Ramai orang memilih diet sebagai mekanisme untuk turunkan berat badan. Ini kerana ramai berpendapat bahawa dengan berdiet ia merupakan cara paling efisyen untuk turunkan berat badan.
Tapi sebenarnya bergantung kepada diet semata pun tak boleh juga. Anda tak akan dapat hasil seperti yang diharapkan. Pernah tak rasa pelik bila anda sudah berdiet tapi berat tak turun dengan banyak.
Mesti ada yang tak kena bukan?
Memerangi lemak yang bermaharajalela di badan terutamanya di perut bukannya perjuangan yang mudah. Oleh itu anda harus sentiasa mempunyai dedikasi serta disiplin tinggi.
Tapi jika anda tak ubah gaya hidup ia tak akan berhasil. Apakah tabiat buruk yang merencatkan usaha diet anda. Cuba check ada tak lakukan 6 perkara di bawah?
Makanan berlemak yang terkumpul akan menjadi lemak degil. Garam boleh akibatkan hipertensi dan cecair terkumpul dalam badan. Sebab itulah antara faktor yang buatkan berat badan anda susah nak turun.
Hormon kortisol yang keluar ketika stres akan merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisme dan buatkan lemak terkumpul pada perut. Jauhi diri anda dari tekanan.
Kajian mendapati, kurang tidur meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang. Kajian juga membuktikan, tidur kurang dari 4 jam sehari akan menyebabkan obesiti.
BACA: Wanita Ini Kongsi Waktu Makan Yang Betul Untuk Nak Diet & Maintain Kurus!
Makan sambil menonton TV dan sambil menaip di komputer buatkan anda tidak menikmati makanan dengan baik. Akhirnya, ia buatkan anda rasa lapar lagi walaupun anda dah makan.
Bagi anda yang kerja pejabat mungkin pergeraka itu agak minimal sepanjang hari. Tapi janganlah abaikan pergerakan badan. Sambil bekerja anda boleh lakukan senaman ringan seperti regangan kaki dan tangan. Ambil masa selama lima minit setiap satu jam. Ia mampu membakar kalori daripada duduk diam je tak buat apa.
Yogurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuh. Kalsium daripada susu mampu membakar lebihan lemak pada tubuh.