Kalau Tak Diet, Baik Tak Payah Ambil Fat Burner

Share

BERKESANKAH FAT BURNER?

Ramai yang bertanya, adakah fat burner ini berkesan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan? Tidak perlu bersenam atau sekadar menelan sebiji pil dan keesokannya anda tampil menawan? Wah! Jika begitulah fungsinya pasti ramai yang berpusu dan tidak mahu melepaskan peluang memiliki produk luar biasa ini. Bersama Maskulin kita fahami, apakah itu fat burner dan keberkesanannya.

APA ITU FAT BURNER?

Fat burner adalah produk pembakar lemak jenis thermogenik yang berfungsi meningkatkan kadar metabolisme badan. Mengandungi elemen seperti kefein, guarana, MaHuang, ginseng, tongkat ali, Chromium Picolinate, kola dan banyak lagi bahan tambahan dalam membantu proses pembakaran kalori.

Pembakaran lemak yang berlaku bukanlah membakar lemak semata, sebaliknya ia  meningkatkan pembakaran kalori seharian anda.

CARA PENGAMBILAN

-Harus rancang pemakanan bersama pengambilan fat burner supaya ia lebih berkesan untuk membakar kalori dari pemakanan harian.

-Ambil sebelum melakukan senaman kerana ia lebih efektif.

-Ada juga fat burner yang boleh di ambil sepanjang berpuasa.

-Bagi fat burner yang mempunyai dua dos sehari, makan sekali sebelum bersenam dan sekali lagi pada waktu anda rass lapar.

-Disebabkan kandungan kafein yang tinggi, berhenti mengambil fat burner 5 jam sebelum waktu tidur.

-Dapatkan cukup tidur bagi mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi.

 

MANFAAT PENGAMBILAN FAT BURNER

Makanan tambahan pembakar lemak – Lebih berkesan apabila ia digabungkan bersama diet sihat dan program senaman berterusan.

Mengurangkan selera makan –Membolehkan pengguna meneruskan diet tanpa ada rasa lapar dengan stamina yang tinggi.

Meningkatkan tenaga – Membenarkan anda melalui sesi senaman tanpa rasa letih.

Meningkatkan metabolisme- Tubuh cepat berpeluh dan kadar pembakaran kalori adalah

KESAN SAMPINGAN?

Kesan sampingan pembakaran lemak yang berlaku menyebabkan beberapa kesan sampingan lain kepada pengguna. Selain denyutan jantung bergerak pantas, ada beberapa lagi kesan yang perlu anda ambil peduli.

  1. Resah
  2. Bimbang
  3. Gementar
  4. Insomnia
  5. Cepat marah
  6. Stres
  7. Tidak tenang

 

 

JENIS-JENIS FAT BURNER

  • Thermogenic –Paling biasa digunakan.
  • Stimulant – Tanpa menggunakan perangsang seperti kafein / guarana.
  • Penghalang karbohidrat- Menghalang karbohidrat daripada dihadam.
  • Penghalang Lemak – Blok lemak daripada dihadam
  • Pengawal Tiroid – Mengawal badan dari sel-sel lemak.
  • Appetite Suppressants – Mengawal selera makan.
  • Kortisol Blockers
  • Fat Loss Gel /Cream – Bertindak pada sel-sel lemak di bawah kulit.

Tidak perlu jika 

Elak penggunaan pembakar lemak sekiranya anda tidak pandai menjaga diet keseluruhan, tidak bersenam, mempunyai hipertension, masalah jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain.

Boleh cuba

Sekiranya anda sudah tahu mengawal diet, aktif bersenam dan tidak mempunyai masalah jantung atau penyakit kardiovaskular.

+Jangan terlalu bergantung kepada mana-mana suplement untuk mengawal berat badan dan jangan gunakan pembakar lemak untuk jangka masa panjang.

 

Published by
Kim Rahim