Dalam hadis dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada kasturi”.
Kata-kata ini dipegang teguh ramai umat Islam namun ia tidak bermakna mereka yang berpuasa boleh mengabaikan kebersihan mulut sehingga berbau kurang menyenangkan.
Lagi pun, bukankah menyenangkan orang lain itu akan memberikan semula kepada kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini?
Jadi bagaimana nak elak mulut berbau pada bulan Ramadan, anda boleh amalkan 6 tip ini semasa waktu sahur atau sebelum azan Subuh berkumandang :
Selepas makan, jangan sekadar berkumur. Ada baiknya berus gigi dan lidah dengan sempurna agar dapat membersihkan segala kekotoran yang ada.
Bagi meneutralkan bau mulut, anda digalakkan minum air masak dengan banyak. Selain itu, ia membantu mengurangkan rasa kering semasa siang hari.
Keju memiliki sifat tinggi kalsium, rendah karbohidrat dan fostat yang boleh pertingkatkan jumlah air liur. Susu pula berperanan untuk mengatasi bau mulut seseorang itu.
Faktor pemakanan boleh mempengaruhi bau nafas seseorang. Pada waktu sahur, kita digalakkan untuk ambil makanan yang sihat tetapi bertekstur keras seperti kacang, cornflakes dan epal kerana ia dapat membersihkan lidah pada bahagian belakang.
Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan. Digalakkan juga untuk anda minum teh hijau tanpa campuran gula.
Mulut berbau time puasa itu adalah normal tetapi kalau baunya terlampau kurang menyenangkan sehingga ganggu orang lain, ada perlu ke klinik gigi untuk buat pemeriksaan. Risau ada gigi yang rosak dan anda wajib untuk servis!