Selalu kita dengar masalah kutu berlaku kepada golongan wanita serta kanak-kanak. Namun, orang lelaki pun tak terkecuali boleh dijangkiti kutu.
Kutu boleh menjangkiti kepala anda jika anda sering berkongsi aksesori kepala, misalnya topi atau topi keledar dengan orang yang sudah mempunyai kutu.
Selain itu, kutu juga boleh berpindah melalui satu kepala ke kepala lain yang berdekatan dengannya. Ini merujuk kepada lelaki yang tinggal di rumah sewa.
Misalnya orang yang asalnya mempunyai kutu akan memindahkan kutu di kepalanya pada rakan-rakan lain tanpa sedari.
MASKULIN gariskan beberapa panduan untuk merawat masalah kutu sebelum ia memusnahkan penampilan anda.
BACA: Nak Kacak Bak Bintang Hollywood, Ini 7 Jenis Makanan Boleh Bantu Dapat Rambut Lebat
1. Perahan lemon
Waktu mandi, ambil sebiji lemon segar, potong dua dan ekstrak jusnya. Gunakan jus tersebut untuk buat syampu dan lumur di kepala anda serta biarkan selama 30 minit. Selepas itu bilas dengan air bersih. Sifat lemon yang berasid boleh membunuh kutu yang hidup di akar dan helaian rambut anda.
2. Limau nipis dan minyak kayu putih
Campuran kedua-dua bahan ini dikatakan amat efektif untuk mengatasi masalah kutu rambut. Ia berguna untuk mematikan telur kutu dan baunya tidak digemari oleh kutu rambut.
3. Minyak zaitun
Ini juga antara ramuan semula jadi yang mampu untuk membasmi masalah kutu rambut. Caranya adalah dengan melumurkan minyak di seluruh bahagian kepala dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, bilas seperti biasa dengan air bersih serta syampu.
BACA: Cara Cuci Rambut Ala-Salun Yang Boleh Anda Buat Sendiri Di Rumah
4. Bawang merah
Terdapat kandungan sulfur putih di dalam bawang merah untuk membunuh kutu rambut. Ambil 3-5 biji bawang merah, tumbuk halus hingga menjadi pes dan lumurkan pada rambut selama 10 minit. Selepas itu, sisir rambut menggunakan sikat kutu untuk mengeluarkan kutu yang mendiami rambut anda.
5. Minyak kelapa
Lumurkan minyak kelapa ke seluruh rambut dan tutup dengan topi mandi. Biarkan ia meresap hingga ke akar rambut dan cuci menggunakan syampu serta air bersih.
6. Sikat kutu
Anda boleh dapatkan sikat ini di mana-mana kedai runcit. Ia amat efektif untuk menyapu bersih segala kutu yang ada di helaian rambut serta kulit kepala. Untuk kesan yang lebih efektif, selepas dilumurkan dengan minyak perapi rambut, sisirkan rambut anda dengan sikat ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI