Antara punca rakyat Malaysia ramai penghidapi penyakit berbahaya seperti diabetes, sakit jantung dan asma adalah disebabkan keturunan.

Ia bersangkut-paut dengan generasi. Jika ahli keluarga pernah menghidapinya, peluang kita juga tinggi.

Namun, anda boleh mengelakkan terkena penyakit-penyakit tersebut dengan syarat anda mengamalkan gaya hidup yang sihat menerusi pemakanan dan senaman.

Airulmi Mokhtar, bapa kepada dua cahaya mata ini berkongsi dengan MASKULIN transformasi kisah kurusnya dari bersaiz XL menjadi S.

Sebelum kurus, dia adalah penghidap penyakit asma yang diwarisi daripada keluarganya. Penyakit ini membuatkan dia akan mengalami sesak nafas yang teruk jika tersalah makan.

Dan yang merisaukan, hanya dia seorang sahaja yang menjadi tulang belakang untuk sumber pendapatan keluarga.

Atas alasan itulah dia berusaha untuk menurunkan berat badan agar kesihatannya berpanjangan sekali gus dapat menyara keluarganya.

BACA: Selain Merugikan, Ini Sebab Kenapa Anda Tak Patut Beli Alat Ganti Sendiri & Bawa Ke Bengkel

Ikuti perkongsiaan beliau ini.

1. Bagaimana berat anda boleh naik?

Kalau Kurus Tak Perlu Edit Gambar! Bapa Anak 2 Ini Kongsi Transformasi Kurus Dari XL Ke S!

Semuanya bermula secara mendadak selepas berumah tangga. Ketika masih belajar dan bujang, saya seorang yang aktif bersukan seperti badminton dan bola sepak. Sebaik berumahtangga, aktiviti sukan terus terberhenti dan menjejaskan fisiologi badan secara seimbang. Dulu saya bersukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ditambah dengan faktor usia meningkat, kadar metabolisma badan juga meningkat dan tiada aktiviti riadah menjadi potensi kenaikan berat secara mendadak dan tidak dapat dikawal

IKLAN

2. Apa yang membuatkan anda ingin menurunkan berat badan?

Kalau Kurus Tak Perlu Edit Gambar! Bapa Anak 2 Ini Kongsi Transformasi Kurus Dari XL Ke S!

Kenaikan berat badan membawa banyak padah dan risiko. Ia seiringan dengan kenaikan kolestrol gula dan lain-lain lagi. Dalam usia semuda awal 30-an, saya sudah menghidap penyakit hypertension dan sudah mula makan ubat yang disarankan doktor. Sejak kecil juga, saya menghidap penyakit asthma yang diwarisi dari keluarga dan kondisi sangat teruk. Pantang tersalah makan, penat dan stres, hampir setiap bulan ke klinik, bahagian kecemasan dan masuk ke hospital. Ini ditambah potensi penyakit diabetes yang juga boleh diwarisi dari keluarga.

Kalau Kurus Tak Perlu Edit Gambar! Bapa Anak 2 Ini Kongsi Transformasi Kurus Dari XL Ke S!

Tapi titik tolak sebenar yang saya bertekad untuk berubah ialah sejak kehilangan anak saya dan ibu saya dalam masa yang sangat dekat. Sangat jelas bahawa kematian itu satu kedukaan apatah lagi jika saya pergi dulu akibat sakit yang melanda, meninggalkan keluarga saya, isteri dan anak-anak yang lain hidup susah tanpa saya sebagai pencari nafkah tunggal dalam keluarga. Jika saya sihat dan cergas, sekurang-kurangnya saya dapat menghindari sakit yang boleh menjurus kepada kematian, walaupun saya akur yang kematian itu di tangan Tuhan. Ini kerana setiap agama itu juga menggalakkan untuk setiap insan hidup sihat dan cerdas.

3. Ceritakan tentang transformasi diet anda? 

Kalau Kurus Tak Perlu Edit Gambar! Bapa Anak 2 Ini Kongsi Transformasi Kurus Dari XL Ke S!

Saya membahagikan corak pengambilan makanan dan diet saya kepada 3 fasa

IKLAN

Fasa 1: Perubahan

Dalam fasa ini saya banyak mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang, “eat clean” dan memastikan pengambilan intake saya tidak melebihi DCR dan sesuai dengan BMR saya. Perlu faham konsep ini terlebih dahulu. Apa yang penting di sini ialah kalori defisit itu perlu dipatuhi bagi mendapat result yang ingin dicapai. Saya tidak pernah menyentuh mana-mana produk kesihatan dan suplemen untuk menguruskan badan. Semuanya 100% natural

Untuk info, berat badan saya turun secara konsisten 1 kg setiap minggu

Fasa 2: Adaptasi

Sebaik berat badan ideal dicapai, corak pemakanan diubah kerana saya sudah mampu melakukan aktiviti riadah secara normal dan selesa. Ketika ini, amalan makam 70% dan senaman 30% saya mampu ubah ke 50-50%

Fasa 3: Menikmati Kehidupan dengan Nikmat

Kini saya kembali makan secara normal, tetapi saya berjaga-jaga dengan nisbah portion pengambilan yang berlbihan kerana saya tidak perlu menurunkan berat badan lagi. Yang penting sekarang, saya kurangkan gula, minyak, makan secara kerap dan minum air masak dengan mencukupi setiap hari

4. Boleh kongsikan bagaimana anda menahan diri untuk makan seperti sebelum ini? 

Kalau Kurus Tak Perlu Edit Gambar! Bapa Anak 2 Ini Kongsi Transformasi Kurus Dari XL Ke S!

Setiap orang ada acara dan motivasi tersendiri. Saya suka melihat diri saya berkeyakinan dan berketerampilan terutaman di media sosial secara nyata tanpa perlu edit. Bayangkan dari saiz XL ke S/M (ikut potongan), dari saiz selaur 40” ke 31” kini, saya akan cepat susah hati kalau ia naik kembali walau satu saiz sahaja. Ramai di luar sana yang gemuk kembali dan saya dapat lihat mereka ini tiada istiqomah dan motivasi. Harus diingatkan, untuk berubah itu susah tetapi untuk kekal adalah lebih mencabar tapi tiada yang mustahil malah sangat indah jika kita menikmati dan faham konsep serta kenal fisiologi badan kita sendiri.

IKLAN

5. Apakah perubahan ketara yang berlaku pada fizikal anda ketika bulan pertama anda melakukan diet? 

Kalau Kurus Tak Perlu Edit Gambar! Bapa Anak 2 Ini Kongsi Transformasi Kurus Dari XL Ke S!

Saya berjaya menurunkan 30 kg berat badan secara total dalam jangka masa 6 bulan. Bulan pertama tidak terlalu ketara. Ia akan ketara di bulan ke-2 dan 3. Bayangkan, bukan seluar dan baju sahaja menjadi longgar, songkok dan jam tangan saya juga menjadi longgar.

BACA: Untuk Kekal Sihat Walau Sudah Berusia, Anda Kena Elak Buat Perkara Ini Selepas Makan

6. Apakah senaman yang anda lakukan ketika itu?

Kalau Kurus Tak Perlu Edit Gambar! Bapa Anak 2 Ini Kongsi Transformasi Kurus Dari XL Ke S!

Saya pernah berjumpa dengan sahabat yang hendak kurus tetapi tidak mahu bersenam. Setelah diberi penjelasan dan memahami BMI, DCR dan BMR, baru beliau sedar yang itu tidak akan berhasil dan jika berhasil, “journey” beliau tidak akan indah kerana rejim pemakanan yang sangat susah. Lantaran senaman itu sangat penting dan setiap orang ada minat dan motivasi tersendiri. Saya memilih untuk berlari dan berlari itu kini menjadi gaya hidup saya yang paling utama dan banyak memberi “pelajaran” kepada saya untuk mengenali diri saya dengan lebih mendalam untuk menjadi sekurang-kurangnya versi terbaik diri saya untuk keluarga saya.

7. Adakah anda sudah berpuas hati dengan berat sekarang? 

Kalau Kurus Tak Perlu Edit Gambar! Bapa Anak 2 Ini Kongsi Transformasi Kurus Dari XL Ke S!

Jujur cakap saya tidak berapa puas hati kerana sejak menceburkan diri dalam bidang larian marathon, saya dapati berat badan banyak membantu dari segi latihan dan prestasi. Mungkin dalam 5-8 kg lagi berat saya boleh dikurangkan.

8. Apakah tip untuk anda mengekalkan motivasi diri? 

Kalau Kurus Tak Perlu Edit Gambar! Bapa Anak 2 Ini Kongsi Transformasi Kurus Dari XL Ke S!

Motivasi saya datang dalam pelbagai bentuk. Tetapi motivasi terkuat saya ialah keluarga saya. Saya perlu menjadi kuat luaran dan dalaman (jasmani dan rohani). Dalam acara marathon yang terlalu sukar, saya berlari untuk keluarga saya. Saya kata kepada diri saya dan mereka, kalau kesusahan seperti ini dapat kita lalui dan atasi, apa sahaja bentuk ujian yang Tuhan beri kita perlu jadi kuat dan tabah mengharunginya. Justeru, dengan mendaftar diri dalam larian marathon cukuplah satu dua acara besar setahun, saya akan terus berlatih dan komited dengan gaya hidup sihat yang telah saya pilih ini. Reward kepada keluarga, bercuti dan berehat dengan membawa keluarga bersama walau ke mana saya pergi. Dan saya tidak pernah meninggalkan mereka terutamanya pergi ketika pergi bercuti dan acara larian. Sebab itu nama team saya ialah TEAM RUMIE. Hanya saya, isteri dan anak-anak sebagai motivasi.

9. Apakah rujukan anda ketika melakukan diet (mungkin dari pengalaman orang lain, menerusi nasihat pakar, jurulatih atau lain-lain)?

Ada beberapa rujukan dan ilmu daripada pakar dan mereka yang berpengalaman. Tetapi kini di media sosial sudah banyak rujukan secara percuma atau bayaran dengan kadar tertentu. Apa yang penting di sini ialah diri kita. Sumber mana pun tak penting tetapi cara kita nak menyesuaikan diri dengan kehidupan, kerjaya dan keluarga masing-masing. Satu saja pesan saya, carilah mereka yang berilmu dan berpengetahuan. Ada segelintir penganjur dan “coach” secara tiba-tiba ni main tangkap muat dan tiada sijil. Ada yang masih gemuk dan tidak pernah kurus bertahun-tahun tetapi boleh menjadi coach. Hati-hati semua dengan golongan mencari duit sebegini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI