Kalau Takut Jadi ‘Tak Subur’, Elak Buat Perkara Ini. No 5, Lelaki Susah Nak Tinggal!

Share

Budaya dan gaya hidup masa ini menjadi penanda aras lelaki subur atau tak. Semakin lelaki aktif, semakin tinggi tahap stamina yang dijanakan untuk menghasilkan tenaga, sekali gus mencipta kadar hormon ‘testosterone’ yang lebih tinggi dalam tubuh.

Amalan gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta menghindari gejala yang tidak bermoral ternyata menjadi antara aspek terpenting untuk mencipta tahap kesuburan terbaik buat lelaki normal.

Oleh itu, bagi memastikan anda tidak tergolong dalam lelaki yang tidak subur, pastikan anda elak lakukan 5 perkara ini.

1. Selalu terdedah dengan pancaran radiasi

Sinaran X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh mengganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur. Elakkan daripada berdekatan dengan punca-punca radiasi ini kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada tahap kesuburan anda.

2. Hindari suhu panas yang melampau

Haba yang terhasil daripada pelbagai faktor seperti cuaca, bahan bakar, peralatan elektronik dan sebagainya menjadi antara punca kepada ketidaksuburan seseorang lelaki. Pancaran secara terus haba yang panas mampu membuatkan kadar penghasilan sperma menjadi berkurangan sekali gus menjadikan ia lemah.

Oleh yang demikian, hindari daripada terdedah secara terus dengan sumber-sumber haba yang tinggi untuk memastikan hormon kesuburan anda bertindak secara natural dan normal untuk menghasilkan sperma yang bermutu tinggi.

3. Elak pakai seluar ketat

Ruang pengudaraan dan persekitaran yang lebih luas memudahkan alat sulit anda bernafas dengan lebih selesa untuk menjalani proses produktiviti. Seluar dalam atau jeans yang sangat ketat adalah tidak bersesuaian kerana kepadatan ruang yang dialami akan menyebabkan zakar dan testis anda sukar untuk menembusi udara.

Ini sekali gus menyempitkan saluran dalaman alat sulit untuk menjalani proses secara natural. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan berlakunya ketidaksuburan dan produktiviti sperma anda juga akan terjejas.

4. Jangan stres

Cari alternatif untuk mengelakkan anda daripada dilanda stres akibat tekanan kerja atau apa jua masalah yang dihadapi. Lakukan aktiviti kecergasan seperti bersenam, latihan di gimnasium mahupun aktiviti luar yang lebih produktif dan semula jadi.

Ketenangan sebenarnya mampu menjadikan anda lebih fokus dalam melakukan apa jua perkara termasuk ketika beraksi di ranjang bersama pasangan. Fokus dan bertenanglah untuk hubungan intim yang lebih berkesan.

5. Berhentilah merokok

Selain mengamalkan pemakanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, pengambilan protein yang tinggi serta makanan dengan anti-oksida yang mencukupi, anda perlu terlebih dahulu berhenti merokok.

Dengan berhenti merokok, segala amalan diet yang dilakukan akan 200 peratus lebih berkesan berbanding ketika masih anda merokok. Tidak guna jika anda amalkan pemakanan sihat tapi anda masih tidak meninggalkan sikap merokok.

Sumber: lelakisihat.com

Published by
webadmin