Seorang pengumpul mainan berkongsi cerita sekiranya mainan yang dibelinya hilang dalam simpanan, tak mustahil dia boleh jadi murung.

Itulah perasaan yang dikongsikan pelakon baharu, Adam John yang membintangi filem futuristik XX-Ray 3 baru-baru ini serta Rock 4 tidak lama lagi.

Mula beli dengan duit sendiri (2007)

Ujar Adam John, sebagai peminat tegar kartun dan filem sci-fi era 80-an sehinggalah yang terkini, memang banyak koleksi yang ingin diburunya.

“Kalau Mainan Yang Aku Simpan Hilang, Aku Boleh Murung Tau!” – Harap Semuanya OK

“Sewaktu kecil, memang tak mampu nak beli sendiri. Jadi terpaksalah harapkan tok, mak ayah serta pak cik dan mak cik untuk belikan.

“Namun selepas tamat pengajian dan mula bekerja pada tahun 2007, barulah ketika itu saya merasai nikmatnya dapat membeli mainan dengan duit sendiri,” kongsi Adam John.

IKLAN

Sudah beribu ringgit kot!

Boleh dikatakan asal ada permainan yang menarik dan terbaharu, Adam John pasti akan memburunya.

Jika setiap satu permainan pun harganya ada mencecah sehingga puluhan ringgit, kalau sudah ada lebih 1,000 koleksi, cuba kira berapa nilainya?

Bagi mendapatkan permainan yang digemari, Adam John tidak pernah kisah tentang berapa harganya kerana dia sendiri pun tak pernah kira.

IKLAN

Koleksi paling rare & mahal

Dalam banyak-banyak koleksi yang dimiliki, item yang paling rare Adam John miliki adalah Han Solo In Carbonite dalam skala ‘life size’. Ini kerana setiap bahagiannya diimport part by part dari UK dan perlu dipasang sendiri.

“Kalau Mainan Yang Aku Simpan Hilang, Aku Boleh Murung Tau!” – Harap Semuanya OK

“Kalau yang paling mahal pula, helmet Darth Vader legend edition. Menariknya tentang helmet ini, ia dibuat dengan menggunakan acuan yang sama dengan helmet Darth Vader yang dikeluarkan pada pada tahun 1977.

IKLAN

Komitmen sukarkan sedikit pemburuan

“Kalau dulu sebelum ada komitmen, mungkin cara untuk mendapatkan segala jenis permainan ini agak mudah.

“Tetapi sekarang saya pun bekerja sebabagi freelancer dan sudah berumah tangga. Maka banyak komitmen kewangan lebih terarah kepada perkara yang lebih penting.

“Kalau Mainan Yang Aku Simpan Hilang, Aku Boleh Murung Tau!” – Harap Semuanya OK

Miliki bilik khas

Nasihat Adam John, pengumpul koleksi permainan seharusnya memiliki sebuah bilik khas kerana ia memudahkan pemantauan selain boleh membangkitkan nostalgia.

“Setakat ini memang belum pernah ada mainan yang hilang. Tetapi kalau hilang, memang boleh jadi sangat kemurungan!” kongsi Adam John.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI