Kalau Tak Nak Mati Mengejut, Jangan Makan Terlampau Banyak Time Berbuka Puasa

Share

Tak ada sesiapa pun yang mendoakan dirinya untuk mati secara mengejut pada bulan Ramadan dalam keadaan yang memalukan.

Lebih-lebih akibat makan terlampau banyak pada waktu berbuka puasa sehingga perut gagal berfungsi dan berdepan masalah lain.

Makan banyak sesakkan nafas

Apabila perut gagal berfungsi dengan baik untuk menghadam setiap makanan yang disumbat, seseorang itu akan mengalami sesak nafas.

Selain itu, mereka yang banyak terlampau banyak secara mengejut juga boleh mengakibatkan masalah sakit jantung.

Sakit jantung ini pula bukan biasa-biasa masalah kerana jika tidak cuba untuk mengelaknya, seseorang itu berdepan dengan risiko kematian.

Makan ala kadar

Sebab itulah dalam Islam dianjurkan untuk berbuka puasa dengan menu yang ala kadar tanpa mengurangkan budaya berjimat-cermat.

Kalau ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W, memadailah dengan menjamah buah kurma serta segelas air kemudiannya, tunaikanlah solat Maghrib.

Selepas itu, barulah isi perut untuk menambah semula tenaga bagi menunaikan solat Isyak serta solat sunat tarawih.

Hikmat berpuasa

Bulan Ramadan tidak dinafikan mempunyai banyak hikmahnya yang tidak terduga di sebalik arahan menahan diri daripada lapar, dahaga serta pelbagai nafsu.

Dari segi kesihatannya, perut dapat berehat dan meneutralkan semula kandungan dalam tubuh untuk proses ‘penyucian’.

Sehubungan itu, tidak salah untuk mengharungi bulan yang penuh keberkatan ini dengan penuh keinsafan.

Wajar kurangkan mulut bercakap perkara yang bukan-bukan dan perbanyakkan ibadah untuk memburu ribuan pahala.

Jangan otak asyik fikir lapar, lapar dan lapar sahaja!

Published by
Akyem Samad