Gaya Hidup

Kalau Nak Maintain Berat Badan, Elak Makan Nasi Selepas Jam 8 Malam

Share

Nasi dan rakyat Malaysia tak kira keturunan dan bangsa memang tak dapat dipisahkan dengan nasi.

Perlu kita akui bahawa majoriti rakyat Malaysia makan nasi tak mengira waktu. Pada sebelah paginya pelbagai juadah sarapan dalam bentuk nasi dijual seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi berlauk dan nasi kerabu.

Kalau untuk makan tengahari dan malam pula usah ceritalah, pelbagai jenis juadah dalam bentuk nasi boleh kita dapati dengan mudah sekali.

Tapi sejak kebelakangan ini semakin ramai yang cuba menghindari nasi kerana menganggap makanan berkarbohidrat ini menjadi punca utama masalah berat badan mereka. Sebenarnya nasi itu tak salah. Ia menjadi satu ‘beban’ kepada badan anda bila diambil secara berlebihan dan pada waktu yang tak sesuai.

BACA: Rahsia Awet Muda Banyak Makan Bayam, Ini 5 Sebabnya!

Malah ramai antara kenalan penulis sendiri yang seakan-akan terus banned nasi dalam hidup mereka. Sebagai seorang yang ada ‘perut’ dan selera orang Melayu, sukar bagi penulis untuk pengikut jejak seperti itu.

Ramai pakar pemakanan berpendapat kita sebenarnya tak harus menghindari nasi sama sekali. Seperti yang MASKULIN katakan dio atas ia bergantung kepada kuantiti dan bila anda memakannya.

WAKTU TERBAIK

Masa terbaik untuk anda makan nasi ialah pada waktu siang. Ini kerana pada waktu siang metabolisme badan berada pada tahap paling aktif dan mampu menyerap nutirisi daripada makanan seperti nasi. Tubuh juga boleh mencerna semua makanan yang anda makan dengan baik.

Makanan paling penting dalam diet harian anda ialah sarapan. Dan jika anda ingin makan nasi pada waktu pagi, pastikan anda berhenti makan sebelum kenyang.

Sebagai contoh pastikan posrtion nasi yang anda makan itu tak lebih segenggam sahaja. Untuk lengkapkan sarapan sertakan dengan sayur dan juga sedikit buah.

JANGAN MAKAN SELEPAS WAKTU INI

Sebaiknya waktu makan malam terbaik ialah sebelum masuknya waktu maghrib atau sebelum pukul 8. Jika anda makan pada waktu malam ia merupakan tempoh masa yangh sangat dekat dengan waktu tidur.

Dan bila ini berlaku fungsi perncernaan akan bekerja lebih lambat semasa anda sedang tidur dan berehat.

Lalu lama-kelamaan boleh menjadi punca berat badan anda naik dan perut juga mula jadi boroi.

Published by
Farizul Izwany