Jujur MASKULIN katakan. Jika anda semua tahu betapa hebatnya senaman planking ini, gerenti nak lakukannya setiap hari!
Jadi apa tunggu lagi, ikuti perkongsian MASKULIN di bawah ini ya. Sememangnya sudah terlalu acap MASKULIN perkatakan tentang senaman planking. Namun kalau ia merupakan senaman hebat, bercakap seribu kali tentang perkara ini pun MASKULIN sanggup!
Walaupun senaman ini kelihatan sangat ringkas namun ketahuilah keberkesanan luar biasa yang anda akan perolehi jika melakukannya.
Nescaya kalau anda tahu akan kelebihan ini rasa macam nak buat setiap hari!
Berani MASKULIN katakan bahawa plank adalah antara senaman yang PALING EFEKTIF wajib anda lakukan setiap hari. Mengapa? Kerana ia merupakan senaman ‘murah’ dan mampu memberikan hasil luar biasa kepada anda dalam jangka masa yang pendek.
TENAGA TERAS
Sebelum melakukan senaman plank anda terlebih dahulu perlu tahu tentang perlunya untuik kita melatih tenaga teras atau core strength.Ia sebenarnya berkait rapat dengan otot teras anda yang terletak di bahagian tengah badan.
Ads
Dan ia merupakan otot yang sering digunakan oleh kita dalam semua pergerakan. Ia juga merupakan otot yang menyambungkan kesemua tangan dan kaki, jadi ia mempunyai fungsi yang sangat penting.
Jika anda melakukan plank setiap hari, ini 7 perkara hebat yang akan berlaku!
1. Meningkatkan Kekuatan Teras Badan
Plank merupakan senaman ideal untuk anda memperkuatkan otot abdomen dan ia sekali gus menstabilkan kekuatan teras badan. Antara otot yang diperkuatkan di bahagian abdomen ialah tranverse abdominus, rectus abdominus, external oblique muscles dan glutes.
2. Merendahkan Risiko Kecederaan Belakang
Senaman plank juga mampu menguatkan otot di bahagian belakang. Ia menguatkan otot badan sekali gus bahagian tulang belakang dan pinggul juga boleh dilindungi daripada kecederaan luar. Menurut American Council on Exercise, melakukan plank setiap hari bukan sahaja boleh mengurangkan sakit belakang malah ia memberikan sokongan kuat kepada bahagian tersebut.
Ramai orang yang mengambil remeh akan postur badan. Tahukah anda postur badan ketika anda berditri merupakabn salah satu first impression kepada orang lain. Selain itu, kedudukan postur yang betul juga boleh memastikan tulang dan sendi anda lebih sihat. Ia juga mengurankan tekanan yang tak elok kepada badan anda.
4. Meningkatkan Metabolisme
Ads
Jika anda melakukan plank setiap hari pastinya merasa perubahan dalam masa singkat. Otot yang anda bina dengan melakukan plank memastikan segala kalori yang anda makan dapat dibakar dengan sempurna. Melakukan plank kira-kira 2 ke 10 minit sehari mampu meningkatkan kadar metabolisme anda!
5. Keseimbangan Lebih Sempurna
Pernahkah anda cuba berdirui dengan sebelah kaki? Jika anda tak dapat lakukannya lebih daripada 10 saat itu bermakna keseimbangan badan anda lemah. Jadi bagaimana untuk meningkatkan keseimbangan badan? Lakukan sahaja plank setiap hari. Ia akan melatih otot abdomen untuk memberi sokongan keseimbangan semasa anda berdiri.
6. Lebih Fleksibel
Selain memberi kekuatan otot abdomen dan badan, plank juga meningkatkan kemampuan fleksibiliti badan anda. Antara bahagian badan anda yang akan menjadi lebih felsksibel ialah bahu, tulang kipasdan tulang selangka. Manakala aktviti regangan semasa plank boleh meningkatkan flesibiliti bahagian kaki, peha dan juga badan.
7. Kesihatan Mental
Plan juga memberikan kesan secara tak langsung kepada sistem saraf. Dengan kesihatan sistem saraf yang baik, ia boleh meningkatkan kesihatan mental dan melegakan sebarang tekanan sama ada fizikal dan mental. Senaman plank juga mempunyai elemen ‘bertafakur’ yang boleh menenangkan fikiran anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahun baru pasti ramai berlumba-lumba mahu turunkan berat badan, al-maklumlah azam baru. Tapi hati-hati ya, jangan sampai terlebih bersenam.
Sesi bersenam untuk orang dewasa sebenarnya adalah 30 minit sahaja sehari dan sebaiknya bersenamlah dengan intensi sederhana.
Ini dia kemudaratan dan kesan-kesan jika anda terlebih bersenam.
1. Prestasi Menurun
Mengurangkan ketangkasan, kekuatan dan daya tahan seperti masa reaksi yang lebih perlahan dan mengurangkan kelajuan berjalan adalah semua tanda-tanda umum yang terlebih latihan.
2. Hilang Selera Makan
Ketidakseimbangan hormon juga boleh membuatkan anda rasa lapar. Tetapi dengan keletihan fisiologi OTS boleh menyebabkan anda hilang selera makan.
3. Kecederaan Kronik atau Bengkak
Penggunaan otot dan sendi yang terlalu banyak boleh menyebabkan sakit berterusan atau sakit sendi. Sakit yang tidak surut dalam tempoh dua minggu atau lebih, harus dianggap sebagai kecederaan yang ketara.
4. Mudah Letih
Perbelanjaan tenaga kronik dan negatif membawa kepada sesuatu yang dipanggil “ketersediaan tenaga yang rendah” yang membawa maksud bahawa tubuh secara konsisten menarik daripada bekalan tenaga sendiri (karbohidrat, protein dan lemak). Jadi, ia boleh menyebabkan anda mudah merasa letih yang berlebihan.
5. Kemurungan
Ya memang benar, dengan mengamalkan teknik senaman yang betul dapat menurunkan kadar kemurungan. Tetapi jika ia dibuat secara berlebihan, ia akan bertukar menjadi faktor dan penyebab untuk kemurungan.
Ini kerana, ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan perubahan mood, kerengsaan yang luar biasa dan ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cuba kira dalam sehari berapa jam anda habiskan masa untuk pergi dan balik ke tempat kerja serta jumlah masa dihabiskan untuk bekerja.
Dalam zaman moden kini sudah jadi perkara biasa seseorang turun pada awal pagi pada waktu subuh dan pulang bila matahari sudah pun terbenam.
Jadi purata sehari anda habiskan kira-kira hingga 12 jam sehari untuk tunaikan tanggungjawab sebagai pekerja.
Tahukah anda ini merupakan satu rutin yang boleh menyebabkan anda alami burnout dalam jangka masa tertentu?
Tapi apakah itu burnout? Ia sebenarnya satu istilah yang digunakan untuk menggembarkan keadaan seseorang yang alami kepenatan melampau dari segi mental dan fizikal.
Dan burnout ini jika dibiarkan lama boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, masalah tekanan jiwa, kemurungan dan juga boleh pengsan akibat kepenatan melampau. Tapi bagaimanakah untuk kenal pasti sama ada anda sudah alami burnout atau tidak?
Jika salah satu daripada 9 gejala di bawah ini berlaku pada anda maka sah anda sedang alami burnout!
TAK SERONOK
Mula rasa tak seronok untuk datang kerja. Bangun sahaja pagi anda rasa cukup malas dan terbeban dengan tugasan kerja. Motivasi anda boleh dikatakan berada pada tahap paling rendah.
PENAT
Bila anda sudah alami burnout badan anda akan mudah jadi penat. Bukan itu sahaja mental anda juga berasa sangat berat dan terbeban dengan rasa kurang seronok.
MASALAH TIDUR
Selain itu anda juga berdepan dengan masalah untuk tidur. Setiap hari anda akan alami kesukaran untuk melelapkan mata. Jadi tidak hairanlah jika anda pukul 1 atau 2 pagi baru boleh lelapkan mata. Kemduian jam 6 pagi sudah kena bangun awal untuk pergi kerja pula.
TIADA MOTIVASI
Bila badan dan mental sudah burnout anda secara langsung tidak mempunyai motivsi untuk bekerja. Malah segala apa yang berlaku di pejabat sudah tidak anda hiraukan. Apa yang ada dalam minda anda ialah untuk segera pulang dan keluar dari pejabat.
BUAT-BUAT SIBUK
Salah satu sindrom burnout ialah anda akan cuba menyibukkan diri dengan pelbagai hal. Sedangkan ia bukanlah perkara penting pun. Perkara ini berlaku kerana minda anda cuba untuk lari daripada realiti bahawa anda sebenarnya kepenatan.
KUALITI KERJA MENURUN
Motivasi yang hilang akan secara tak langsung menurunka prestasi kerja anda. Dan bila ini berlaku ia boleh menjejaskan mutu pekerjaan serta boleh mengkibatkan anda kehilangan kerja!
SELALU MC
Perkara ini banyak berlaku di negara kita. Disebabkan anda burnout maka tumpuan anda berlaih kepada perkara yang tidak penting. Jadi perhatian anda terlaih kepada perkara luar pejabat. Lalu jumlah cuti mengejut dan cuti sakit (MC) akan meningkat dengan segera.
MUDAH NAIK ANGIN
Petanda paling jelas bahawa anda sebenarnya perlu cuti dan lari ketika daripada pelbagai tabggungjawab di pejabat. Jika dbiarkan masalah panas baran ini bukan sahaja boleh mengeruhkan hubungan anda dalam keluarga malah di pejabat juga.
SAKIT BADAN DAN SENDI
Perkara ini berlaku kerana fizikal anda berdepan dengan kepenatan yang melampau. Cuma dalam hal ini akan menyebabkan badan anda menerim kesannya. Sakit sendi dan lenguh badan merupakan antara kesan yang sering berlaku bila seseorang alami burnout.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda nak kecilkan perut dan buang lemak tapi tiada masa nak gym? Jangan bimbang, alat olahraga ini boleh membantu impian anda untuk kecilkan perut dan buang lemak tercapai.
Malah alat olahraga ini juga boleh anda gunakan dengan selesa di rumah. Oleh itu pastikan anda miliki 6 alat olahaga yang sangat efektif ini untuk kecilkan perut anda.
1. Tummy trimmer
Tummy trimmer adalah alat olahraga yang berfungsi sebagai alat bantu sit up. Tummy trimmer bertujuan untuk melatih otot-otot perut anda, mulai dari otot perut atas, tengah dan otot perut bahagian bawah.
2. Ab wheel rollout
Ab wheel rollout merupakan salah satu alat olahraga yang sangat baik untuk mengecilkan, sekaligus membentuk otot perut anda. Ab wheel roller lebih cepat membentuk otot perut anda berbanding anda melakukan sit up kerana ab wheel rollout jauh lebih fokus untuk melatih core muscle anda.
3. Static bike
Anda juga mampu untuk memiliki static bike sendiri di rumah. Selain menguatkan kaki, static bike juga berfungsi untuk membakar lemak di perut kerana static bike sesuai untuk latihan kardio. Gunakan static bike dengan intensiti yang sederhana hingga tinggi untuk anda dapatkan hasil yang terbaik.
4. Sit up bench
Sit up bench juga antara alat olahraga di rumah yang boleh anda gunakan untuk membentuk otot perut. Pada umumnya sit up bench sama seperti sit up. Namun dengan adanya alatan ini akan lebih memudahkan anda untuk lakukan senaman sit up.
5. Skipping
Skipping atau lompat tali merupakan olahraga yang bersifat kardio dan sangat bagus untuk mengecilkan perut. Dengan melakukan latihan skipping secara rutin, timbunan lemak di perut anda dapat dikurangkan. Lakukan latihan skipping ini secara rutin selama 15-30 minit setiap hari dan lihatlah hasilnya.
6. Treadmill
Treadmill merupakan alat olahraga yang membolehkan anda berlari setempat dengan tempo kecepatan yang mampu anda sesuaikan dengan keinginan anda. Disebabkan itulah ia menjadi pilihan para gym untuk berlatih kardio dan membuang lemak.