Di antara alat bantuan senaman yang sangat popular ialah ab wheel dan juga dumbbell. Kedua-dua alat bantuan senaman ini boleh memberikan impak cukup tinggi dalam rutin harian anda.
Dan kedua-duanya juga boleh memberikan program latihan dan hasil yang berbeza. Ia telah terbukti mampu memberi impak maksima terhadap senaman fizikal ia juga memberi dimensi berbeza kepada anda yang ingin mendapat hasil memuaskan.
Ingin tahu apa kelebihan menggunakan dua alat bantuan workout ini? Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN AB WHEEL
Kenali satu lagi senaman untuk membina otot abdomen menggunakan AB Wheel yang bukan sahaja mudah, namun mampu memberi impak yang maksima kepada abdomen anda.
Foto: Getty Images
Meningkatkan kekuatan
Bukan sahaja mampu menguatkan otot pada abdomen, malah ia juga mampu memberikan kekuatan pada keseluruhan tubuh badan anda.
Meningkatkan kestabilan teras
Kekuatan teras bermaksud kekuatan pada bahagian otot-otot tengah anda. Dengan senaman ini juga, ia mampu menstabilkan teras sekaligus menambah baik postur tubuh badan anda.
Mengurangkan risiko kecederaan belakang
Senaman AB Wheel juga mampu menguatkan otot anda supaya ia dapat menjaga tulang belakang dan menjauhi daripada risko kecederaan.
Dengan kekuatan teras yang anda perolehi daripada senaman ini, ia juga mampu menguatkan daya ketahanan fizikal anda untuk melakukan pelbagai jenis sukan seperti berlari, melompat, menendang, menumbuk dan pelbagai lagi.
Meningkatkan koordinasi & pergerakan
Tidak seperti ‘crunches’ dan ‘sit-up’, senaman AB Wheel menggunakan pelbagai otot dan sendi yang bergerak secara sinergi untuk meningkatkan penyelarasan intermuskular dan intramuskular. Dengan senaman ini juga, anda harus melakukan pergerakan yang besar yang mana, ia mampu meningkatkan kadar fleksibiliti dan mobiliti anda.
Salah satu cara terbaik dan banyak impaknya dalam latihan membina otot adalah dengan menggunakan bebanan sama ada menggunakan berat badan sendiri ataupun dengan alatan senaman seperti dumbell.
Tidak cepat letih dalam melakukan tugas tugas seharian.
Dapat melakukan sesuatu dalam waktu lebih lama
Dengan memiliki daya tahan otot yang baik, anda boleh menaiki tangga dengan keadaan selesa dibandingkan dengan orang lain.
Potongan badan menarik
Ads
Dengan bentuk badan yang menarik, ia akan membina keyakinan individu dalam menghadapi kehidupan seharian dan secara langsung berpikiran positif dalam menangani masalah.
Mengangkat atau mengalihkan pasu bunga atau mengangkat baldi yang berisi air dengan mudah tanpa merasa letih dan sakit otot.
Mengelakkan kecederaan otot
Bila mana otot kaki menjadi kuat, kebarangkalian untuk jatuh adalah tipis begitu juga jika otot bahagian atas badan kuat, anda akan mempunyai postur yang baik dan boleh mengelakkan daripada sakit pinggang dan menghindarkan sakit arthritis.
Membina kepadatan tulang
Masalah utama bila usia semakin meningkat ialah tulang akan menjadi rapuh. Dengan melakukan latihan bebanan menggunakan dumbell, tulang akan menjadi lebih padat. Ini akan mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk mengikuti video workout seperti di bawah dari semasa ke semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dari seoramg model, beralih kepada lakonan dan kini gah dengan gelaran penerbit dan pengarah filem mahupun pementasan. Datuk Hans Isaac tidak pernah jemu untuk terus mencipta nama di peringkat antarabangsa meskipun usia beliau hampir separuh abad. Terbaru, Datuk Hans, sibuk dengan Baik Punya konsert bersama rakan-rakan seperjuangan antaranya Datuk AC Mizal, Afdlin Shauki, dan Awie. Namun, kesibukan beliau itu tidak pernah menghalang beliau dari melakukan aktiviti harian antaranya bersenam!
Memiliki ketinggian model dan paras rupa yang tidak makan usia, Datuk Hans Isaac terus mengekalkan bentuk badan meskipun sibuk dengan kerjaya. Menerusi kegiatan beliau dalam program realiti musim ketiga Celebrity Car Wars yang bakal ditayangkan di Astro History saluran 555, bermula 9 September ini, Datuk Hans berkongsi sedikit pengalaman beliau menjaga bentuk badan ketika berada di negara orang disamping selebriti-selebriti yang lain.
“Di hotel tempat kami menginap di Filipina selama 2 minggu pengambaran telah disediakan kemudahan gimnasium. Jadi setiap hari jika jadual kami pada waktu pagi, saya bersama selebriti lelaki yang lain akan luangkan masa selama 2 jam untuk bersenam. Saya suka dengan suasana begini, walaupun sibuk dengan kerja, tapi kesihatan tubuh tetap diberi keuatamaan.”
Tentu sekali dalam usia mencecah 50an ini, badan seseorang mula menunjukkan perubahan ketara teruatama dalam stamina harian. Akui bahawa selebriti lain dalam rancangan ini memiliki usia yang jauh lebih muda daripadanya, Datuk Hans tidak rasa tercabar, malah menyusun strategi untuk mendapat mata tanpa menggunakan tenaga yang banyak.
“Saya tak menafikan bahawa usia memang memainkan peranan dalam menjadi juara tak kira apa jua sukan. Pesaing saya semuanya muda-muda belaka, jadi setelah bersenam, mereka mempunyai tenaga untuk bergurau senda, manakala saya akan duduk dan tenangkan diri, supaya saya tidak terlalu penat ketika beraksi nanti.”
Untuk kekal sihat, minum air dan kekal hidrat sepanjang hari menjadi keuatamaan dalam menjalani aktiviti harian. Antara tip yang dikongsi oleh Datuk Hans Isaac untuk kekal fit adalah pengambilan nasi yang diambil 2 kali seminggu, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, pengambilan protin seperti ikan Salmon dan sebagainya, disamping mengambil natural supplement sebagai makanan tambahan.
“Ini masalah orang Malaysia, suka sangat makan nasi. Boleh ambil nasi, namum ia bukanlah satu keuatamaan. Lebihkan protin seperti ikan Salmon kerana ia antara makanan yang sihat. Saya pun tak reti makan ikan Salmon ni dulu, tapi saya belajar. Tolak makanan berminyak dan goreng-goreng. Kita ubah cara hidup kita.”
“Nasihat saya untuk anda yang ingin mendapatkan bentuk badan yang cantik, pergilah ke gym. Tapi jangan pergi gym tanpa asas, kebelakangan ni ramai yang ke gym tanpa ada personal trainer atau bantuan dari rakan-rakan yang diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Penat je ke gym tapi tak mendatangkan hasil. Juga, jangan terlalu taksub untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik kerana ia hanya bersifat sementara, pergi ke gym dengan niat ingin kekal sihat. Itu yang saya pegang sampai hari ini.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan lagi alasan, buat sofa workouts di rumah pun anda masih boleh buang lemak di perut. Malah sofa workouts ini juga boleh buat sambil anda santai-santai menonton tv kerana ia mudah nak buat dan tak ambil masa lama.
Jadi anda tak boleh lagi kasi alasan susah nak bersenam. Tanpa peralatan khusus atau ke gym pun anda boleh jadikan sofa workouts ini sebagai alternatif untuk anda bersenam.
Nak buat sofa workouts dan buang lemak di perut? Ini 9 caranya.
Senaman 1 : Cycles
Senaman 2 : Knee Ups
Senaman 3 : Leg Raises
Senaman 4 : Reverse Crunch
Senaman 5 : Leg On Coach Crunches
Senaman 6 : Hip Trust
Senaman 7 : Cross Crunch
Senaman 8 : Reach and Touch
Senaman 9 : Cross Leg Reverse Crunch
Tak perlu nak tunggu hujung minggu untuk buat sofa workouts ini. Boleh buat di waktu malam ketika anda sedang menonton tv. Jika anda ikut senaman ini langkah demi langkah secara konsisten, tidak mustahil anda mampu buang lemak di perut dan miliki perut rata yang anda idam-idamkan selama ini.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kebiasaannya, apabila anak-anak mula menginjak ke usia persekolahan, pengambilan susu juga semakin berkurangan. Ini mungkin disebabkan pandangan ibu bapa yang mengatakan pengambilan susu harus diberhentikan semasa anak-anak di peringkat prasekolah. Sebenarnya, anak-anak anda seharusnya minum dua hingga ke tiga gelas susu setiap hari dan pengambilan susu setiap hari perlu dikekalkan sehingga ke usia emas.
Kepentingan minum susu
Susu adalah minuman yang kaya dengan pelbagai nutrien. Susu merupakan sumber mineral dan vitamin yang baik seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B dan vitamin D. Kalsium merupakan mineral yang sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
Anak-anak diperingkat umur persekolahan masih dalam proses tumbesaran dan mereka memerlukan kalsium untuk pembentukan dan kekuatan tulang dan gigi.
Produk tenusu juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Contoh produk tenusu yang berada di pasaran ialah keju dan yogurt. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan anak-anak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium jika dibandingkan dengan orang dewasa.
ANAK-ANAK YANG KURANG MINUM SUSU ATAU TIDAK MENGAMBIL APA-APA JENIS PRODUK TENUSU AKAN MENYEBABKAN KEKURANGAN KANDUNGAN KALSIUM DALAM BADAN.
Kekurangan kalsium pada peringkat umur ini akan menghalang kanak-kanak daripada mencapai ketumpatan tulang maksimum (atau dikenal sebagai peak bone mass). Ini boleh meningkatkan risiko terhadap penyakit tulang rapuh (osteoporosis) atau risiko kepatuhan tulang yang serius pada peringkat dewasa.
Hasil Kajian Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS) (2013) menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan Vitamin D dan 1 daripada 20 orang mengalami masalah kekurangan nutrisi adalah sangat penting untuk mereka minum dua sajian susu sehari untuk memastikan mereka mendapati nutrisi yang diperlukan setiap hari.
Tips didik anak minum susu
Anda perlu menjadikan minum susu sebagai amalan harian sama ada minum semasa sarapan atau minum sebelum tidur.
Jika anak anda tidak menggemari susu, anda boleh menghidangkan susu yang berperisa untuk menarik minat anak anda. Bagi anak-anak yang mempunyai masalah intoleransi laktosa, anda perlu kreatif untuk menyediakan makanan yang mempunyai produk tenusu supaya anak anda mendapat nutrien yang cukup.
Anda juga jangan lupa untuk memberitahu anak anda khasiat susu supaya anak anda tidak jemu untuk minum susu.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.