Inspirasi

Kanafly & Rahman Chea, Duo Komedi ‘Dad Jokes’ Bawa Mesej Positif Buat Penonton

Share

Jika anda seorang warganet yang aktif di laman media sosial terutamanya TikTok pasti kenal dengan dua sosok jejaka ini. Duo komedi viral, Kanafly dan Rahman Chea, mula tular dan menjadi sebutan ramai sejak tahun lalu.

Duo yang juga merupakan adik-beradik ini bukan saja sangat kelakar, tapi berjaya sampaikan mesej positif dalam setiap video yang dihasilkan mereka.

Bukan sekadar menghibur, mereka ni jenis yang ada maksud tersirat di sebalik setiap punchline. Jadi tidak hairanlah mereka dinobatkan sebagai pemenang  ‘Entertainment Creator of the Year kat TikTok Awards 2024’.

Tak dinafikan, lawak mereka memang bersahaja, tapi jangan terkejut kalau ada mesej ‘deep’ kat belakang setiap gurauan.

Setiap punchline yang mereka tampilkan kadang-kadang boleh buat penontotn berfikir tentang hidup, cabaran harian, dan cara nak hadapinya dengan lebih positif. Itu antara sebab utama mereka berjaya menawan hati jutaan penonton.

TEMU BUAL EKSKLUSIF

Bagi ‘MAN OF THE MOMENT’ bulan ini, MASKULIN tampilkan temu bual secara eksklusif bersama Kanafly dan Rahman Chea.

Menerusi temu bual ini, mereka kongsikan kisah di sebalik lawak-lawak yang selalu viral tu. Mereka akui, bukan semua benda senang dalam hidup. Jadi, dorang gunakan komedi sebagai cara nak bagi orang rasa ringan, sambil sampaikan mesej yang berharga.

Tapi menghasilkan video yang benar-benar menjadi dan boleh mendapat jumlah tontonan tinggi bukanlah mudah.

Kanafly

“Nak hasilkan satu video yang menjadi tu, sebenarnya disebaliknya kami dah hasilkan 10 editing berbeza. Nak jadikan video yang baik, kena buat banyak kali. Yang tak menjadi orang tak tahu,” jelas Kanafly.

Apa yang buat duo ni lain dari yang lain ialah, dorang tak buat lawak kosong. Dorang gunakan platform dorang kat TikTok untuk ajak orang ramai, terutama golongan muda.

PELAJARAN ITU PENTING

Lebih menarik mereka berdua tidak ada sebaran drama, tidak sombong, tidak ada komtroversi – hanya lawak yang tulen dan mesej yang boleh buat pengikutnya tersenyum sendirian.

Dengan adanya populariti pasti ada peluang baru. Begitu juga dengan Kanafly dan Rahman Chea. Mereka turut kongsikan bersama MASKULIN bagaimana mereka turut mendapat tawaran untuk berlakon drama.

Rahman Chea

“Alhamdulillah ada juga dapat tawaran untuk lakonan drama. Tak lama lagi akan mula start shooting. Kita bukan dapat watak utama, paling lama muncul pun mungkin lima minit je,” jelas Rahman Chea tertawa.

Bercakap tentang pendidikan pula, mereka berdua tegas berpendapat bahawa pelajaran itu sangat penting. Bagi mereka, pelajaran ada titik muda setiap orang untuk menentukan ‘jalan’ atau haluan hidup.

“Dulu masa belajar ingat PMR paling susah. Kemudian ambil SPM, lebih susah. Tapi apabila melanjutkan pelajaran di universiti, itu lagi susah. Tapi kalau nak dibandingkan dengan berkerja, kerja itu lagi susah,” tambah mereka lagi.

Berdepan kecaman dengan sebarang content dihasilkan juga merupakan cabaran biasa yang dihadapai mereka. Setiap komen diberikan dianggap sebagai kritikan positif manakala komen negatif tanpa sebarang input tidak dihiraukan.

Ikuti temu bual lengkap MASKULIN ‘Man of the Moment’ bersama Kanafly dan Rahman Chea menerusi video di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim