Tahap kolesterol jahat tinggi memang berbahaya kerana ia boleh menyumbatkan saluran darah dan menyebabkan serangan jantung. Jadi jangan pandang mudah dengan tahap kolesterol jahat tinggi.
Pastikan anda mengawal tahap kolesterol jahat agar sentiasa berada dalam keadaan terkawal. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam perkongsiannya di laman Facebook, tahap kolesterol jahat yang tinggi juga boleh memberi kesan pada otot tubuh badan.
Sekiranya anda alami rasa sakit, lenguh atau kejang pada otot badan, lakukan pemeriksaan segera. Kalau bukan disebabkan masalah lain, barangkali kesakitan yang anda alami ada kaitan dengan tahap kolesterol jahat anda yang tinggi.
Jadi berhati-hatilah.
BACA: Air Limau Kasturi Selain Turunkan Tekanan Darah & Kikis Kolesterol, Elok Amalkan Untuk Awet Muda!
Masalah tahap “kolesterol jahat” yang tinggi memang mempunyai kaitan dengan masalah saluran darah yang tersumbat dan sehingga menyebabkan serangan sakit jantung. Namun pakar perubatan bersetuju bahawa masalah ini juga memberikan kesan buruk pada bahagian tubuh lain.
Dalam satu kajian yang dilakukan mengaitkan tahap kolesterol jahat yang tinggi berkait rapat dengan rasa sakit dan kecederaan pada otot-otot besar pada tubuh. Kajian ini dilakukan pada tahun 2015 oleh dua buah institusi, University of Canberra dan Monash University. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal “Sport Medicine”.
BACA: Amalkan Minum Air Barli Lemon Setiap Hari Untuk Turunkan Kolesterol & Berat Badan!
Bahkan, risiko untuk mengalami kecederaan otot di bahu dan otot di kaki lebih mudah berlaku jika tahap kolesterol jahat mereka tinggi.
Para saintis memberikan pendapat bahawa tahap “kolesterol jahat” yang tinggi selalu akan mengundang berlakunya keradangan, yang kemudiannya berpotensi mengubah struktur otot dan akhirnya menyebabkan otot tidak berfungsi dengan baik dan mudah mengalami rasa sakit.
Rasa sakit ini mungkin menandakan penyumbatan saluran darah di otot kaki yang menyebabkan mudah rasa sakit dan kejang walaupun kita tidak melakukan akitiviti fizikal yang berat.
Jadi bila rasa sakit, kejang atau lenguh pada kaki walaupun berjalan dalam jarak yang dekat atau berdiri dalam jangka masa yang pendek, elok buat pemeriksaan tahap “kolesterol jahat” dalam tubuh.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi