berkuatkuasa sepenuhnya tahun 2018. Rakyat Malaysia harus sedar bahawa tiada regulasi label dan pengharaman trans fat di negara ini setakat ini. Beringat-ingat sendiri lah ya badan kita tanggujawab kita sendiri
Jadi apa makanan yang meningkatkan risiko kondisi di atas ini?
Ads
# Makanan segera (fast food)
# Makanan tinggi proses (dalam pek dan tin)
# Makanan tinggi gula. (teh tarik, gula HFCS makanan proses.)
# Makanan tinggi karbohidrat proses. (roti putih, roti canai,oat instant, pastri)
Ads
Kek dan pastri? Sudah tentu tinggi gula dan juga karbohidrat proses yang juga tinggikan gula darah. Di samping itu, kek dan pastri juga biasanya mengandungi trans fat sekirannya dibuat menggunakan marjerin. Makanan ini meningkatkan risiko obesiti, kencing manis dan juga mungkin mengandungi trans fat yang dikaitkan dengan risiko kanser..
Bukan tak boleh makan..Asalkan terkawal dan tak jadi amalan biasa sudah cukup bagus 🙂 Saya pun makan juga cuma bila makan tu saya selalu beringat-ingat supaya rasa bersalah
.
Semoga perkongsian memberi kesedaran kepada ramai. Mohon SHARE sebab ramai ingat kanser ni genetik saja yang penting.
Walaupun anda adalah dari kalangan mereka yang rajin mengunjungi pusat kesihatan setiap hari, anda masih mahu mengambil berat terhadap pemakanan anda untuk mendapatkan keputusan bentuk tubuh yang anda ingini.
Makanan yang betul boleh membantu anda untuk membina otot dan membuang lemak yang tidak anda ingini daripada perut anda yang boleh menghalang otot 6-pack anda dari kelihatan, menurut pakar diet Marie Spano. Pemakanan yang salah boleh menjadikan segala usaha anda di dalam gimnasium selama ini sia-sia.
Baca berikutnya untuk mengetahui makanan mana yang diambil atau dielakkan untuk membantu penghasilan otot perut yang seksi dan digilai ramai.
Yogurt Yunani
Selain dari dipadatkan dengan 23 gram protein untuk membina otot dalam satu cawan, yogurt jenis ini juga amat kaya dengan calcium dan probiotik yang mana boleh membantu anda untuk membina otot pada perut anda.
Menurut kajian mereka yang mengambil yogurt jenis ini berjaya untuk menghilang lemak pada bahagian perut jika mereka mengambilnya setiap hari.
Siapa yang tidak mengambilnya mempunyai risiko untuk gagal mendapatkan otot perut yang diingini.
Tepung Protein Whey
Sumber protein dari bahan ini mengandungi asid amino yang dapat mengurangkan kerosakan otot ketika senaman dan menggalakkan pemulihan otot untuk membantu senaman anda mencapai teras dengan lebih berkesan.
Menurut kajian dari jurnal Faseb, mereka yang mengambil protein secara dua kali ganda, dapat menghilangkan lebih banyak lemak serta mengekalkan lebih banyak otot dari mereka yang tidak berbuat demikian.
Bijian Penuh
Karbohidrat kompleks, terutamanya yang kerap didapati dii dalam bijian penuh adalah amat penting untuk memberi lebih kuasa kepada senaman anda di samping membantu anda mencapai matlamat fitnes yang anda inginkan.
Sebagai tambahan, fiber daripada bijian penuh itu juga boleh membantu anda untuk mengurangkan lemak pada perut anda serta meningkatkan tahap kekenyangan anda yang membantu anda untuk mengelakkan diri dari terlebih makan.
Asparagus
Tangkainya yang hijau itu adalah cukup kaya dengan fiber prebiotik, sejenis fiber yang membantu untuk menjana bakteria baik di dalam sistem penghadaman serta mengelakkan anda mengalami kembung perut.
Kadar anti-oksidannya yang tinggi juga dapat membantu anda untuk mengekalkan kekuatan otot-otot asas sambil mengelakkan kenaikan berat badan yang disebabkan keradangan. Selain itu mereka yang kerap mengambil sayuran selalunya memiliki kurang lemak pada badan.
Teh Hijau
Antara kadar kafein dan anti-oksida yang ada pada teh hijau, ia juga memiliki beberapa kebaikan lain untuk kesihatan.Walaupun kedua-dua nutrisi tersebut boleh membantu dalam mengurangkan lemak pada perut anda, jika dipadankan dengan senaman boleh benar-benar membantu anda untuk mendapatkan keputusan yang dikehendaki.
Anti-oksida yang kuat di dalam teh hijau pula boleh bertindak untuk meningkatkan kadar oksigen di dalam badan untuk dijadikan penjana ketika anda sedang berpeluh.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki tubuh badan yang diidamkan sememangnya mengambil masa yang lama. Malah, belum tentu anda mempunyai masa yang betul-betul tersusun untuk mengikut jadual di pusat gim melainkan anda mengetahui rahsia menurunkan kalori paling cepat hanya ketika berada di rumah.
Membasuh kereta
Ketahuilah bahawa lelaki yang membasuh kereta tampil lebih menarik berbanding wanita lebih-lebih lagi jika anda tidak mengenakan pakaian sambil melakukan beberapa senaman. Membasuh kereta selama setengah jam membantu membakar 143 kalori. Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa beberapa ‘adegan’ seperti melunjurkan kaki saat membasuh tayar, melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda!
Berkebun
Melakukan aktiviti berkebun mampu membakar sebanyak 265 kalori setiap jam. Melakukan senaman squad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.
Membasuh pakaian
Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.
Mengemop
Ambil alih tugas mop lantai dari isteri atau ibu anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam. Membersihkan permaidani, mengemop lantai tiga kali seminggu membantu bahu dan tangan anda bersenam dengan cara mudah. Selepas ini, aktiviti mop lantai mungkin menjadi satu aktiviti wajib buat setiap minggu.
Memasak
Anda mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!
Hujung minggu anda mungkin lebih bermanfaat jika anda mula mengetahui bahawa melakukan kerja rumah boleh membantu bakar kalori anda? Jika dikumpul kesemua jumlah kalori yang dibakar, anda sudah boleh memiliki tubuh berotot tanpa anda sedar.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tipu la kalau ada yang cakap tak kenal roti putih kan. Roti putih memang senang dibeli di kedai-kedai berdekatan kita. Pasti korang dengan muka penuh yakin capai roti putih capai roti putih, makan dan rasa kita sudah mendapat khasiat kerana roti tadi tidak diletak jem atau dicicah kopi.
Tapi tahu tak kamu , tabiat memakan roti putih bukanlah baik untuk kesihatan. Jadi mari kita melihat lebih lanjut tentang fakta tentang keburukan amalan roti putih dengan terperinci.
KADAR SODIUM TINGGI
Roti memiliki kadar sodium yang sangat tinggi. Apabila anda kerap makan roti putih, kadar garam di dalam tubuh akan meningkat dan ia bakal menjejaskan kesihatan anda.
TIDAK ADA NUTRISI
Roti putih tidak mempunyai nutrisi. Memang ia mengenyangkan perut terutamanya bagi anda yang mahu mengelak nasi tetapi ia tidak memberikan vitamin atau preotein yang diperlukan tubuh.
MENYUMBANG KEPADA KEGEMUKAN
Seperti yang dikatakan pada awalnya, ramai yang konfiden makan roti putih untuk elak nasi akan membuatkan mereka jadi kurus. Sebenarnya, roti mengandungi kalori yang akan meningkatkan berat badan anda.
MENGANDUNGI PROTEIN ‘JAHAT’
Gandum pada roti mengandungi protein ‘jahat’ (glutten) yang sangat tinggi. Protein ini boleh menyebabkan perut terasa sakit (Coeliac) selepas makan.
TINGGI KARBOHIDRAT
Majoriti makanan berasaskan roti memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi. Jika kerap makan roti putih, karbohidrat yang ada di dalam tubuh akan menyebabkan gangguan otak yang dapat menurunkan fungsi kognitif.
MENINGKATKAN KADAR GULA DALAM DARAH
Pati yang terdapat pada roti akan cepat memasuki saluran pencernaan tubuh dan seterusnya memasuki aliran darah dengan menjadi glukosa. Bila ini terjadi, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin naik dengan cepat.
MENGANDUNGI SIRAP JAGUNG FRUKTOSA
Roti mengandungi sirap jagung fruktosa (gula) yang tinggi. jenis gula ini memberi kesan kepada kepada kesihatan anda khususnya mereka yang mengalami gout kerana menurut kajian untuk pesakit gout, antara penyebab kenaikan asid urik dalam darah adalah disebabkan kandungan fruktosa yang tinggi dalam tubuh.
Sumber : www.boldsky.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.