Tahukah anda anak-anak yang lebih rapat dengan bapanya, IQ mereka akan jadi lebih tinggi dan pintar?
Ini kerana si ayah sering berfikir yang macam-macam dan bermain dengan anak-anak bersama gurauan yang sangat aneh.
Jadi dari situ, minda anak-anak sudah terdedah kepada cabaran dan juga perkara-perkara baharu.
Ibu sibuk akademik
Berbeza dengan si ibu, kebiasaannya mereka akan menjadi orang yang paling sibuk sekali apabila anak menghadapi ujian persekolahan.
Ibu akan seboleh mungkin membantu anak ketika belajar kerana mahu si kecil mendapat keputusan cemerlang.
Tetapi hakikatnya peranan ayah tidak kurang penting dalam mendampingi anak dalam mendidik untuk memperkembangkan IQ dan mereka akan cepat berkembang.
Kenapa IQ tinggi bila anak rapat dengan ayah?
Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak.
Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.
Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah.
Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya.
Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa.
Maka jelaslah bahawa ayah mempunyai peranan penting dalam kemampuan akademik anak.
Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing si kecil menghadapi ujian.
Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental si kecil agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut.
Karektor ayah yang berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu.
Ciptakan suasana ceria
Mungkin anda berdua boleh bermain kuiz mengenai pelajaran yang dipelajari berbanding sekadar membaca yang tentu boleh membosankan si kecil.
Pelbagai kreativiti boleh dicipta bagi menimbulkan suasana menyeronokkan semasa belajar. Jelas sekali interaksi ayah memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian positif si anak di sekolah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI