Lelaki yang mempunyai rambut panjang dilabelkan sebagai seseorang yang berjiwa klasik, sentimental dan sangat kreatif dalam hal-hal yang tertentu. Masa yang sama, lelaki yang ada rambut panjang juga ada tarikannya yang tersendiri.
Selain dikatakan bijak menyusun karakter diri dan menyesuaikannya dengan orang ramai, golongan lelaki rambut panjang ini memiliki auranya yang tersendiri.
Misalnya apabila berjalan di khalayak umum, rambut panjang yang kemas dan beralun itu sesekali boleh membuatkan lelaki lain cemburu.
BACA: Lelaki Berambut Kerinting, Ini Adalah Antara Beberapa Stail Yang Sesuai Untuk Anda
Jika anda ada menanam cita-cita mahu membela rambut panjang atau sedang memiliki rambut panjang, ini perkara yang perlu anda buat, ikut sahaja petua yang MASKULIN sediakan ini :
1. Basuh rambut setiap hari
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
2. Elak gosok rambut basah dengan tuala
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
3. Elak ikat rambut terlalu ketat
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
4. Guna krim pelindung rambut
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.
BACA: Rambut Boleh Rosak Sebab Biarkan Kutu Membiak, Jangan Risau, Basmi Ia Guna Bahan Ini
5. Pilih syampu dan perapi sesuai
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku. Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI