– Sebelum meluahkan kata cinta, beri peluang kepada diri anda dan juga si dia untuk mengenali diri masing-masing. Mungkin ketika keluar bersama rakan-rakan atau melakukan tugasan bersama adalah detik terbaik untuk anda menonjolkan diri. Jangan pula ‘over’ dan mendesak!
– Bukan sahaja melalui perbuatan, anda juga perlu membaca gerak bahasa badan dan renungannya untuk mengetahui sama ada dia menyukai anda atau tidak. Sekiranya dia asyik menjauhkan diri bila bertemu kamu, maka bolehlah diketahui untuk permulaan ini yang si gadis tidak selesa lagi dengan anda. Andai dia suka malah sering pula berbalas-balas sms maka anda sudah berada di landasan yang betul.
– Jangan lepaskan setiap kesempatan yang ada untuk mengajaknya keluar makan bersama. Kadang kala detik itu hanya datang sekali dan jika anda membiarkan sahaja mungkin peluang itu tidak akan datang kembali. Berjalan bersama menemani gadis ketika melangkah menuju ke parkir kereta juga satu yang baik dalam memberi tanda yang anda menyukainya.
– Untuk menyintai seseorang, anda juga perlu membuka ruang cinta dalam diri. Ini akan menjadikan supaya keduanya lebih faham tentang isi hati dan keinginan masing-masing. Kongsilah kisah-kisah lucu anda dan dia, cita-cita atau apa sahaja yang boleh menjadikan hubungan itu lebih serius. Ini adalah penting untuk membina kepercayaan di antara keduanya dan adakah si gadis merupakan pilihan yang tepat untuk anda? Ini boleh diketahui dari sumber yang dikurniakan oleh Tuhan iaitu hati anda. Adakah si gadis serasi atau tidak?
Adalah penting untuk anda mengetahui kenapa anda jatuh cinta dengannya? Apakah yang ada pada si gadis sehingga membuat anda terpesona? Nilai seperti bentuk badan, gaya berpakaian dan sebarang elemen fizikal yang lain adalah lebih kepada nafsu semata. Manakala jika memilih kerana si gadis seorang yang berperwatakan baik, mengambil berat dan elok budi bahasa maka ia akan hadir dalam nilai cinta yang sejati. Kelakuan anda sendiri yang akan menentukan apa niat yang sebenar.
– Perlu berani untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam kepada si dia. Sudah pasti tiada pihak yang akan mengetahui perasaan cinta itu jika anda hanya memendam rasa. Luahkan dengan cara yang paling sederhana di tempat dan masa yang sesuai. Jangan terburu-buru.
– Yakin dalam diri akan perkataan dan tindakan anda. Ini akan melihatkan anda membuat keputusan yang berani dan bertindak cara dewasa.