Lelaki dan seluar jean adalah dua elemen yang tidak dapat dipisahkan terutamanya pada zaman moden masa kini. Seluar jean kini menjadi item yang wajib ada dalam setiap almari lelaki. Selain bersifat versatil ia juga sangat tahan lasak, rugged dan sesuai digayakan dengan apa jenis baju atau pakaian lain.
Namun pernahkah anda tertanya-tanya mengapa sesetengah orang nampak sangat segak bila mengenakan jeans tetapi anda pula tidak begitu. Salah satu sebab utama mengapa ia berlaku adalah mungkin anda sendiri memilih jenis cutting yang tidak sesuai dengan bentuk badan.
Jadi bila anda pakai jeans yang tidak kena dengan bentuk badan penampilan akan jadi janggal dan nampak tidak kemas. Berikut MASKULIN kongsikan 5 jenis potongan atau cutting seluar jeans yang sesuai mengikut penggayaan serta bentuk badan anda.
SKINNY JEANS
Potongannya agak ketat dari bahagian paha dan lutut hingga sedikit mengecil di bahagian buku lali. Penggayaan seluar jeans dari jenis ini boleh memberikan ilusi kaki yang tirus.
Ia sesuai digayakan oleh lelaki yang menginginkan fesyen moden, malah nampak stylish jika dipadukan dengan t-shirt. Ia sesuai digayakan bagi lelaki yang langsing, kurus dan tidak mempunyai kaki yang besar. Bagi anda yang bersaiz besar, jangan sesekali cuba untuk menggayakan jeans jenis ini kerana ia tidak sesuai dengan tubuh anda.
SLIM FIT JEANS
Jeans jenis ini tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Ia lurus dari bahagian pinggul sehinggalah ke kaki.
Ads
Potongannya seakan-akan potongan skinny jeans namun tidak menunjukkan bentuk kaki yang terlalu ketat. Potongan jeans jenis slim fit ini sesuai dipadankan dengan kemeja untuk gaya ‘smart’.
STRAIGHT CUT JEANS
Jenis jeans ini mempunyai potongan yang lurus dari bahagian aras pinggang hingga ke hujung kaki. Potongan ini sangat bersesuaian untuk lelaki yang inginkan gaya ringkas namun masih nampak bergaya.
Ia sesuai dipakai oleh hampir semua lelaki tanpa mengira jenis kaki dan saiz tubuh si pemakai, selain memudahkan pergerakan. Jeans dengan potongan straight cut ini sesuai dipadankan dengan baju fit berlengan tiga suku atau pun baju berlengan panjang.
BOOTCUT JEANS
Ia merupakan potongan seluar yang memiliki potongan yang rata dan sedikit lebar dari bahagian betis hingga ke buku lali.
Ads
Potongan yang sedikit lebar ini akan menampakkan anda lebih kurus dan tinggi. Ia sesuai digayakan oleh semua bentuk badan. Anda akan nampak lebih segak jika menggayakan potongan jeans ini bersama boots.
RELAXED CUT
Potongan jeans ini tidak mencengkam paha dan betis kerana ia longgar dari bahagian pinggang hingga ke bahagian kaki.
Potongan jeans ini juga sesuai digayakan oleh mereka yang berbadan gempal kerana potongan jeans ini menyediakan banyak ruang di bahagian paha, kaki dan punggung. Lelaki kurus harus elak menggayakan seluar jeans jenis ini kerana ia akan menampakkan kaki kurus anda kelihatan gemuk.
Selain memilih potongan, anda juga perlu mempertimbangkan dua perkara penting ini ketika ingin membeli jeans. Dua perkara penting itu ialah:
Ads
1. Jenis pinggang seluar jeans
Ukuran yang diambil dari kelangkang ke bahagian atas pinggang. Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu high rise, medium/mid rise dan low rise
a. High rise – Seluar jenis ini bagus untuk lelaki yang lebih besar. Elak tuck in kemeja anda dengan seluar jenis ini kerana ia akan tampak lebih buruk. Ini kerana jeans jenis ini mempunyai keluasan seluar sehingga atas pusat.
b. Medium or mid rise – Seluar jenis ini sangat bagus untuk lelaki yang lebih suka memasukkan baju ke dalam seluar.
c. Low rise – Seluar jenis ini biasanya lebih gemar dipakai oleh mereka yang ingin bersantai ataupun bercuti. Biasanya ia mempunyai butang di bawah perut.
2. Saiz seluar
Ukuran jeans merujuk kepada dua ukuran. Contoh saiz: 27 × 34 (27 merujuk kepada saiz pinggang, manakala 34 merujuk kepada panjang iaitu pengukuran dari kelangkang ke pergelangan kaki).
Semoga tip fesyen di atas mampu membantu anda tampil dengan gaya lebih kacak, segak dan mantap. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk menonton seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tekanan telah bertapak di dalam kehidupan seseorang menjadi suatu perkara yang tidak asing dalam dunia serba modern ini. Walaupun bulan kesedaran stress telah melabuhkan tirainya pada April lalu, namun tekanan ini sentiasa hadir awalaupun bukan pada bulan April. Disini, kami akan memberi sedikit info untuka anda kendalikan stress anda.
Dengan semua aplikasi dan alat untuk memulihkan tekanan, ramai yang beranggapan kaedah lama sudah tidak berkesan lagi. Hakikatnya, kaedah lama dan paling mudah tidak menggunakan perbelanjaan yang banyak seperti minyak juga masih berfungsi unutk meningkatkan kesejahteraan anda. Kini dengan banyak produk mesra kulit yang sedia ada digabungkan dengan minyak pati, lebih mudah untuk merangsang mood bercirikan minyak pati ke dalam rutin harian anda. Kami memilih minyak terbaik untuk anda merawat tekanan dengan perasaan anda.
Minyak Rose Geranium
Minyak wangi ini mempunyai kesan untuk mengawal saraf gemuruh, bau yang positif dan menaikkan serta-merta menenangkan minda dan mengembalikan keseimbangan emosi. Produk Green People’s dipenuhi dengan minyak pati, termasuk Vita Min Fix 24 Hour Cream, yang akan membantu anda menenangkan diri ketika berhadapan dengan tekanan. Dan sebelum tidur cuba AD Skin Synergy Geranium Rose Duo Perawatan Malam Berkhasiat, minyak malam aromatik yang dibuat daripada gabungan geranium rose dan minyak organik yang dingin direka untuk mencipta suasana yang santai dan wangi sambil menghidratkan kulit anda. Letakkan dua hingga tiga titiss ke atas telapak tangan anda, dan urut perlahan-lahan di muka dan leher anda setiap petang.
Minyak lavender
Minyak dari tumbuhan berwarna ini mempunyai kesan yang sangat menenangkan, menjadikannya sesuai untuk ketegangan saraf dan mereka yang menderita insomnia. Aroma santai akan memberi anda kelegaan jika anda merasa sukar untuk bertenang dan bersantai. Letakkan botol Krim Tangan di meja anda, yang membolehkan anda menggunakannya sekerap mungkin sepanjang hari. Sapukan di telapak tangan dan kulit andai, dan kemudian sedut aroma yang menenangkan apabila anda memerlukan momen ketenangan.
Minyak Daun Rosemary
Dikenali secara meluas sebagai perangsang mental dan penawar kepada minor kemurungan , minyak Rosemary juga dikatakan membantu ingatan dan kepekaan, sehingga merupakan cara terbaik untuk memulakan hari itu. Urut kepala anda dari atas ke bawah denga campuran minyak daun Rosemary, minyak alpukat dan minyak biji Safflower, untuk keadaan, menyuburkan dan menghidupkan semula rambut dan kulit kepala, untuk rambut lembut dan lembap, berkilat, rambut.
Minyak mandarin
Seakan-akan jeruk ini membantu mengurangkan kesan negatif tekanan harian, menggalakkan tidur lena, tenang, dan menyokong perasaan kepuasan dan kesejahteraan, sementara menanamkan ketenangan.
Minyak Ylang Ylang
Minyak pati sensual ini mempunyai sejarah yang panjang menjadi pemangkin suasana yang sangat berkesan dan menenangkan minda. Manjakan kulit anda dengan Ylang Ylang yang boleh mengembalikan rawatan wajah untuk mengurangkan tekanan dan mewujudkan perasaan damai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ulang tahun perkahwinan merupakan tarikh kedua terpenting selain daripada harijadi pasangan anda. Bagi lelaki mungkin sukar untuk mengingat tarikh keramat ini, tapi wanita, seperti telah disimpan di dalam peti fikiran mereka selama-lamanya. Mungkin anda boleh tag isteri anda untuk melihat senarai barangan yang boleh dibeli sebagai hadiah anniversary perkahwinan.
Jam tangan
Terdapat pelbagai jenis jam tangan dan jenama lelaki buat anda untuk memilih. Perhatikan gerak gaya suami anda, jika suami anda seorang yang lasak dan kaki gym, memilih jam tangan yang mempunyai tali yang berkualiti tinggi dan boleh digunakan di dalam air menjadi pilihan. Jika suami anda seorang yang elegen dan suka dengan gaya urban, pilihlah tali yang nipis dan minimalis dalam hiasan pada permukaan jam tersebut.
Mungkin anda merasakan bahawa seluar jeans bukan hadiah paling sesuai untuk suami anda, namun hakikatnya, seluar merupakan perkara paling penting dalam kehidupan lelaki. Kebanyakkan lelaki tidak mahu menyatakan hasratnya untuk memiliki jeans kerana berasa seluar yang lama masih molek untuk dipakai. Namun, jika anda seorang isteri mengenali suami dengan baik, jeans atau apa jua jenis denim sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buatnya. Lelaki lebih gemar mengenakan denim berbanding pakaian lain, kerana ia senang dipakai dan tidak perlu gosok! Mudah untuk anda juga para isteri!
Kebanyakkan artikel kami berkaitan dengan wangian serig mendapat perhatian lelaki Maskulin. Lelaki gemar mengenakan wangian yang mahal dan tahan lama. Kadang-kala, lelaki akan menghabiskan duit pada wangian lebih dari makanan kerana lelaki hari ini lebih gemar menjaga penampilan diri. Dalam pada masa yang sama, lelaki sering berhadapan dengan bau yang sangat tidak menyenangkan tambahan apabila mereka sedang bekerja. Jadi, hadiahkan wangian mungkin boleh menggembirakan hati mereka.
Mungkin ada di antara suami anda yang gemar mengambil gambar tak kira apa jua jenis keadaan. Hadiah seperti ini dapat membantu menaikkan semangat mereka dalam menghasilkan rakaman hobi mereka. Tapi, cuba anda bayangkan anda belik kamera digital kepada mereka, anda juga beruntung, anda akan sentiasa menjadi model dalam gambar mereka. OOTD anda cantik, boleh muat naik di laman sosial media anda kan!
Tablet / Play Station Game
Ini mungkin menjadi idaman semua lelaki di luar sana. Kebanyakkan isteri tidak membenarkan suami menghabiskan masa dengan permainan ini kerana ia tidak mendatangkan faedah. Ketahuilah wahai isteri, permainan seperti ini lebih baik daripada mereka curang. Sekurang-kurangnya mereka curangi anda ke atas barang dan bukan perempuan lain. Hadiah seperti ini menjadikan anda Wife of the year! Namun, jika anda terlintas untuk hadiahkan ini kepada suami, buat rules agar mereka tidak asyik bermain! Good Luck!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda ke tempat baru dan rasa terasing dari orang di sekeliling anda? Kebanyakkan orang mengalami kesukaran untuk berhubung dengan orang lain kerana mereka awkward dengan suasana baru. Sudahlah kita tak kenal dengan orang di sekeliling, tambahan pula kita sejenis pemalu. Pasti lebih sukar. Ini beberapa tips untuk anda yang masih tidak boleh bergaul dengan orang di sekeliling anda.
Kongsi makanan
Langkah ini sebenarnya tidak terlalu sukar untuk dilakulan. Belilah apa jua jenis jajan untuk anda kongsikan dengan orang di sekeliling anda. Sebagai contoh Pringles, jika anda rajin, anda boleh ke setiap meja dan sua kepada mereka. Jika anda segan, kongsikan saja dengan orang disebelah anda. Dari situ anda boleh mulakan perbualan ringan. Sedikit sebanyak, anda telah berkomunikasi dengan salah seorang pekerja dalam pejabat anda tu.
Topik menarik
Dah bagi keropok tu, nak cakap apa eh? Topik menarik sebenarnya membantu untuk anda berbual panjang dengan seseorang yang anda baru kenal. Soalan seperti “asal mana?” boleh membuatkan topik anda kedengaran bosan! Kenapa? Kerana jika anda berinteraksi dengan orang yang petah berkata-kata tu tak apa lah, namun jika anda berinteraksi dengan seorang yang Introvert? Pasti jawapannya “Pahang” lepas tu? Nak tanya apa lagi? Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, cuba anda ubah soalan anda kepada “muka macam orang Kelantan, orang kelantan ke?” soalan begini akan membuatkan orang tersebut berfikir ‘dari mana datangnya wajah Kelantan? Dan mereka mula bertanyakan kembali kepada anda soalan. Dari situ, anda berdua dalam zon selamat untuk berbual.
Soalan ke Game
Nak main game dengan orang yang baru anda kenal? Jangan terkejut dengan tip kali ini. Jadikan perbualan anda menarik dengan berteka-teki dengan orang tersebut. sebagai contoh:
Amir: Hujung minggu selalunya kau buat apa? Jap, biar aku teka. Kau suka main bola kan?
Soalan-soalan begini akan membuatkan pihak lagi satu berasa seronok untuk teruskan perbualan. Dalam pada masa yang sama, mereka akan memberikan hint kepada anda. Mereka juga boleh berteka-teki dengan anda. Dengan cara ini memudahkan anda mengenali seseorang tanpa perlu korek rahsia mereka satu per satu. Natural kan?
Minta pendapat
Sebagai permulaan, jangan pilih topik yang berat. Topik yang ringan seperti soalan mengenai merah atau biru untuk kasut baru yang anda lihat di laman Instagram boleh membantu untuk anda berbual dengan panjang bersama seseorang. Anda boleh kenali personaliti dan keluarga mereka dari pendapat yang anda minta. Secara automatik mereka akan membuka sejarah diri mereka atau keluarga mereka. Sebagai contoh,
“oh, kakak ipar aku ada kasut color macam ni.” atau
“aku ada kawan jual kasut ni murah. Kau nak beli tak?”
Hey, nak networking sebenarnya tak susah pun. Anda cuma perlu tahu caranya saja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.