Kalau Tak Nak Kulit Banyak Masalah, Elak Buat 7 Kesilapan Ini Masa Cuci Muka!

Share

Kalau cakap bab kulit wajah, lelaki juga tak mahu kalah. Kini lelaki sudah berlumba-lumba mengamalkan pelbagai produk mahupun petua untuk miliki kulit yang licin. Namun tanpa lelaki sedar, dalam menjaga kebersihan wajah, ada beberapa kesilapan yang mereka sering lakukan semasa mencuci muka sehingga boleh memberi banyak masalah buat kulit wajah.

Ini merupakan tujuh kesilapan yang biasa lelaki lakukan masa mencuci muka. Jom check it out, ada tak korang buat macam ni?

1. Salah pilih produk

Sebelum membeli produk mencuci muka, ketahui jenis kulit anda terlebih dahulu. Gunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Ini kerana pembersih wajah mempunyai bahan kandungan yang berbeza-beza mengikut jenis kulit.

2. Bahan alergik

Produk kecantikan juga ada bersifat alergik pada kulit. Jika anda kategori kulit yang sensitif, baca label bahan produk terlebih dan bertanya pada pakar sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda membeli. Jangan sembarangan membeli produk mencuci muka, takut merosakkan kulit wajah anda pula.

3. Salah suhu air

Ada mitos mengatakan air panas berfungsi untuk membuka liang pori-pori kulit wajah manakala air sejuk pula digunakan untuk menutupi liang pori. Sebaliknya, air yang sesuai untuk membersihkan muka adalah air suam. Wajah akan terasa lebih nyaman menggunakan air suam.

4. Pengelupasan

Pengelupasan merupakan cara efektif untuk mengangkat sel-sel kulit mati. Bagi yang membeli produk pengelupasan kulit, gunakan dua kali seminggu. Ia tidak boleh digunakan setiap hari kerana produk pengelupasan mempunyai tekstur skrub yang sedikit kasar.

Elak sental dengan kasar pada kulit kerana ia boleh merosakkan kulit wajah. Sebaiknya sental dengan lembut agar segala sel kulit mati dapat disingkirkan.

5. Salah cara membilas wajah

Jika anda sedang terburu-buru, anda cenderung untuk membilas wajah ala kadar sahaja. Padahal sisa-sisa sabun yang melekat pada wajah jika tidak dibersihkan sepenuhnya boleh membuatkan liang-liang pori tersumbat dan kulit menjadi kering.

Bahagian yang paling jarang dibilas adalah sekitar rahang, garis rambut dan hidung. Berikan perhatian di bahagian-bahagian ini agar keseluruhan kulit wajah anda dapat dibersihkan.

6. Terlalu kerap mencuci

Umum mengetahui bahawa mencuci wajah hanya dilakukan dua kali sehari. Lebih dari itu, ia hanya akan merosakkan kulit dan menjadikan kulit tambah berminyak. Jika anda masih ingin mencuci wajah, sebaiknya gunakan air yang suam sahaja.

7. Cara salah mengeringkan kulit

Selepas membersihkan wajah, gunakan sehelai tuala yang bersih untuk mengelap dan mengeringkan wajah. Teknik yang betul adalah dengan menepuk tuala secara lembut pada wajah dan bukannya menggosok tuala pada kulit wajah dengan kasar.

Published by
Ruziana Zainal