Kalau Nak Fit Dalam Masa 40 Hari, 4 Step Ini Boleh Jadi Rujukannya!

Share

Setiap orang pasti memiliki alasan mereka yang tersendiri kengapa mereka memulakan latihan di gimnasium.

Ada yang berlatih untuk mendapatkan kesihatan optimum seperti ingin berlari 5 kilometer tanpa rasa letih atau hanya ingin pamerkan tubuh mereka dalam media sosial.

Ramai nak besarkan dada dan lengan

Seringkali, lelaki berpendapat bahawa otot dada dan lengan akan membuat mereka kelihatan seolah-olah lebih fit atau besar.

Sayangnya, pendapat itu salah dan situasi paling ideal untuk badan melatih keseluruhan tubuh dengan simetri yang baik.

Walau bagaimanapun, memang ada beberapa otot yang memiliki peranan yang lebih besar dalam membuat anda kelihatan agar lebih fit.

Latih otot punggung

Wanita paling menggemari otot perut kaum lelaki tetapi takkanlah anda sampai tak nak berbaju dan pamerkannya di khalayak ramai.

Tidak dinafikan, otot yang buatkan badan kita kelihatan fit adalah otot punggung atas dan sayap. Otot-otot tersebut yang memberikan ilusi bentuk V pada badan agar kelihatan lebih bidang dan lebar.

Apakah contoh latihan punggung yang bagus? Tidak ada yang boleh mengalahkan latihan Bent-Over Row. Lakukan Bent-Over Row untuk 3 hingga 5 set, menggunakan 8 sampai 12 pengulangan.

Latih otot bahu

Selain otot punggung, otot bahu juga memiliki kesan yang membuatkan anda kelihatan besar dan bidang.

Ingat, otot bahu itu pada umumnya sangat susah untuk dibesarkan. Oleh disebabkan itu, sebaiknya anda melakukan 2 jenis latihan yang berbeza untuk otot bahu agar ia lebih kuat dan kelihatan lebih lebar.

Bagaimana cara untuk membuatkan otot bahu anda agar kelihatan lebih lebar? Latih otot bahu pada bahagian sisi.

Otot bahu bahagian sisi samping (lateral deltoids) sebaiknya dilatih dengan Overhead Press dan Dumbbell Lateral Raises.

Jangan lupa latihan kaki

Badan yang berbentuk simetri sempurna itu penting dan tidak ada latihan kaki yang dianggap sebagai lebih bagus dari mengamalkan latihan barbell high bar squat.

Gunakan baju yang ukurannya sesuai untuk anda

Tidak perlu gusar dalam memikirkan jenis baju untuk anda pakai. Jika ukurannya terlalu besar atau terlalu kecil, anda tidak akan kelihatan seolah-olah fit.

Memang, otot memiliki peranan yang penting dalam menunjukkan badan anda yang sihat, tetapi jika otot itu ditutupi dengan baju yang tidak muat, tiada gunanya.

Pilih baju yang sesuai dengan mengikut ukuran tubuh anda, jangan terlalu besar atau terlalu kecil.

Sumber: lelakisihat.com

Published by
Akyem Samad