Nama Jason Momoa kini diangkat sebagai di antara pelakon lelaki yang semakin disegani ramai. Data tarikan dan kuasa selebriti dimilikinya telah menyaksikan deretan filem lakonannya ‘meletup’ di pasaran.
Aktor berusia 44 tahun ini yang menjadi hos sebuah siri dokumentari perjalanan baru yang bertajuk ‘On the Roam’ ini turut mendedahkan jika beliau tidak menjadi seorang aktor, beliau dengan senang hati akan menjadi seorang politikus dalam usaha untuk menyelamatkan planet ini.
Bintang Hollywood tersebut berkata dalam ‘PEOPLE in 10’: “Saya ingin melakukan sesuatu untuk membantu alam sekitar.
“Dengan cara dunia ini bergerak, saya akan, jika saya masih Jason yang muda, Jason berumur 12 tahun, saya akan cuba melakukan sesuatu untuk masuk ke dalam politik, benar-benar berjuang demi planet kita.
“Jika saya boleh kembali dan berada di darjah enam, saya akan membuat hidup saya bergerak ke arah membuat perubahan.”
Jason juga mengamati bahawa perubahan gaya hidup yang kecil sebenarnya boleh membuat perbezaan yang signifikan terhadap alam sekitar.
Ads
Beliau berkata: “Saya akan bermula di rumah. Seperti, apa yang boleh kita lakukan untuk menjimatkan tenaga? Apa yang kita ambil masuk yang kita boleh pertimbangkan, ‘Perlukah kita itu?’”
‘On the Roam’ melihat Jason mengembara sekitar AS untuk melawat pelbagai pengrajin, yang menjelaskan bagaimana beberapa barang – termasuk basikal dan chopper berusia seratus tahun – dibuat.
Bintang filem tersebut sebelumnya mendedahkan bahawa beliau mengejutkan beberapa orang lokal dengan muncul di bandar dan kota mereka untuk menembak siri dokumentari tersebut.
Ads
Beliau memberitahu ‘Entertainment Tonight’: “Saya selalu di tempat-tempat aneh. Anda akan menemui saya di jalan. Ini berlaku sepanjang masa. Mereka seperti, ‘Apa yang anda lakukan di kampung halaman kami?’
“Saya suka idea hanya bersama orang biasa dan melakukan kraf saya, yang adalah penggambaran, dan kemudian menunjukkan kepada mereka. Dan jadi, saya rasa melalui melakukan itu untuk waktu yang lama, saya menjadi ingin tahu tentangnya,” tambahnya lagi.
Baru-baru ini viral gambar seorang atlet e-sukan professional Mobile Legends, Mohd Faris Zakaria atau lebih mesra di sepa sebagai Soloz mengunjung pusat pameran kenderaan mewah di Bangsar dengan mengenakan selipar sahaja.
Cerita selipar tidak habis di situ, baru-baru ini melalui melalui akaun twitter sorang pelari di kenali sebagai Yimster ada berkongsi kisah yang cukup memberi insiparsi kepada kita semua.
Uncle Wahid, 77 years young attempting UiTM 104km ultra. He may not be fast but does very good brisk walking, loop by loop, hill after hill. Make no mistakes, he is the persistent kind that just refuses to acknowledge the word Die.
“Ini Pakcik Wahid berusia 77 tahun yang mencuba larian UiTM 104KM ultra. Dia mungkin tidak pantas tetapi sangat bagus berjalan pantas di setiap hentian dan juga bukit. Jangan salah anggap, dia seorang yang berdedikasi dan tidak mengenal erti putus asa,” Tulisnya diruangan twitter.
Namun niat pakcik ini terhenti apabila di loop 13 iaitu pada 67km kerana sakit kaki. Tetapi sangat membanggakan di usia sebegini dia boleh berjalan pantas sehingga 67km!
Malangnya pakcik ada sedikit kesakitan kaki di loop 13, iaitu km 67 dan terpaksa berhenti. Tapi jarak tersebut boleh dikira hebat juga.
Malah, ada sorang netizen memberitahu dia tinggal di kampung yang sama dengan Pakcik Wahid dan akui memang dari dulu lagi pakcik ini jogging keliling kampung.
We live in the same Kampong. Yes, dia tiap-tiap pagi jogging keliling kampung. Just imagine, dari I tadika sampai sekarang I dah kerja, still dia jogging pagi-pagi. Another level of persistence!
Sungguh hebat Pakcik Wahid ini, dia langsung tak give up dengan larian! Apapun MASKULIN ucapkan tahniah dekat pakcik dan berharap satu hari nanti pakcik bergaya menghabiskan larian pakcik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di zaman moden ini segalanya agak sukar dan mencabar. Walau susah manapun dugaan yang bakal dihadapi, sebagai manusia, kita tetap akan mengharunginya dengan hati yang tabah serta usaha yang tidak berbelah bahagi.
Jika dahulu kita boleh menyara keluarga dengan hanya satu kerja sahaja dan perbelanjaan tidak sesukar hari ini. Namun, realitinya sudah berubah pada hari ini kerana sudah ramai orang yang sudah mula membuat 2 kerja dalam satu masa semata-mata mahu menyara keluarga.
Hari ini tidak pelik jika kita lihat orang kerja sebagai penghantar surat di siang hari, malam pula mengambil upah hantar makanan. Ini semata-mata mahu menyara anak dan keluarga.
Begitu juga dengan seorang graduan di sebuah universiti yang terkemuka di United Kingdom di mana dia sanggup bekerja sebagai tukang cuci. Dia melakukan sedemikian kerana semata-mata mahu membelikan tiket penerbangan untuk ibu bapanya melihat dia menggenggam segulung ijazah di negara asing.
Ikuti kisah perjalanan hidup Mohd Afiq yang diceritakan oleh rakannya Khairul Aiman Hamdan daripada bergelar seorang pemandu lori serta penternak kambing hinggalah graduan kelas pertama di UK.
“Tak payah bohong, cakap je aku dah tau Kelantan, kuat bau budu”. Satu bilik gelak.
Afiq berseloroh, dia tahu dia ‘kantoi’ dan aku tahu dia bercanda. Jarang sekali aku dengar, orang asal Subang, tapi bahasa Inggeris nya berloghat Kelantan. ?
Dan seperti biasa, aku suka untuk tahu latar belakang serta kisah anak-anak Malaysia yang belajar di luar negara. Semua orang ada kisah sendiri. Tambahan kisah-kisah inilah, yang buatkan hidup ini menarik. Ini mungkin cerita biasa bagi kalian, tapi bagi aku, kisah ini istimewa. Perlu aku kongsikan kisah anak muda ini dengan kalian.
Afiq, budak Kuala Krai dari Kampung Batu Mengkebang adalah legenda hidup yang aku bertuah dapat kenali. Umum, mungkin kerana aku asal bandar, bila dimomok cerita anak kampung berjaya ke menara gading atau berjaya dalam hidup adalah satu cerita klise. Mungkin selama ini aku sendiri tak pernah jumpa, maka penyebab aku tak pandang sebelah mata.
Bila aku teliti, pemegang biasiswa JPA ini punya cerita unik sendiri yang mahu aku tuliskan. Anak pasangan Ismail bin Abas dan Norma binti Abdullah ini merupakan seorang insan biasa, lahir di kampung biasa. Dengan ayahnya punyai kebun kelapa sawit dan kambing sebagai ternakan. Si ibu, suri rumah sepenuh masa dan kadangkala buat kerja sampingan jualan kain di kampung.
“Berapa adik beradik kau?”
‘Dua bang, tapi abang saya kelainan upaya. Kaki dia tak kuat macam kita. Jadi saya seorang yang tolong baba jaga kebun dan kambing”.
‘Saya dari kecik sekolah asrama bang. Sekolah pondok. Dari darjah empat, jauh sekolah saya, baba hantar untuk saya belajar elok. Boleh ubah nasib keluarga”.
‘Masa saya tingkat 1, saya masuk sekolah agama swasta. Baba nak bagi terbaik, dia bayar mahal. Yuran sebulan rm300. Dia kerja keras nak bagi segala yang termampu. Cuma masa saya PMR, saya kena keluar sekolah tu, sebab keputusan saya tak dapat ikut capaian minimum”.
“Berapa kau dapat?”
‘4A 4B 1C, masa tu saya sedih sangat. Tak dapat nak banggakan baba dengan umi. Saya anak harapan tapi tak dapat bagi apa-apa. Baba dengan umi ok je, tapi sayalah yang sedih’
“Habis tu, macamana kau boleh sampai sini (UK)?”.
‘Pulun bang, saya pindah sekolah lain, dapat masuk kelas akaun. Dari situ saya dapat rasa, saya minat nombor. Saya tengok matematik saya suka, kira kira saya suka. Bila peperiksaan percubaan saya dapat 9A, semua orang pandang. Masa tu memang saya tak pandang belakang bang. Saya usaha sehabis baik lagi, alhamdulillah SPM saya dapat 10A1B”.
“B apa?”
‘Bahasa Arab’ aku dengan dia gelak sama-sama. Orang kita, bukan ditanya 10A tu apa, tapi tanya yang B tu dulu.
Dia ada cerita dengan aku, zaman remaja dia memang banyak dibesarkan dengan kerja kebun dan jaga kambing. Asal ada masa cuti sekolah, jarang sekali dia jadi macam remaja lain, bercuti atau ke kelas tambahan. Dia tahu tanggungjawab dia adalah dengan keluarga, susah senang dengan keluarga.
Kalau biasanya, dia akan makan singgang sebagai makanan kegemaran dan lauk ayam bukanlah suatu yang biasa. Bukan kerana tak mampu, tapi dah jadi kebiasaan untuk berjimat, makan biasa atau bukan bermewah. Selalunya cuma nasi lauk sayur dengan ikan kering pun dah cukup lega bagi mereka sekeluarga.
Selepas keputusan SPM yang cemerlang, dia ditawarkan pengajian A level kelolaan Intec di Shah Alam, selesai A level terus ke University of Essex dalam pengajian Akaun dan Kewangan.
“Lepas kau tahu kau terbang kau buat apa?”
‘Ba paling bangga bang, dia tumbang lembu seekor dan kambing seekor. Setakat ni tak ada lagi anak kampung saya terbang gi UK. Senyum sungguh dia. Alang alang dah nazar, saya botakkan kepala’
“Tak bang, tapi dah nazar. Sebab tu masa dekat Intec, saya pakai kopiah. Langsung saya kena panggil budak kopiah. Bila rambut dah panjang, saya free hair ??”.
Aku gelak besar. Ada saja akal budak sekolah agama ni. Ketika belajar di Essex, Afiq bekerja Part time sebagai tukang cuci di Universiti.
“Aku tengok banyak jam kau kerja ni. Dah macam staff sepenuh masa, kenapa?’
” Saya nekad bang, alang alang saya tak balik dua tahun, saya nak umi dengan baba datang masa saya graduation. Bila saya terima ijazah, saya nak umi dengan baba ada ketika itu. Saya harap mereka bangga dengan saya. ”
” Maksud kau dengan kerja banyak jam ni?”
” Yalah, saya nak pulun lah kerja banyak bang. Dapat duit. Umi dengan baba tak pernah naik kapal terbang. Saya nak bayar tiket mereka naik flight datang sini, sebagai hadiah buat mereka yang besarkan saya sampai saya berjaya tamatkan pelajaran bang. Seumur hidup, saya hanya nak bagi hadiah terbaik buat mereka. Bukan setakat senggengam ijazah, tapi pengalaman berharga buat mereka untuk dapat tengok anak sendiri terima ijazah”‘.
Aku terdiam. Hadiah apa yang aku pernah bagi untuk mak ayah aku?
Hari ini, hari paling gembira buat kedua umi baba Afiq. Dari Kuala Krai ke Kuala Lumpur dengan bas, singgah dirumah saudara sebelum terbang buat pertama kali di dalam 54 tahun hidup mereka. Dari KLIA pula transit ke Abu Dhabi, lalu Ke Heathrow, hinggalah ke Colchester. Perjalanan paling panjang dari hidup mereka.
(Oh ya, umi baba afiq tak boleh berbahasa Inggeris. Apatah lagi ini kali pertama mereka ke luar negara. Naik kapal terbang pun tak pernah. Jadi Afiq, tumpangkan umi baba nya terbang bersama ibu rakan Afiq yang turut terbang ke mari untuk majlis graduasi. Risau dia kalau nak lepaskan umi baba terbang sendirian).
Hari ini akhirnya semua jasa umi baba nya terbalas bila dapat tengok anak harapan di atas pentas dengan Ijazah Kelas Pertama. Afiq juga akan mula bekerja di salah satu syarikat perakaunan terbesar di negara (Big Four). Perasaan bangga bukan kepalang. Gugur air mata kedua ibu bapa ini. Moga Afiq terus berpijak di bumi yang nyata dan dapat terus menggembirakan kedua umi dan babanya.
Dari tarik kelapa sawit, jaga kambing, hingga bawak lori, hari ini, anak itu pegang Ijazah paling berharga. Graduan kelas pertama, kursus Perakaunan dan Kewangan, University of Essex. Balasan buat ayah ibu. Aku tumpang bangga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti yang kita tahu, selain berdakwah ustaz Ebit Lew juga sangat terkenal sikapnya yang suka berkongsi segala kerja-kerja murninya seperti memberi bantuan dan sebagainya.
Baru-baru ini, Ebit Lew memberi sedikit sumbangan makanan kepada ‘Frontliner’ membuatkan hati netizen sebak dan terharu dengan insan ini.
Melalui sebuah video berdurasi 2 minit itu menampakkan Ebit Lew pergi ke check point-check point di mana anggota PDRM dan ATM bertugas.
Nampak Ebit Lew bersahaja dengan memakai jubah coklat dan berkopiah sambil memakai topeng dan bersarung tangan saat memberikan bantuan.
Menurut Ebit Lew, dia tidak boleh melakukan semua ini namun dia meminta jasanya itu dibalas dengan doa sahaja. Malah Ebit Lew juga sempat berdakwah dengan memberikan kata-kata semangat kepada anggota petugas.
“Moga Allah mudahkan semua, kebaikan, rahmat. Tak ada tempat lain untuk kamu melainkan syurga. Jadi orang yang beri khidmat kepada masyarakat macam abang ini, Nabi kata walaupun satu malam dijaga sahabat, tempatnya di syurga.
“Inikan pula abang ni hari-hari dari dulu kan? Jadi itulah doakan untuk saya. Terima kasih banyak. Nak buat macam abang tak dapat dah, semoga dipermudahkan semua dan selamat keluarga semua y,” katanya di dalam video yang dikongsikan di Facebook.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.