Jenama fesyen terkenal British, Paul Smith sekali lagi melakukan kerjasama dengan pembikin kamera terkenal di dunia, Leica.

Ini merupakan kolaborasi yang kedua seumpamanya dilakukan oleh Paul Smith bersama jenama kamera berasal dari Jerman tersebut. Dan untuk kolaborasi kali ini mereka memilih model Leica CL sebagai ‘kanvas’ utamanya.

Dari segi spesifikasi teknikalnya tidak banyak yang diubah daripada model asal dengan sensor 24 megapiksel, rakaman video kulaiti 4K dan Elmarit-TL 18mm f/2.8 ASPH lens.Kamera Ekslusif Edisi Terhad Paul Smith x Leica, Hanya 900 Unit Di Seluruh Dunia!

IKLAN

Namun dari segi luarannya ia banyk diengaruhhi oleh estetika rekaan eksklusif Paul Smith. Pada bahagian atas panelnya ia mempunyai kemasan warna biru terang dan bahagian bawah pula lengkap dengan kulit yang membalutinya. Di bahagian bawah juga terdapat belang tiga warna – signature klasik jenama Paul Smith.

Kamera Ekslusif Edisi Terhad Paul Smith x Leica, Hanya 900 Unit Di Seluruh Dunia!

IKLAN

BACA: Cara Cas Telefon Dengan Betul Agar Bateri Tak Cepat Rosak

Sentuhan menariknya pula terdapat pada bahagian belakang kamera dengan tulisan, “look and see”:, sebuah tribute daripada kata-kata Paul Smith: “many people look but often they don’t see”.

IKLAN

Paling menarik hanya 900 unit sahaja dikeluarkan di seluruh dunia dan ia kini dipasarkan di laman sesawang rasmi mereka pada harga USD3,995.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI