Dalam hadis dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada kasturi”.
Kata-kata ini dipegang teguh ramai umat Islam namun ia tidak bermakna mereka yang berpuasa boleh mengabaikan kebersihan mulut sehingga berbau kurang menyenangkan.
Lagi pun, bukankah menyenangkan orang lain itu akan memberikan semula kepada kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini?
Jadi bagaimana nak elak mulut berbau pada bulan Ramadan, anda boleh amalkan 6 tip ini semasa waktu sahur atau sebelum azan Subuh berkumandang :
1. Berus gigi & lidah dengan sempurna
Selepas makan, jangan sekadar berkumur. Ada baiknya berus gigi dan lidah dengan sempurna agar dapat membersihkan segala kekotoran yang ada.
Ads
2. Minum air masak dengan banyak
Bagi meneutralkan bau mulut, anda digalakkan minum air masak dengan banyak. Selain itu, ia membantu mengurangkan rasa kering semasa siang hari.
3. Bersahur dengan susu & keju
Ads
Keju memiliki sifat tinggi kalsium, rendah karbohidrat dan fostat yang boleh pertingkatkan jumlah air liur. Susu pula berperanan untuk mengatasi bau mulut seseorang itu.
4. Jaga pemakanan
Faktor pemakanan boleh mempengaruhi bau nafas seseorang. Pada waktu sahur, kita digalakkan untuk ambil makanan yang sihat tetapi bertekstur keras seperti kacang, cornflakes dan epal kerana ia dapat membersihkan lidah pada bahagian belakang.
Ads
5. Minum teh hijau
Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan. Digalakkan juga untuk anda minum teh hijau tanpa campuran gula.
6. Buat pemeriksaan gigi
Mulut berbau time puasa itu adalah normal tetapi kalau baunya terlampau kurang menyenangkan sehingga ganggu orang lain, ada perlu ke klinik gigi untuk buat pemeriksaan. Risau ada gigi yang rosak dan anda wajib untuk servis!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun dah berehat panjang dan tidur secukupnya tapi masih rasa letih. Buat kerja sikit dah letih. Bila terlalu letih dan jadi hypo, mulalah nak minum kopi segera atau makanan manis..kononnya nak tambah tenaga…
hmm..hati-hati ya sebenarnya itu mungkin petanda terlalu banyak toksin dalam tubuh. Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormon terhadap sistem imun tubuh anda.
Toksin atau racun dalam tubuh ini sebenarnya bukan hanya melalui pemakanan tapi juga kesan pengambilan ubat-ubatan, udara kotor, radiasi, dehidrasi dan amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok.
Tapi apa yang menakutkan tak ramai tahu bahawa tubuh mereka sebenarnya penuh dengan toksin atau racun. Jika dibiarkan mampu membahayakan organ penting tubuh terutamanya ginjal yang berfungsi menyaring racun dalam tubuh. Sebelum terlambat ada baiknya kita semak tanda-tanda tubuh yang penuh toksin.
1. Sembelit
Sistem usus setiap hari bantu tubuh untuk membasmi kandungan toksin. Apabila seseorang diserang sembelit (kesukaran membuang air besar), ini bermakna tubuh kita secara senyap sedang mengumpul toksin sehingga menyebabkan tubuh memberi reaksi negatif llau mengundang sembelit.
Perut juga akan terasa pedih malah akan mempengaruhi penyakit lain timbul seperti sakit kepala, sakit dan lenguh-lenguh badan serta kepenatan yang melampau.
Antara punca utama menyebabkan toksin terkumpul adalah rutin pengambilan makanan proses yang sebenarnya dipenuhi kimia, bahan perosakk serta pengawet.
2. Keletihan Melampau
Dah tidur awal secukupnya pun masih berasa letih keesokan paginya? Ini mungkin merupakan tanda bahawa tubuh anda sukar membebaskan toksin. Setiap hari toksin terkumpul tanpa dikeluarkan membuatkan tubuh anda semakin letih dan kesilapan yang anda lakukan adalah mengambil lebih banyak makanan manis dan minuman kopi untuk terus mengekalkan tenaga. Walhal… makanan sebegitulah yang akan merosakkan hormon dan sistem imunasasi lalu menyebabkan tubuh dilimpahi toksin berbahaya.
3 Sakit Kepala
Apabila seseorang mengalami tekanan, tubuhnya akan melepaskan sejenis hormon ke dalam saluran darah untuk menstabilkan kembali fungsi normal tubuh (supaya berasa lebih relaks). Tetapi, andainya individu berkenaan terus-menerus berasa tertekan untuk jangka masa yang panjang, hormon itu akan terkumpul lalu menjadi toksin sehingga menyebabkan sakit kepala serta migrain.
Saat berasa tertekan, lekas cari ruangan yang gelap untuk lelap dan berehat menenangkan diri.
4. Lidah Berwarna Kuning/Putih
Lidah berwarna kuning lazimnya berpunca daripada keadaan organ hati yang terjejas. Sebaik kulit dan bebola mata juga sudah berubah menjadi kuning, sila lekas berjumpa doktor kerana hati dan hempedu anda mungkin sudah berada dalam keadaan kritikal.
Manakala, lidah berwarna putih yang dikaitkan dengan simptom toksin bisa menandakan jangkitan atau kondisi prabarah.
5. Masalah Kulit
Masalah kulit beruam dan berjerawat adalah angkara yang sering dikaitkan dengan toksin dalam badan.
Untuk pengetahuan umum, jerawat biasanya timbul disebabkan kandungan toksin yang terdapat dalam makanan serta rangkaian penjagaan kulit. Adakalanya, keadaan mata sembab berkantung dan ekzema atau psoriasis juga merupakan simptom tubuh anda mengandungi toksin berlebihan.
6. Perut Berlemak (Buncit)
Badan kurus tapi perut buncit? Sebuah kajian terbaharu dari Sweden mendapati toksin jenis PCB (polychlorinated biphenyl) mempunyai hubung kait dengan lemak perut. Toksin ini akan menggalak tubuh untuk menyimpan lemak berlebihan pada kawasan sekitar perut.
Cara terbaik untuk membebaskan toksin jika anda mengalami perut buncit sebegini adalah bersenam secara kerap, mengambil makanan sihat, makan dalam kuantiti kecil dan tidur secukupnya.
7. Sering Berasa Panas
Seseorang lebih kerap akan berasa panas kerana kandungan toksin dalam tubuh yang semakin meningkat. Cara terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah dengan berpuasa. Ini akan mengurangkan had diri anda untuk makan makanan yang berasaskan lemak tepu serta bergula. Tapi hati-hati kerana kadang-kala apabila berpuasa tubuh akan terdedah kepada masalah dehidrasi.
Tip Mengatasi
Minumlah banyak air kerana itu akan bantu mengeluarkan toksin dari tubuh dan boleh makan banyak yogurt serta tempe untuk melancarkan sistem penghadaman.
Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk memberus sekali lidah semasa memberus gigi kerana pada bahagian lidahlah banyak sisa makanan yang tertinggal seterusnya menjadi toksin kerana tidak dibersihkan secara rapi.
Oh! Menghirup udara dalam-dalam sebelum melepaskan juga dapat membebaskan toksin menerusi paru-paru.
Selamat beramal! ❤
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat kaki gym, ada satu bahagian yang sering kali dipinggirkan. Jadi tak hairanlah kita sering lihat abang-abang sado di luar sana memiliki bentuk badan yang sangat cantik.
Tapi bila tengok bahagian kaki… alahai kecilnya bagai tak ikut nisbah sesuai dengan bentuk badan. Ingat, do not skip your leg day!
Jangan hanya galak dan asyik nak bina otot di bahagian atas badan sahaja. Bahagian kaki juga perlu diberikan tumpuan sewajarnya.
Senaman kuatkan kaki ini terbukti dapat meningkatkan prestasi larian dan mengelakkan berlakunya risiko kecederaan masa bersenam. Masa yang paling sesuai untuk anda melakukan senaman kaki ini adalah selepas anda melakukan larian jarak dekat, kerana ia penting untuk memanaskan otot.
1. CLOCK MOBILIZER
Berdiri tegak menggunakan kaki kiri dalam posisi di pertengahan jam. Kaki kanan di letakkan di posisi jam satu.
Pusingkan pinggang serta bawa kaki kanan dari arah jam 1 ke arah jam 7 dan tahan dalam masa 10 saat. Tangan kanan juga dibawa seiring dengan pergerakan kaki kanan.
INFO: Lakukan sebanyak lima kali bagi setiap kaki.
2. SINGLE LEG SQUAT
Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan kaki kanan diangkat rata ke belakang.
Rendahkan badan sebaik mungkin dan pastikan lutut kaki kanan tidak melepasi kaki kiri.
Berhenti seketika di posisi paling rendah dan tolak badan ke atas menggunakan tumit kaki kiri.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki.
3. CURTSY LUNGE
Berdiri tegak dan kaki kanan diletakkan di belakang kaki kiri dalam keadaan selari.
Tangan diletakkan rapat ke dada.
Rendahkan badan sebaik mungkin dan kaki kanan ditolak ke kiri.
Tolak badan ke atas menggunakan bahagian hadapan tapak kaki.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
4. SINGLE LEG HIP HINGE
Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan angkat kaki kanan ke balakang dan pastikan ia selari dengan tubuh.
Rendahkan badan sebaik mungkin sambil mengimbangi badan.
Tolak semula badan ke atas dan ulang dengan kaki kanan.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
5. HOP-UP
Berdiri menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedua-dua tangan diangkat ke belakang, manakala badan perlu direndahkan sedikit.
Lompat kehadapan menggunakan kaki kiri.
Pastikan anda imbangi badan.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara makanan atau minuman yang sering kali disebut bila ingin turun berat badan atau membina otot ialah protein shake.
Diet protein shake sebenarnya menggalakkan penurunan berat badan dengan mengawal selera makan serta mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan.
Walaupun ia boleh memberikan hasil yang sangat efisyen dan efektif adalah tidak wajar jika anda bergantung sepenuhnya terhadap protein shake dan menggantikannya dengan makanan seimbang yang lain.
Seperti mana yang kita tahu, protein boleh membina otot dan memainkan peranan sangat penting untuk kesihatan. Setiap orang mungkin memerlukan jumlah protein yang berbeza mengikut berat badan dan aktiviti harian.
Namun secara purata kita memerlukam lebih kurang 50 gram protein setiap hari. Jumlah ini boleh dicapai dengan pengambilan makanan mengandungiprotein sepero kekacang, telur dan produk tenusu.
Protein shake pula memberikan kandungan protein tetapi dengan jumlah kalori yang rendah.
FAKTA RINGKAS DIET PROTEIN SHAKE
Kebanyakan jenama protein shake menggalakkan anda untuk menggantikan makanan harian dengan minuman mereka.
Diet protein shake memerlukan anda mengambilnya sekurang-kurang sekali sehari.
Risiko diet ini adalah bila anda bergantung speenuhnya terhadap protein shake dan mengabaikan makanan lain.
Jika ingin mengamalkan diet ini anda harus periksa kandungan protein dan bahan-bahan yang terdapat di dalamnya.
BAGAIMANA PROTEIN SHAKE BERFUNGSI
Sebenarnya protein shake menawarkan bukan sahaja protein tetapi ia juga mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang biasa terdapat dalam buah dan sayuran. Kajian mendapati orang yang mengambil protein shake akan mudah rasa kenyang dan selera makan juga berkurang.
Seperti dinyatakan sebelum ini, protein shake mengandungi bukan protein semata-mata. Antara bahan yang terkandung ialah:
Vitamin B-complex
Zat besi
Zink
Vitamin E
MagnesiumA
Asid lemak Omega-3
RISIKO DAN KESAN SAMPINGAN
Menggantikan makanan sebenar dengan protein shake merupakan satu langkah yang agak drastik terutamanya jika dilakukan secara menyeluruh. Anda harus ingat adalah mustahil untuk mendapatkan semua nutrien diperlukan badan dengan satu sumber makanan atau minuman sahaja.
Walaupun selera anda semakin berkurang namun badan akan sentiasa kelaparan nutrien lalu menyebabkan berlakunya masalah metabolism. Malah kasjian pernah dilakukan mendapati bahawa orang yang mempunyai lebih banyak jenis makanan dalam diet berdepan risiko paling rendah untuk obese.
Sesetengah protein shake menggunakan banyak gula untuk meningkatkan rasa. Secara tak langsung kadar gula dalam badan juga melonjak. Protein shake yang menggunakan gula alternatif pula boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan loya, muntah, perut kembung dan banyak angin.
Malah sesetengah protein shake didapati mengandungi bahan bahaya yang tinggi seperti;
Merkuri
Arsenic
Cadmium
LANGKAH SELAMAT
Untuk mendaparkan hasil yang memuaskan apabila mengambil protein shake rujuklah dengan pakar pemakanan terlebih dahulu. Ketahui sama ada badan anda sesuai atau tidak mengamalkan diet protein shake.
Jumlah perngambilan normal adalah tidak lebih satu atau dua kali dalam sehari. Anda juga harus tahu bahawa protein shake berfungsi untuk membantu diet anda bukan bergantung padanya seratus peratus.
Untuk memaksimakan anda turun berat badan makanlah makanan rendah kalori dan penuh nutrien di antara pengambilan protein shake.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.