Gaya Hidup

Ini Ukuran Saiz Atas Bawah Kalau Nak Beli Baju Melayu Online, Baru Saiz Tak Salah!

Share

Kesibukan bekerja hari ini membuatkan ada segelintir individu tidak sempat pun untuk turun ke bazar Ramadan atau pasar raya bagi membeli-belah.

Semuanya lebih selesa dilakukan pada hujung jari dengan menggunakan perkhidmatan atas talian (online) yang banyak tersedia kini.

Beli online, tidak perlu bersesak-sesak

Bermula dari barangan harian hinggalah kepada kain baju, kebanyakan individu gemar membelinya secara online kerana tidak lagi perlu bersesak-sesak dengan orang ramai.

Namun begitu, penting untuk individu mengenal pasti spesifikasi barangan yang hendak dibeli kerana pembelian atas talian sukar untuk ditukar ganti.

Permintaan baju raya meningkat

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan berlangsung tidak lama lagi, baju raya mula mendapat permintaan yang tinggi dan trend ini dapat dilihat menerusi media sosial.

Sehubungan itu, bagi lelaki yang tidak mahu bersesak-sesak ke tempat orang ramai dan bercadang mahu membeli baju raya secara online, ini tips tentang ukurannya yang perlu diambil kira :

Sumber : Pinterest

Published by
Akyem Samad