Gaya Hidup

Kalau Ramai Tahu Rahsia Buah Durian, Mesti Yang Tak Suka Pun Terus Jadi Minat!

Share

Bertuah rakyat Malaysia kerana di negara ini serta beberapa kawasan dalam konteks Asia ini, kita memiliki sejenis pokok yang menghasilkan buah durian.

Buah durian digelar raja buah kerana memiliki warna kuning serta duri yang tajam sekali gus diibaratkan sebagai mahkota.

Dalam enak menikmati bau harumnya, tahukah anda bahawa durian ini mempunyai sulfur dan ia bagus untuk tubuh manusia?

Sulfur bakar lemak

Sulfur ini sifatnya panas dan sebab itulah sesiapa yang makan durian, badannya secara automatik akan menjadi panas.

Ditambah pula negara Malaysia beriklim khatulistiwa, lagilah ia memikat aroma dan menambah suasana yang cukup menyeronokkan.

Makan sampai berpeluh-peluh

Kalau ada yang makan durian sampai berpeluh-peluh, ketahuilah bahawa sulfur semulajadi yang terkandung dalam durian tersebut sedang aktif.

Ia bukan sahaja meningkatkan haba dalam tubuh malah membakar lemak degil yang ada dalam badan seterusnya membantu untuk kita jadi semakin kurus.

Jangan sampai jadi lain

Namun begitu, berpada-padalah ketika menikmati enaknya durian ini kerana kalau makan terlalu banyak, ia boleh terkumpul menjadi angin.

Akhirnya angin akan mencucuk-cucuk dalam tidur sehingga anda rasa tidak selesa dan yang paling dielakkan, janganlah sampai jatuh demam akibat makan durian.

Published by
Akyem Samad