Kalau Tak Cukup Tidur, Badan Mudah Mengembang, Jadi Elakkan 6 Jenis Makanan Ini

Share

Jangan tak tahu, makanan juga boleh pengaruhi kualiti tidur kita. Jika anda tak cukup tidur maka mudah untuk badan mengembang. Masa yang sama kalau tak cukup tidur, emosi anda juga akan terganggu.

Selain itu, mengambil makanan yang salah sebelum tidur boleh menyebabkan waktu rehat anda terganggu sekali gus ia menyukarkan anda untuk tidur dengan lena.

Lebih-lebih lagi jika anda mengambil makanan yang mengandungi kalori atau zat-zat yang tidak diperlukan oleh badan anda.

Sehubungan itu, MASKULIN sudah kenal pasti apakah jenis makanan yang perlu dielakkan daripada diambil pada waktu malam :

BACA: Ini Adalah 15 Jenis Makanan Yang Sesuai Ketika Diet, Makan Banyak Pun Tak Gemuk!

1. Makanan manis

Makanan manis seperti coklat atau aiskrim boleh meningkatkan kandungan gula dalam badan dan ia menyebabkan tenaga anda meningkat secara mendadak. Jika lapar juga, ambil makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan yang kaya dengan serat.

2. Karbohidrat

Anda perlu tahu bahawa tahap metabolisme anda akan berkurang sewaktu anda tidur. Sehubungan itu, pengambilan makanan karbohidrat hanya akan ia disimpan sebagai lemak.

3. Makanan berminyak

Elakkan makanan yang bergoreng atau berminyak kerana makanan tersebut akan mengambil masa yang lama untuk dihadam dan seterusnya akan menyebabkan tahap metabolisme anda berkurang. Apabila tahap metabolisme menurun, badan anda akan menjadi sukar untuk membakar kalori.

4. Makanan pedas

Rempah ratus seperti lada hitam mungkin terkenal sebagai penawar untuk merawat penyakit secara semulajadi tetapi untuk dijadikan hidangan sebelum tidur amatlah tidak digalakkan. Kajian menunjukkan mereka yang makan makanan pedas pada waktu malam akan menyebabkan suhu badan meningkat.

5. Protein yang banyak

Sesetengah protein perlu dimakan sebelum waktu tidur untuk membantu anda membina otot tanpa lemak (lean muscle) tetapi jika ia diambil secara berlebihan akan mengganggu sistem penghadaman anda kerana ia menggunakan banyak tenaga ketika proses penghadaman.

BACA: Tomato Sangat Sedap & Menyihatkan, Kalau Nak Tahu, Ini Makanan Rahsia Orang Sihat

6. Jus

Jus buah-buahan seperti jus oren dan jus limau tidak digalakkan untuk diminum sebelum waktu tidur anda. Ini kerana buah-buahan tersebut mengandungi asid yang akan menyebakan anda mengalami pedih ulu hati. Selain itu, jus buah-buahan yang kaya dengan gula semulajadi akan menyebabkan tahap gula anda meningkat.

Published by
arif.karim