Jika anda seorang warganet yang aktif di laman media sosial terutamanya TikTok pasti kenal dengan dua sosok jejaka ini. Duo komedi viral, Kanafly dan Rahman Chea, mula tular dan menjadi sebutan ramai sejak tahun lalu.
Duo yang juga merupakan adik-beradik ini bukan saja sangat kelakar, tapi berjaya sampaikan mesej positif dalam setiap video yang dihasilkan mereka.
Bukan sekadar menghibur, mereka ni jenis yang ada maksud tersirat di sebalik setiap punchline. Jadi tidak hairanlah mereka dinobatkan sebagai pemenang ‘Entertainment Creator of the Year kat TikTok Awards 2024’.
Tak dinafikan, lawak mereka memang bersahaja, tapi jangan terkejut kalau ada mesej ‘deep’ kat belakang setiap gurauan.
Setiap punchline yang mereka tampilkan kadang-kadang boleh buat penontotn berfikir tentang hidup, cabaran harian, dan cara nak hadapinya dengan lebih positif. Itu antara sebab utama mereka berjaya menawan hati jutaan penonton.
TEMU BUAL EKSKLUSIF
Bagi ‘MAN OF THE MOMENT’ bulan ini, MASKULIN tampilkan temu bual secara eksklusif bersama Kanafly dan Rahman Chea.
Ads
Menerusi temu bual ini, mereka kongsikan kisah di sebalik lawak-lawak yang selalu viral tu. Mereka akui, bukan semua benda senang dalam hidup. Jadi, dorang gunakan komedi sebagai cara nak bagi orang rasa ringan, sambil sampaikan mesej yang berharga.
Tapi menghasilkan video yang benar-benar menjadi dan boleh mendapat jumlah tontonan tinggi bukanlah mudah.
“Nak hasilkan satu video yang menjadi tu, sebenarnya disebaliknya kami dah hasilkan 10 editing berbeza. Nak jadikan video yang baik, kena buat banyak kali. Yang tak menjadi orang tak tahu,” jelas Kanafly.
Apa yang buat duo ni lain dari yang lain ialah, dorang tak buat lawak kosong. Dorang gunakan platform dorang kat TikTok untuk ajak orang ramai, terutama golongan muda.
Ads
PELAJARAN ITU PENTING
Lebih menarik mereka berdua tidak ada sebaran drama, tidak sombong, tidak ada komtroversi – hanya lawak yang tulen dan mesej yang boleh buat pengikutnya tersenyum sendirian.
Dengan adanya populariti pasti ada peluang baru. Begitu juga dengan Kanafly dan Rahman Chea. Mereka turut kongsikan bersama MASKULIN bagaimana mereka turut mendapat tawaran untuk berlakon drama.
“Alhamdulillah ada juga dapat tawaran untuk lakonan drama. Tak lama lagi akan mula start shooting. Kita bukan dapat watak utama, paling lama muncul pun mungkin lima minit je,” jelas Rahman Chea tertawa.
Ads
Bercakap tentang pendidikan pula, mereka berdua tegas berpendapat bahawa pelajaran itu sangat penting. Bagi mereka, pelajaran ada titik muda setiap orang untuk menentukan ‘jalan’ atau haluan hidup.
“Dulu masa belajar ingat PMR paling susah. Kemudian ambil SPM, lebih susah. Tapi apabila melanjutkan pelajaran di universiti, itu lagi susah. Tapi kalau nak dibandingkan dengan berkerja, kerja itu lagi susah,” tambah mereka lagi.
Berdepan kecaman dengan sebarang content dihasilkan juga merupakan cabaran biasa yang dihadapai mereka. Setiap komen diberikan dianggap sebagai kritikan positif manakala komen negatif tanpa sebarang input tidak dihiraukan.
Ikuti temu bual lengkap MASKULIN ‘Man of the Moment’ bersama Kanafly dan Rahman Chea menerusi video di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap lelaki pasti mengimpikan otot dada bidang, tegap dan mantap. Selain mengamalkan pemakanan yang berkhasiat, senaman yang konsisten juga penting untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.
Jadi tidak hairanlah jika senaman tekan tubi menjadi antara senaman yang begitu popular di kalangan mereka yang gemarkan aktiviti sihat.
Kini bukan lagi alasan untuk anda tidak bersenam kerana senaman untuk mendapatkan otot dada bidang ini anda boleh lakukan hanya empat minit sahaja tanpa menggunakan apa-apa peralatan.
Lakukan enam jenis senaman tekan tubi ini secara konsisten, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.
Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Letak tangan di lantai selaras dengan bahu dan luruskan kaki. Turunkan badan perlahan-lahan tanpa badan mencecah ke lantai. Kemudian naikkan badan ke atas. Ulangi senaman Normal Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.
Rehat selama 10 saat sebelum anda meneruskan senaman berikutnya.
2. Wide Push Up
Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Letak tangan di lantai tetapi senaman kali ini, anda lebarkan kedudukan tangan melebihi paras bahu. Pastikan kedua-dua kaki lurus di belakang. Kemudian, turunkan badan perlahan-lahan dan naikkan badan ke atas. Ulangi senaman Wide Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.
Rehat selama 10 saat sebelum anda meneruskan senaman berikutnya.
3. Archer Push Up
Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Letak tangan di lantai dan lebarkan kedudukan tangan melebihi paras bahu. Pastikan kedua-dua kaki lurus di belakang. Dalam posisi badan tegak di bahagian tengah, turunkan badan menghala ke kanan dan tegakkan badan semula di bahagian tengah. Selepas itu, turunkan badan ke bahagian kiri pula. Ulangi senaman Archer Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.
Rehat selama 10 saat sebelum anda meneruskan senaman berikutnya.
4. Diamond Push Up
Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Rapatkan kedua-dua tapak tangan dalam kedudukan V selaras dengan bahagian dada. Luruskan kaki. Turunkan badan dan tekan perlahan-lahan sambil bengkokkan siku. Ketika menaikkan badan, pastikan kedudukan tangan anda lurus. Ulangi senaman Diamond Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.
Rehat selama 10 saat sebelum anda meneruskan senaman berikutnya.
5. Knuckle Push Up
Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Lebarkan kedudukan tangan melebihi paras bahu. Posisi ini sama seperti senaman Wide Push Up cuma yang berbeza adalah posisi tangan anda hendaklah digenggam erat. Pastikan kedua-dua kaki lurus di belakang. Kemudian, turunkan badan perlahan-lahan dan naikkan badan ke atas. Ulangi senaman Knuckle Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.
Rehat selama 10 saat sebelum anda meneruskan senaman berikutnya.
6. Women Push Up
Pastikan badan dalam posisi tekan tubi. Kali ini kaki disilang dan angkat ke atas melebihi paras punggung. Buka tangan selebar paras bahu. Kemudian, turunkan badan perlahan-lahan dalam posisi 45 darjah dan naikkan badan ke atas. Ulangi senaman Women Push Up ini sehingga kiraan 30 saat.
Untuk mendapatkan otot dada mantap dan tegap, tonton video ini
Selain melakukan servis secara berkala terdapat beberapa perkara perlu anda tekankan dan ambil berat. Salah satunya tidak mengamalkan beberapa tabiat yang dipercayai boleh menyebabkan ia mudah rosak.
Bagi mengelakkan aircond kereta anda cepat rosak, pastikan anda ubah tabiat buruk dan adab semasa berada di dalam kenderaan.
Tidak kiralah apa jua kenderaan, sebagai individu yang akan berada di dalamnya pastikan anda elak 5 perkara ini.
BUKA TINGKAP KETIKA AIRCOND TERPASANG
Antara kebiasaan yang sering kita buat adalah membuka tingkap kereta terlalu lama biarpun ketika itu aircond masih terpasang.
Tindakan ini menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih dari biasa untuk mendapatkan suhu yang ideal, padahal tanpa sedar kita sedang membuka ruang yang sangat besar. Jika berlarutan, tidak mustahil aircond dalam kenderaan anda mudah dan cepat rosak.
SUKA MEROKOK DALAM KERETA
Jangan biasanya diri untuk merokok sesuka hati termasuk semasa berada dalam kenderaan. Ini kerana asap serta debu dari rokok berisiko untuk tembus ke bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut menyebabkan penapis jadi cepat kotor kerana habuk. Akibatnya, tahap kesejukan aircond dalam kenderaan menjadi tidak optimum.
KERETA BERSEPAH DAN BERHABUK
Ketahuilah jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah dalam kabin, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak bersepah malah debu juga boleh melekat secara berterusan.
Faktor ini memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar dari penapis aircond sekali gus membuatkan komponen itu mudah untuk rosak.
PAKAI PEWANGI JENIS GEL
Pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Misalnya apabila terkena suhu sejuk, wap tersebut berubah kembali kepada bentuk gel dan boleh menghalang penapis dan evaporator atau cooling coil dalam aircond.
ENJIN DIMATIKAN SECARA MENGEJUT
Sebelum matikan enjin, sila tutup aircond terlebih dahulu. Jika tidak, semasa mahu hidupkan enjin, aircond terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri antara terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan.
Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi aircond.
Sehubungan itu, anda digalakkan untuk menggunakan pewangi yang bersifat cecair untuk mengelakkan perkara tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memetik laman sesawang Beat Prostate Cancer, semua lelaki berisiko untuk menghidap kanser prostat. Lebih kurang satu dari setiap 94 lelaki di Malaysia akan didiagnos dengan penyakit itu, dengan kes paling tinggi dilaporkan dari kalangan lelaki berbangsa Cina, diikuti India dan Melayu, demikian menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016.
Faktor risiko ialah apa sahaja yang meningkatkan peluang seseorang menghidap penyakit seperti kanser prostat. Penyelidik telah mengenal pasti beberapa faktor risiko yang berkaitan dengan kanser prostat.
Usia
Usia adalah faktor risiko kanser prostat yang paling biasa. Apabila seorang lelaki meningkat usia, risiko kanser prostat juga meningkat.
Kanser prostat jarang berlaku pada lelaki yang berumur kurang daripada 40 tahun. Peluang menghidap kanser prostat meningkat selepas usia 50 tahun. Lelaki yang paling kerap didiagnosis adalah di antara usia 65 dan 74 tahun.
Sejarah Keluarga
Sekitar lima hingga 10 peratus daripada kes kanser prostat adalah keturunan. Kanser keturunan ini dikaitkan dengan mutasi gen yang diwarisi dan cenderung berlaku lebih awal dalam kehidupan berbanding kes tidak diwarisi (sporadik). Seseorang lelaki mungkin mempunyai peningkatan risiko kanser prostat jika:-
Dia mempunyai keluarga asas (first-degree relatives: ibu bapa, adik-beradik, anak) yang didiagnosis pada usia sebelum 65 tahun atau sejarah kanser prostat di sebelah keluarga bapa atau ibunya.
Dia mempunyai ahli keluarga yang didiagnosis dengan kanser payudara, kanser kolorektal, kanser ovari, kanser pankreas atau melanoma.
Dia mempunyai saudara perempuan yang disahkan menghidap kanser payudara yang berkaitan dengan BRCA (gen kanser payudara) pada usia sebelum 50 tahun.
Dengan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM), MASKULIN tampil dengan sebuah kempen kesedaran kanser prostat sepanjang bulan November ini.
Bertemakan “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”, kempen ini bertujuan mendidik dan memberikan informasi yang tepat mengenai kanser prostat kepada masyarakat umum, khususnya lelaki. Ini termasuk maklumat mengenai faktor risiko, cara pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai kanser prostat, layari laman sesawang Beat Prostate Cancer.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.